Followers

Novel : Journey Of Aria Bab 2

| Thursday 22 November 2012 | |


Journey 2 : The Witch Hunter.

SEORANG gadis berjubah hitam dengan hud yang menutupi separuh wajahnya masuk ke dalam satu bar yang dipenuhi dengan pemburu-pemburu lelaki. Dia berhenti sekejap dimuka pintu lalu memandang kiri dan kanan, seketika kemudian, dia pun melangkah menuju ke satu meja kosong.
            Beg yang sering dibawanya kesana sini diletakkan atas meja lantas seraya melabuh punggung.
            “Pesanan?” tiba-tiba seorang wanita bertubuh gembal memakai apron coklat, datang meminta pesanan.
            “Susu,” jawab gadis itu. Saat terdengar pesanannya, seisi bar itu meletus dengan tawa, termasuk pelayan itu. Mereka terkehek-kehek mengetawakannya. Dia Cuma tersenyum sinis.
            “Sayang, ini bar arak. Kami tidak jual susu disini. Kalau kamu nak susu, ada didepan sana,” kata wanita gempal itu pula.
            Dia tersenyum sinis. Lalu dia pun meletakkan beberapa syiling emas dan memandang wajah wanita itu tepat dianak mata. Wanita itu tersentak, hampir terundur kebelakang.
            “Hun…Hunter!” kata wanita itu tergagap-gagap sambil kakinya terkial-kial berundur ke belakang. Semua lelaki didalam bar itu serentak bangkit dan menghunus pedang mereka kearah gadis tersebut.
            Gadis itu bangkit lalu melarikan hudnya. Sebilah pedang pendek anik yang dikeluarkan daripada bekasnya, membuatkan para pengunjung serentak bangkit dan masing-masing mengeluarkan senjata, untuk mempertahankan diri. Nampaknya pedang pendek sejengak itu seakan-akan mengugat keamanan ruangan tersebut.
            Wanita berhud itu tersenyum sinis. “Jangan takut, pisau ini bukan untuk kamu. Pisau ini ditakdirkan untuk para ahli sihir diluar sana termasuk pelayan wanita ini,”
            Pelayan wanita itu tersentak. Bila dia pandang sekeliling, dia sudah menjadi tumpuan ramai. Para pelanggan sudah mulai berbisik dan mula mengundurkan diri menjauhinya.
            “Kamu semua nak percaya dengan perempuan ni? Saya dah lama kerja disini, pernah kamu nampak saya mengguna sihir?” wanita itu cuba menafikan kata-kata wanita berhud tersebut.
            “Aku adalah pemburu ahli sihir, ‘Hunter’ seperti yang kamu semua pernah dengar dan pedang ini adalah buktinya. Cuma seorang pemburu yang ada pedang ini, kamu benar-benar fikir aku akan tersilap menilai?”
            Pelayan wanita itu mengetap bibir. Dia tahu benar selok-belok seorang pemburu ahli sihir, sudah bertahun-tahun dia melarikan diri daripada mereka dan tidak pernah tertangkap pun sebelum ini. Tapi dia sangat terkejut kerana seorang wanita muda mampu menjejakinya dengan begitu mudah.
            Pelayan tersebut itu tersenyum sinis. Wajah ketakutan tadi perlahan-lahan menjadi bengis. Tembelangnya sudah pecah, dan melihat keadaan wanita berhud itu telah pun meyakinkan mereka. Sebelum dia dibunuh, lebih baik dia melarikan diri.
            Tidak semena-mena, bar itu tiba-tiba bergegar, angin kencang tiba-tiba mulai muncul didalam ruang yang sempit itu, membentuk taufan kecil. Namun diluar, kelihatan biasa-biasa saja, daun-daun langsung tidak bergerak sedikit pun. Gelas dan piring-piring yang ada diatas meja pula beransur-ansur jatuh ke lantai. Sementara para pengunjung sudah berpusu-pusu keluar dek ketakutan dengan situasi tersebut.
            “Jangan berani fikir untuk melarikan diri dari aku, perempuan sihir!”
            Belum sempat pelayan wanita itu menghilangkan diri didalam taufan kecil yang dicipta dengan ilmu sihirnya, wanita berhud itu sudah melompat ke atas meja dan menerkamnya. Pedang pendek antik itu menusuk tepat ke dada kiri.
            Serta merta taufan dan angin kencang itu berhenti. Pelayan wanita itu rebah diatas tanah dengan pisau yang menikam dijantungnya. Dia mencabut pendang itu dari tubuh wanita tersebut lantas duduk mencangkung disisinya. Sebiji botol berwarna hijau dikeluarkan dari beg kecilnya kemudian mencabut pisau itu. Darah yang menitis dari mata pisau, dikumpul ke dalam botol hijau.
            Dia tersenyum. “Tidak lama lagi, abang akan selamat. Tunggu Morgan, abang,” ujarnya lantas bangkit meninggalkan tubuh itu.

*****

“LADY, macam mana dengan perempuan tu?”  soal Evron sebaik saja seorang wanita bergaun putih dan berjubah hitam keluar dari khemah itu. Wanita yang dipanggil Lady itu adalah seorang doktor yang mengikuti mereka.
            “Lady Ophelia!” panggil En.Rodrik.
            “Ikut saya,” kata Lady Ophelia. Evron dan En. Rodrik saling berpandangan sebelum membuntuti wanita itu masuk ke dalam khemah.
            “Ada apa dengan dia Lady Ophelia?” tanya En. Rodrik.
            “Daripada pemeriksaan saya tadi, dia tidak mempunyai sebarang kecederaan. Dia sihat dari segi luaran, tapi…”
            “Tapi apa?” En. Rodrik sudah ingin tahu.
            “Saya takut, dia bukan seorang manusia,” ujar Lady Ophelia membuatan kedua-dua lelaki dihadapannya saling berpandangan sebelum serentak memandang gadis yang terkujur dihadapan mereka.
            “Kenapa Lady cakap macam tu?”
            “Dia tiada denyutan jantung, saya sudah periksa berkali-kali dipergelangan tangan, leher dan juga dada kiri. Tapi semua tiada nadi, ini bermakna dia sudah mati atau dia bukan manusia,”
            Mendengar penjelasan wanita itu, Evron terus meletakkan jari telunjuknya dibawah hidung gadis itu. Dahinya berkerut. Ada nafas, tapi tiada nadi? Siapa perempuan ini? Atau memang betul dia bukan manusia?
            “Hantu?” kata Evron lantas menarik tangannya.
            Lady Ophelia menggeleng. “Dia bukan hantu, Evron. Buat masa sekarang, saya masih belum tahu dia ni apa jadi adalah lebih baik jika kita perhatikan dia, sehinggalah kita sampai ke perkampungan kita,”
            “Tapi macam mana kalau dia ni merbahaya?”
            “Kalau begitu, kita terpaksa bunuh dia,” ujar Lady Ophelia. Evron dan En. Rodrik berpandangan. Selang beberapa saat, mereka pun meninggalkan gadis itu sendirian.
            Gadis itu membuka matanya perlahan-lahan. Sedari tadi, dia sudah mendengar perbualan mereka. Dia mengigit bibir. Apa betul aku bukan manusia? Gadis itu memegang dadanya. Memang betul apa yang dikatakan wanita itu, dia tiada degup jantung. Kalau begitu, siapa sebenarnya aku?

“RON!” panggil Alan dengan wajah cemas. Evron yang sedang memanaskan air diunggun api tersentak.
            “Ada apa Alan? Tak baik menjerit dalam hutan!” tegur  Evron pula.
            “Perempuan tu…”
            Dahi Evron berkerut. “Kenapa dengan perempuan tu?”
            “Dia… dah takda. Dia dah hilang!”
            Evron terus bangkit. “Panggil kapten!” arahnya pula lantas terus menuju ke khemah gadis itu. Seperti yang dikatakan Alan, kem itu sudah kosong dan kemas, seperti tiada siapa yang pernah tidur didalam. Evron mendengus. Di mana perempuan tu pergi?
            “Ron!” panggil En. Rodrik. Evron terus keluar sebaik saja namanya dipanggil.
            “Dia dah takda, kapten,”
            En.Rodrik mencekak pinggang. Dahinya sudah berkerut seribu seperti memikirkan sesuatu.
            “Kapten, saya rasa perempuan tu dengar perbualan kita tadi sebab tu dia melarikan diri,”
            En.Rodrik mengeluh. “Mungkin betul juga,”
            “Apa kita nak buat, Kapten?” soal Alan.
            “Kita cari dia?” cadang Evron.
            “Tak. Biarkan dia pergi,” jawab En.Rodrik pula.
Dahi Evron segera berkerut. Pantas dia mendekati lelaki itu.
“Kenapa? Bukankah dia cedera? Lagipun diluar tu masih banyak lagi haiwan buas yang kita belum buru. Kalau perempuan tu jadi santapan haiwan-haiwan buas tu macam mana?”
En. Rodrik memandang Evron. “Ron, dia boleh jaga diri dia sendiri. Lagipun dia sendiri yang nak lari, kita tak perlu cari-cari dia lagi,”
“Tapi…”
“Saya tidak mahu dengar apa-apa lagi, Ron. Balik ke kem, awal pagi kita bertolak ke perkampungan kita,” ujar En.Rodrik lantas beredar. Evron mengeluh. Dia tidak faham, baru saja tadi Lady Ophelia memberi arahan supaya mereka memerhatikan perempuan itu, sekarang kapten mereka bersikap seperti tiada apa-apa arahan yang diberikan. Apa dah jadi sebenarnya? Pasti ada sesuatu. Hati Evron berbisik. Dia pun segera melangkah ke kem Lady Ophelia.
Dia memanggil-manggil nama Lady Ophelia tapi tiada sahutan dari dalam. Kain kem itu terus diselak. Dahinya berkerut saat melihat kem itu kosong tanpa penghuni. Evron mencekak pinggang. Apa yang sedang berlaku sekarang ni? Hatinya sudah tidak sedap. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang buruk sedang berlaku.

2 comments:

eija Says:
22 November 2012 at 16:23

bdebar2 plk rsanya... apa yg tjd nie..

fiqa Says:
15 July 2013 at 11:23

hehe...nk taw sterus ny..

Total Pageviews