Kapitel
ii
Mudah. Segala-galanya seperti terlalu mudah. Jalan
singkat…tiada sesiapa di dalam dunia ini yang tidak mahukan jalan yang lebih
mudah dalam mencapai matlamat mereka. Tapi, bagi Saki… dia tak sukakannya. Ini
kerana…
Cara ini akan
menafikan segala kerja kerasnya selama ini.
Saki memmbutangkan kemeja putih sebelum dia
menyarungkan vest pendeknya yang bercorak garisan merah hitam. Kemudian, dia
cuba membutangkan vest itu pula.
“……………………………………………………”
“GUAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Saki menanggalkan semula lalu mencampak vest itu
kerana tersalah pakai. Vest itu tercampak ke atas katil mewah di sebelahnya.
“Kenapa dengan baju ni? Ianya terlalu rumit!” jerit
Saki.
Saki merasakan bahawa dirinya seperti badut dengan
pakaian seragam Universiti GM itu. Dia menarik semula vest itu. Pakaian seragam
itu terlalu mewah. Bukan, Universiti itu yang terlalu mewah. Dia bencikan
keadaan ini tapi dia harus juga lakukannya.
“Baru 1 minit pakai
baju pun dah marah?”
Suara yang lembut
menegurnya dari belakang. Saki mula membuat muka tak puas
hati.
“Ya. Ianya terlalu mewah, menonjol dan rumit. Tapi
apa yang lebih pelik…”
Sepantas kilat Saki menoleh ke arah Wing.
“Apa yang lelaki ‘elit’ macam kau buat dalam bilik
perempuan ni? Aku rasa aku belum buka kuncinya lagi, bukan? Jelaskannya dalam
30 perkataan dalam masa 10 saat!” jerit Saki kemarahan.
“Secara ringkasnya, aku hanya melalui kawasan ini
kerana bilik aku dekat dengan bilik kau sebab kaulah satu-satunya perempuan
dalam kursus ini lalu aku gunakan kunci simpanan yang aku ada ni.” Wing
menunjukkan sebatang anak kunci berwarna emas di tangannya kepada Saki.
Penjelasan itu nyata menaikkan lagi kemarahan Saki.
Tump! Wing dicampak keluar dari bilik itu.
“JADI APAKAH HAK KAU UNTUK MENCEROBOH BILIK SEORANG
PEREMPUAN HANYA KERANA KAU ADA KUNCI SIMPANAN?!!”
******
Wing hanya tersengih. “Sungguh comel!”
“Apa kau kata?” tanya Saki ketika menutup pintu
biliknya. Dia memutar kuncinya pintu biliknya.
“Tak, tak ada apa-apa,” jawab lelaki berambut perang
itu.
“Hm?” Saki tidak faham. Kedua - dua mereka berjalan
bersama.
“Jadi, ke mana kita hendak pergi? Kelas akan bermula
lagi sejam, kan?” tanya Saki.
“Tidak, kita akan bersarapan dahulu. Sarapan itu
adalah asas kehidupan. Takkan itupun tak tahu?” jawab Wing lalu menoleh ke arah
Saki. Dia terkejut melihat reaksi Saki.
“Sa…sarapan? Benda seperti itu wujudkah? Jadi, makan
pagi memang wujud? Tapi…tidakkah ianya membazir…” bisik Saki kepada dirinya.
Belum sempat Saki habis berbisik, satu hayunan tepat mengenai kepalanya.
Tump!
“Arghh!!”
“Jangan banyak cakap, ikut sajalah!” kata Wing lalu
berlalu pergi.
“Anak orang kaya!”
“Maaf, tapi aku memang anak orang kaya,” kata Wing,
tersengih.
“Grr….” Saki menggenggam erat tangannya.
Saki dan Wing meneruskan perjalanan. Mereka menuruni
anak tangga untuk sampai ke dewan makan. Beberapa orang lelaki memandang ke arah
mereka berdua.
“Kita dah sampai!”
Saki melihat ke arah mereka dengan penuh kagum.
Ianya kali pertama bagi Saki melihat lelaki elit yang sebenar. Kacak, pintar
dan kaya. Ianya suatu kualiti yang mustahil ada di tempatnya walaupun di zon
paling selamat. Saki tak pernah minta sesuatu yang semewah ini. Dia cuma
mahukan secebis perubahan. Perubahan yang mampu menyinari cahaya terang ke atas
zon Darkness yang gelap, itu saja. Tetapi ini…
Kemegahan Saki mula bergegar.
“Kau lambat, Wing!” kata salah seorang daripada
pelajar - pelajar lelaki itu.
“Maaf, maaf! Aku baru saja dipukul oleh seorang
budak nakal!” kata Wing sambil mengenyit mata kirinya.
“Budak nakal?”
fikir Saki, terasa lalu mengembungkan pipinya.
“Oh?” kata lelaki berambut perang itu lalu berjalan
ke arah Saki.
“Huh, comelnya! Terlalu comel sebagai Darkness!”
katanya sambil tersengih.
“Ada masalah?” tanya Saki sambil tersenyum sinis.
“Hohoho, memang berkarisma. Inikah yang dikatakan pride atau…kedegilan?” balas lelaki itu.
“Hahaha! Kedua-duanya!” kata Wing menyampuk.
“Tentulah! Aku mungkin akan dimakan secara perlahan sekiranya
aku tak berhati-hati. Tempat ni terlalu aman,” kata Saki lalu berjalan ke arah
meja makan lalu duduk. Mendengar kata-kata tersebut, kedua-dua lelaki itu terdiam.
Tiba-tiba kedua-dua mereka tersenyum sinis.
“Memanglah bagus kalau begitu, tapi…” mata Wing
tertutup rapat.
“Jangan lupa
Universiti ini penuh dengan gadis-gadis bangsawan. Mereka sangat yakin dengan
diri mereka jadi kalau ada perempuan bertaraf lebih rendah dari mereka mampu
menyertai kami, habislah kalau mereka tahu!” Mata Wing
terserlah senyuman yang sepatutnya hanya muncul di bibir. Saki mampu
melihatnya.
“Maaflah sebab bertaraf rendah,” kata Saki sambil
mengunyah roti. Wing dan rakannya terkejut kerana Saki sentiasa berada di
sisinya dan tidak sepatutnya mampu mencapai roti itu yang jauh dari tempat
mereka berdiri.
“Bila masa kau
ambil roti tu?” Tanya Wing. Peluh dingin mengalir di
pipinya.
“Ha? Waktu kau sibuk bercakap tadi. Aku tak perlu
banyak makan pun pada waktu pagi,” jelas Saki lalu menghabiskan roti coklat
itu. “Tapi roti ni…rasanya pelik.”
“Itu coklat, sayang. Takkan coklat tak ada di zon
paling selamat?” jawab Wing, berpeluh. Tak kira berapa teruk pun Galaxy, takkan
sampai coklat pun tak ada? Mendengar kata-kata itu, Saki mula berfikir sejenak.
“Em…bila diingatkan semula, Rin dan Tomo asyik
membebel tentang benda tu…”
Dia ni…
Semua orang yang
mendengar kata-kata Saki itu berpeluh. Benarkah ini? Nampakknya Saki
benar-benar dari zon Darkness yang tak pernah merasai walau sedikit kemewahan. Tiba-tiba
Saki memandang mereka dan mendapati dia telah ditenung dengan pelbagai ekspresi
yang menyakitkan hati.
“Apa? Sekarang ni
mereka dah tak berani membuat kacau lagi sebab awal-awal lagi aku dah black
mail mereka,” kata Saki tanpa sebarang ekspresi. Kata-kata ringkas ini telah
member impresi yang terlalu mendalam kepada semua orang di dewan itu hingga
tiada seorang pun yang membuka mulut sehinggalah….
“BLACK
MAIL?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Walaupun dewan itu
besar, tapi dengan paduan suara jantan mereka mampu menggegarkan seluruh asrama
itu dan awal-awal lagi Saki sudah menutup telinganya seolah-olah sudah menjangka
yang mereka semua akan menjerit sedemikian. Mereka memang lelaki pun. Benarkah
ianya begitu mengejutkan?
“HAHAHA!! Kau
memang seorang perempuan yang menarik!” Wing ketawa bersama- sama rakannya.
Kesemua lelaki di dewan itu mengerumuni meja tempat Saki
dan Wing duduk. “Tapi, kenapa pula kau nak blackmail mereka?”
“Huh? Ada suatu insiden terjadi dan mereka telah
membuat aku marah, jadi…” jawab Saki sehinggalah dia tersedar yang kesemua
pelajar lelaki di dewan itu mula merapatinya dan Wing.
“Jadi?” semua ingin tahu.
“JADI JANGAN TANYA!” jerit Saki menghempap meja lalu
bangun. Dia segera berjalan menuju ke arah pintu.
“Saki, aku gembira yang kau bersemangat pagi-pagi
ni, tapi…” kata Wing namun kata-katanya tergantung.
Saki terus berjalan dan tidak memperdulikan
panggilan Wing sehinggalah…
“Adakah kau tahu di mana dewan kuliah?” sambung Wing
ketika melihat Saki membuka pintu itu.
Huh? Saki berpeluh. Hei! Itu ialah storlah! Dan
sebagai harga, dia diketawakan oleh kesemua pelajar lelaki termasuklah Wing.
“Hahaha!! Kau memang bersinar di hari pertama kuliah
hari ini!” kata Wing tertunduk kerana tidak dapat menahan ketawa. Sementara
itu, suara mereka telah didengari oleh pelajar-pelajar perempuan jurusan
Komunikasi.
“Bisingnya pelajar jurusan Multimedia! Selalunya
mereka tak begini,” kata seorang pelajar perempuan berambut perang sambil
menggayakan rambutnya.
“Entahnya,” jawab rakannya di meja sebelah.
“Hm…”
“Ohya Rena, semalam ayah awak telah mengemukakan
cadangan yang baik, bukan?” tanya kawannya yang berambut pendek itu.
“Ya, terima kasih sebab ingatkan saya. Ya, ia sangat
baik. Sangat, sangat baik!” jawab Rena.
“Jadi, bagaimana?” tanya temannya itu lagi.
“Ayah saya telah bersetuju untuk menjodohkan saya
dengan Wing. Kami akan berkahwin sebaik sahaja kami bergraduat. Hebat bukan?”
kata Rena.
“Wah!! Sungguh hebat!” jerit kesemua pelajar
kelasnya. Rena tersenyum sinis. Kali ini dia tidak akan terlepas dari cengkaman
Rena lagi dan semuanya telah terjamin.
Tak sampai 5 saat pun berita pertunangan itu
tersebar di kalangan pelajar kelas itu, datang pula berita tergempar yang
paling terbaru.
“Cik Rena! Semua! Teruklah!” Kedengaran suara seorang pelajar perempuan
bercermin mata berlari ke arah mereka. Sebaik saja dia berhenti, dia mula
tercungap-cungap.
“Selamat pulang Cik Kira dan sila bawa bertenang,”
kata Rena cuba menenangkan juniornya itu.
“Ju…jurusan Multimedia…”
“Kenapa dengan mereka?!” jerit Rena lalu memegang
bahu Kira.
“Terdapat…pelajar baru yang memasuki jurusan Multimedia,
malah…dia ialah seorang gadis dari kalangan orang biasa!”
Jawapan Kira itu telah mengejutkan kesemua pelajar
jurusan Komunikasi. Hanya seorang gadis…gadis pertama yang berjaya masuk ke
jurusan Multimedia…jadi dia seorang yang genius? Tiba-tiba Rena teringat akan
sesuatu.
Wing? Adakah ini
perbuatan dia? Pasti dia ada merancang sesuatu untuk elakkan diri dari
perkahwinan ini, atau dia ada matlamat yang lebih besar? Si musang tu…apa
rancangan dia?! Berani dia cuba menentang Rena Crossberry yang lebih berkuasa
dari dia?
Mungkin Wing lupa akan sesuatu…
Setiap pelajar University GM adalah pelajar genius
dari golongan bangsawan maka mereka bukan sahaja mempunyai bakat dan
kepintaran, malah kuasa. Sudah tentulah mereka tidak dapat disentuh.
Sementara itu, Saki sedang berjalan dengan Wing dan
pelajar-pelajar lelaki lain ke dewan kuliah jurusan mereka.
“Ah!” kata Saki apabila langkahnya tiba-tiba
terhenti.
“Kenapa Saki?” tanya Wing sambil diperhati oleh
pelajar lain. Angin mula bertiup dan rambut perang Saki mula beralun. Saki
menarik semula rambutnya ke belakang kerana rambutnya telah masuk ke mata.
“Aku rasa ada rebut yang akan melanda.”
To be continued…
0 comments:
Post a Comment