Followers

Fan-Fiction: Digimon United Revolution (Bab 2)

| Friday, 3 August 2012 | |
BAB 2

Penulis: Hasif Rayyan
...Dalam hidup ini,
harungi semua cerita indahku,
saat-saat remaja yang terindah,
tak bisa terulang...

Ku ingin nikmati,
segala jalan yang ada di hadapku,
kan kutanamkan cintaku kasihku,
agar ku bahagia...

(Melly Goeslow – Ku Bahagia)

            Lagu itu berkumandang di radio yang terpasang dalam bilik Izzam. Izzam sekadar bersenang-lenang dengan komputer riba Sony Vaio yang dihadiahkan oleh bapanya setelah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun lepas.

            “Tak bosan ke kau asyik melayan benda ni?” tanya Xavior, yang sekadar memerhati. Izzam yang mendengar kata-kata Xavior itu mengeluh. “Macamlah aku ada benda lain nak dibuat. Sekolah tengah cuti sekarang ni. Minggu depan baru dibuka.” kata Izzam.

            “Tak pun kau pergi jalan-jalan ke?” Xavior mencadangkan. Izzam terkejut dan mula berfikir. “Takkanlah... kau tak pernah terfikir nak keluar ke mana-mana selama ni?” Xavior terkesima.

            “Xavior, aku sekarang tengah fikir nak jalan-jalan la. Kau nak ikut tak?” tanya Izzam, tiba-tiba. Xavior sekali lagi terkejut. “Cepat gila kau buat keputusan! Kau nak ke mana?” Xavior bertanya  balik.

            “Hmm... Kita pergi... Hmm... Mid Valley, ok tak?” tanya Izzam, lagi. “Yang kau nak pergi ke 'lembah' buat apa? Bukannya ada apa-apa pun!” Izzam kehairanan.

            “Ya Rabbi! 'Lembah' kepala lutut engkau! Sejak bila kau pandai-pandai translate ni? Nama tempat tu Mid Valley. Shopping complex la!” jelas Izzam. Wajah Xavior bertukar merah, malu dengan kebodohan spontannya tadi. Izzam cuba menahan ketawa.

            “Ok lah. Tak apa lah, nanti kau sampai kat sana, kau tahulah macam mana ya? Nak pergi ke tak? Aku nak pergi minta izin dengan Mama ni.” kata Izzam. Xavior sebenarnya bingung, namun dia sekadar mengangguk. Biarlah! Bukannya aku tahu-menahu tentang dunia manusia dan cara mereka berhibur pun.

            “Kau tunggu sini sekejap. Biar aku pergi cakap dengan Mama.” Izzam kemudian melangkah keluar dari kamarnya. Tidak lama kemudian, Izzam kembali ke kamar dengan wajah tersenyum. “Jom bersiap!” kata Izzam.

            “Bersiap apa benda? Aku pakai macam ni sajalah! Manalah aku pakai baju!” kata Xavior. Izzam mengangguk, faham. Izzam kemudian menyalin bajunya sehingga dia terperasan sesuatu. Xavior! “Woi!! Kau keluarlah dulu! Malulah!” Izzam dengan kelam-kabut menolak Xavior keluar dari biliknya dan mengunci pintu biliknya.
            “Kau tu jantan! Nak malu apa! Aku pun jantan juga!” jerit Xavior dari luar bilik. “Ah, diamlah! Aku lelaki! Bukan jantan!” balas Izzam, dari bilik. Xavior mengeluh. Ada-ada sajalah budak ni.


Setelah hampir sejam dalam perjalanan, Izzam dan Xavior sampai ke Mid Valley. Xavior kelihatan teruja dan dalam hatinya tertimbul pelbagai persoalan. “Memang betullah dunia manusia ni pelik. Ramai manusia berlegar sana-sini, banyak kenderaan sana-sini, tapi langsung tak melanggar sesama sendiri. Bangunan pun besar-besar. Tenaga data dari teknologi manusia memang banyak. Barulah aku faham... kenapa Yggdrasil betul-betul nak musnahkan dunia manusia ni...” kata Xavior dalam hati.

            “Oi. Kau ni kenapa, Xavior? Jom lah!” kata Izzam, yang perasan akan tindak-tanduk Xavior yang aneh tadi. “Ah, ya!” Xavior lantas berlari anak-anak ke arah Izzam. Tanpa mereka sedari, satu kelibat yang mencurigakan mengikut mereka dari belakang. Senyuman jahat terukir di wajah empunya kelibat itu.

            “Jadi, inilah dia shopping complex. Manusia selalu buat apa datang sini?” tanya Xavior. “Shopping complex ni ada macam-macam. Ada kedai makan, kedai barangan dapur, kedai buku, kedai pakaian, kedai...”

            “Dah! Cukup!!! Apa hal banyak sangat kedai ni?” tanya Xavior, sambil tercungap-cungap mengambil udara. “Apa kau ni? Dah nama pun shopping complex, mesti la kena ada macam-macam kedai. Alah! Nak senang faham, shopping complex ni lebih kurang sama dengan pasar-pasar Pesta Dedaun Musim Luruh kat Dunia Digital. Takkanlah kau tak pernah pergi situ?” tanya Izzam.

            “Dah! Dah! Dah! Malas aku nak dengar! Jom!” Xavior berjalan laju, meninggalkan Izzam di belakang. Barangkali malu dengan kebodohannya yang sekali lagi tidak disengajakan. “Ok. Jom main boling!” kata Izzam.


Setelah hampir dua jam berseronok, Izzam dan Xavior menjamu selera di medan selera Mid Valley. “Huah! Bestnya! Macam dah lepas semua beban aku!” Izzam tersenyum lebar. Xavior pula kelihatan lemah. Barangkali, terkejut dengan tenaga Izzam yang agak hiperaktif tadi. “Erghh... aktif juga budak lembik ni... kalah aku...”

            “Xavior, terima kasih tau!” kata Izzam, tiba-tiba. “Apa hal kau nak terima kasih dengan aku pula? Bukannya aku ada buat apa-apa pun.” Xavior terus menyedut air Coke sehingga separuh. Dahaga yang teramat.

            “Ye la, kalau kau tak ajak aku pergi sini tadi, aku dah menempik bosan.” kata Izzam. “Macamlah kau tak boleh ajak orang lain?” tanya Xavior.

            “Aku... tak tahu macam mana nak ajak orang lain...” Izzam mengeluh dengan lemah. “Dah tu, kenapa kau boleh saja ajak aku tadi?” tanya Xavior, tidak berpuas hati.

            Izzam berfikir sejenak. “Entah, aku pun tak tahu.” jawabnya, mudah.

            “Kau ni bodoh, kau tahu tak!!” Api kemarahan Xavior meledak lagi. Namun, cuba diredakan. Izzam tersenyum, lagi. “Sebab aku ni bodohlah, aku hampir mati baru ni...” kata Izzam dalam nada rendah. Xavior terkejut.

            “Oi, jangan serius sangat! Aku main-main saja tadi!” Xavior cuba memujuk Izzam. Izzam tersenyum nakal. “Tertipu lagi! Dah jom. Dah nak petang ni! Kalau lambat, bising pula Mama nanti.” kata Izzam.

            Tiba-tiba, seorang kelibat lelaki berdiri betul-betul di hadapan Izzam, seolah-olah menghalang Izzam dari beredar. Lelaki itu tersenyum kepada Izzam, sambil mengeluarkan tangan kirinya dari poket seluarnya.

            “Izzam!! Hati-hati!!” Xavior lantas menolak Izzam ke sudut kanan, satu tembakan yang disasarkan kepada Izzam tersasar. Lantas, keadaan menjadi kecoh. Orang ramai berlari meluru keluar dari premis tersebut dalam ketakutan.

            “Kau tak apa-apa, Izzam?” Xavior kelihatan kaget. “Aku tak apa-apa...” kata Izzam, yang masih terkejut.

            “Kau siapa?” tanya Xavior, dengan pandangan yang liar. “Heh, baik kau simpan saja mata liar kau tu, sedikit pun aku tak rasa takut!” kata lelaki itu.

            “Kurang asam! Vee Punch!” Tumbukan Xavior bagaimanapun tersasar tetapi topi yang melindungi wajah lelaki itu terjatuh ke tanah, membongkar identiti sebenar. Xavior terkejut apabila dia dapat mengecam wajah lelaki itu. Namun pun begitu, lelaki itu seolah-olah menidakkan kewujudan Xavior di situ, lantas menghulurkan tangannya yang kemudian berubah bentuk kepada sebuah senapang besar ke arah Izzam.

            “Mati kau!” satu tembakan sekali lagi dilepaskan. Namun, Xavior sekali lagi berjaya menolak Izzam ke tepi, mengelak tembakan itu namun mengakibatkan letupan yang besar. Izzam yang menyaksikan letupan itu terkelu.

            “Izzam! Cepat lari!!” kata Xavior. Badan Izzam seolah-olah kaku di situ, kelihatannya Izzam berada dalam ketakutan. “IZZAM!!” jeritan Xavior itu menyedarkan Izzam.

            “Jom lari!” kata Xavior. Izzam tanpa banyak menyoal terus mengikut Xavior. “Jangan kau mimpi!!” kata lelaki itu dan melepaskan satu lagi das tembakan namun tersasar dan sekali lagi mengakibatkan letupan besar. “Cis! Aku tersasar lagi!” rungutnya dalam hati.

Izzam dan Xavior berjaya melarikan diri dari kompleks itu dan sampai di sebuah lapangan yang kosong tidak jauh dari situ. Izzam yang kepenatan tercungap-cungap mengambil udara. “Siapa lelaki tu? Macam mana kau boleh kenal dia, Xavior?” tanya Izzam.

            “Lelaki tu namanya Irus. Dia merupakan salah seorang penyiasat Yggdrasil yang ditugaskan untuk berada di dunia manusia, meneliti segala keadaan di sini.” jelas Xavior. “Tapi, apa kaitan dengan aku?” tanya Izzam.

            “Itu... aku sendiri pun tak tahu... Tapi, aku dapat rasakan ada sesuatu yang dia nak dari kau.” kata Xavior, sekali lagi.

            “Dan sebab itulah, aku perlukan kau, budak!” satu suara tiba-tiba mencelah. Mereka dapat mengenalpasti suara itu.

            “Irus, apa kaitan budak ni dengan Yggdrasil? Apa yang dia nak dari budak ni?” tanya Xavior. “Itu aku tak boleh cakap, Xavior. Sebab ini bukan urusan kau. Lebih-lebih lagi, setelah kau berani membelot Yggdrasil. Apa tujuan kau berada dengan budak ni?” tanya Irus.

            “ Itu pun kau tak perlu tahu! Sebab, budak ni sekarang kawan aku! Jangan kau sekali-kali cuba nak apa-apakan dia. Kalau tak, nahas!” Mata Xavior sekali lagi memberikan pandangan liar kepada Irus. Irus ketawa terbahak-bahak.

            “Sudah aku katakan. Kau tak payah pandang aku macam tu lagi! Aku tak takut pun! Sekarang, mati!!” Irus melepaskan tembakan ke arah Xavior dan Izzam. Izzam kaku di situ, ketakutan. “Cis! Nampaknya aku tak ada pilihan lain!!” Cahaya kemudiannya menerangi dari Xavior. Peluru yang disasarkan kepada mereka hilang begitu sahaja, seolah-olah ditelan dalam cahaya itu.  Cahaya itu kemudian semakin menghilang, kelihatan Xavior sudah bertukar ke bentuk UlforceVeedramon bersama-sama Izzam yang selamat dalam pegangannya.

            “Sejak bila kau bertukar??” tanya Izzam, sedikit terkejut. “Sekarang bukan masanya kau tanya tentang benda ni!” Xavior kemudiannya menurunkan tangannya, tanda menyuruh Izzam turun dan berundur dari situ.

            “Xavior!”

            “Jangan risau! Kau duduk diam di situ!” kata Xavior, tenang. Irus kemudian berlari ke arah Xavior, cuba menyerang. Sekali lagi, satu das tembakan dilepaskan ke arah Xavior. Namun, Xavior tenang berdiri di situ.

            Ketika peluru itu menghampiri Xavior, dengan tenang dia mencapai peluru itu dan menghancurkannya dalam genggamannya. “SHINING V-FORCE!” Aura V dilepaskan dari dadanya dan bergerak ke arah Irus. Irus tenang mengelaknya. “Mana kau letak mata kau??” tanya Irus, dengan lagaknya.

            “Itu soalan yang aku harus tanya pada kau!” Xavior menumbuk badannya dari belakang, sehingga Irus jatuh ke tanah. Wajah Irus hampir hancur akibat tekanan itu. Namun pun begitu, kecederaan itu tidak cukup untuk menamatkan riwayatnya. Tetapi, kecederaan itu juga agak parah buat dirinya.

            “Aku akan ingat semua ni!!!” Lantas, Irus melarikan diri dari situ meninggalkan Izzam dan Xavior.

            Izzam melepaskan nafas lega. “Terima kasih sebab selamatkan aku tadi.” kata Izzam. Namun, Xavior hanya mendiamkan diri, sepertinya ada sesuatu dalam fikirannya.

            “Xavior!” Izzam menjerit. Xavior tersedar dari lamunannya. “Hah. Er... ya... Dah, jom balik!” kata Xavior, sambil menghulurkan tangannya ke arah Izzam.

            “Naik LRT la! Buat apa nak susahkan diri kau?” tanya Izzam. “Susah apanya? Kau tu nyaris-nyaris mati, tahu tak? Entahkan lepas ni ada orang lain tengah cari kau! Jangan memandai! Naik sekarang!” perintah Xavior. Izzam mengeluh, kemudian memanjat naik ke atas tapak tangan Xavior yang besar itu. Lantas, mereka berdua beredar dari situ.

            “Kenapa Irus tiba-tiba nakkan Izzam. Setahu aku, tujuan Yggdrasil arahkan Irus dan lain-lain adalah untuk cari bahan eksperimen yang terlepas dari makmalnya. Takkanlah Izzam ni...?” Xavior bertanya dalam hati.


“Neo, maafkan aku. Aku gagal.” kata Irus. “Cis! Dengan budak kecil pun kau boleh kalah??” tanya Neo dengan marah.

            “Xavior tiba-tiba ada dengan budak tu.” kata Irus, lagi. “Kalau macam tu, tak apa. Aku lepaskan kau. Tapi, lepas ni tak ada dalih lagi, kau faham?”

            “Ya...” Irus kemudian meninggalkan bilik Neo. Neo yang bersendirian itu kemudiannya tersenyum jahat. “Kau takkan terlepas dari aku, Igami...” kata Neo dalam hati.

Bab 2 TAMAT

0 comments:

Total Pageviews