Followers

Bentara Pawaka : Bab 3

| Sunday 26 May 2013 | 2 comments |

Bab 3
               
Ombak yang deras kini beransur perlahan. Angin ganas kini mula menjadi tenang. Titisan hujan mula reda mengakhiri ribut malam. Embun pagi mula terlihat, basah tanah masih belum tersejat, kokokan ayam jantan baru saja terdengar namun sudah terlihat gerak geri manusia yang keluar mencari rezeki di awal pagi.
 Mentari baru sahaja naik sejengkal namun penduduk Pulau Melati Utama sudah lama keluar mencari rezeki. Ada yang keluar membawa cangkul. Ada yang pergi membawa bakul. Ada yang bangun membuka gerai, ada yang tiba membuka gudang. Masing-masing dengan cara hidup sendiri mencari rezeki sepanjang hari.
Namun lain pula ceritanya di Rumah Agam Jata Melati, kediaman pemerintah Jata Melati serta pusat pentadbiran Kepulauan Melati. Bunga disiram, kuda diberi makan, lantai dilap dan habuk disapu oleh para dayang. Di dapur pula, suasana bising dengan hiruk-pikuk para tukang masak. Bunyi pisau memotong sayur, bunyi kuali diketuk dan pelbagai lagiuntuk santapan pagi seluruh penghuni rumah agam tersebut. Tidak kurang juga tugas ketua dayang yang memeriksa dan memastikan semua urusan harian rumah itu berjalan lancar.
Seorang lelaki berjalan melintasi ruang utama rumah agam tersebut.Jelas kelihatan kewibawaan lelaki itu daripada penampilannya walaupun sedikit aneh. Ini kerana pakaiannya tidak seperti budaya Mergastua tetapi seperti bangsawan dari tamadun Barat. Tidak lama kemudian seorang lelaki seusia dengannya menghampiri lelaki itu lalu menyamakan rentak langkahnya.
Menyedari akan kehadiran seseorang dibelakangnya, lelaki itu lalu berkata, “Bagaimana dengan urusan dagang dengan Jata Teratai?”
“Sepertimana yang telah mereka utuskan. Dagang mereka telah pun meninggalkan Pulau Melati dengan dagangan kita. Dagang itu telahpun dibayar separuh dan separuh lagi kita akan terima dengan senjata  yang telah kita tempah setelah rombongan itu kembali.”
“Rombongan pengiring pula?”
“Tiga bahtera dan lima lancar penuh dengan hulubalang dan penembak istinggar. Tidak lupa juga sepuluh buah lela dan lima puluh rentaka penuh dengan peluru dan belerang sedia untuk melindungi dagangan kita. ”
“Kalau begitu bagaimana pula dengan Jata Melati? Siapa yang melindungi dinding jata ini”
“Kita masih lagi ada empat ratus orang hulubalang kota, siap dengan senjata, seratus orang pendekar berkuda dan empat puluh lela mengelilingi dinding kota. Lima puluh lancar dan lima bahtera penuh dengan awak-awak dan nakhodanya di pelabuhan sedia untuk digerakkan.”
“Bagus, bagaimana pula dengan utusan ke Jata Mawar pula?”
“Mereka tidak mampu membantu kita.”
“Jata Kenanga pula?”
“Begitu juga ceritanya.”
Langkahnya terhenti, Demang Wijaya menolehkan pandangannya kepada Bentara Utamanya itu. Dia merenung lama sebelum berkata, “Bagaimana pula dengan utusan kepada Jata lain? Ada yang sudi membantu?”
“Tiada berita yang bagus dari mereka”
“Bagaimana pula dengan Jata Melur? Apa perkembangan mereka?”, tanya Demang itu dengan nada yang lebih tegas.
“Bahkan lebih teruk dari yang sebelumnya”, jawab menteri itu dengan pahit sekali.
Demang Wijaya mengeluh. “Pagi ini begitu pahit rasanya, hanya berita buruk yang mendatang.”
“Ah, baru saya teringat. Semalam ada utusan daripada Jata Bunga Raya sudah selamat sampai ke sini, dengan persetujuan perikatan antara jata.”
“Mengapa tidak kau katakan dari tadi.”
“Kejutan”
Demang Wijaya terpegun buat seketika. Dia juga turut tersenyum sambil membalas, “Boleh saja kau bergurau diwaktu begini”
“Tidak enak jika suasana pagi dicemar dengan keluhan bukan, Wijaya?”
“Walaupun sudah beruban, sikapmu itu masih belum berubah juga, Merah”,balasnya sambil melangkah semula.
“Namun begitu jangan sampai terlupa urusan Melati”
“Ya, tidak sebegitu mudah untuk melupakan hal Jata ini”
“Bukan itu, maksud saya Melati yang satu lagi”
“Melati? Anak saudaraku itu? Kenapa dengan dia?”
“Dia keluar pagi ini, berkuda”.Kali ini Demang Wijaya terpegun lebih lama.
“Keluar berkuda? Adakah mungkin? Hari ini?”
“Ya, sepertimana yang  difikirkan”.
......
Kakinya melakar corak di sepanjang jejaknya itu. Meninggalkan bekas pada pasir sebelum hilang dipukul ombak. Pantai itu menegur dirinya dengan bayu yang lembut dan sejuk. Perlahan dia menggerakkan kakinya sambil membasahinya. Tangannya pula dengan lembut menarik kudanya dari belakang.
Langkahnya terhenti, dia lalu menghadap laut di hadapannya. Kudanya dilepaskan dibiar berjalan ke sana ke mari. Dia kemudiannya melihat jauh ke hadapan seolah-olah menanti sesuatu dari seberang laut sana. Nafasnya lalu ditarik sedalam yang mungkin sebelum dilepaskan kembali dengan kata-kata. “Ayah. Abang Nadim. Ke mana kalian menghilang. Ke mana janji kalian”.
Suasana sunyi seketika. Hanya bunyi ombak memukul pantai dan suara angin saja yang kedengaran. Tiada jawapan. Dia tahu tiada yang akan menjawabnya. Dia hanya mahu melepaskan segala kekecewaannya. Dia mengeluh. Matanya perlahan mengeluarkan air mata. Dia terduduk sambil menutupi mukanya. Bunyi rintihannya sayu-sayu kedengaran diselang-seli dengan bunyi alam.
Tiba-tiba kudanya mendengus kuat. Gadis itu tersentak dengan suara itu. Dia menoleh ke arahnya. Kelihatan seorang lelaki tersadai tidak jauh dari tempat dia berada. Dia segera meluru ke arah lelaki itu. Tidak banyak yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut melainkan untuk memeriksa keadaan lelaki itu. Badannya sejuk namun masih hangat bernyawa. Lelaki itu pula dalam keadaan separuh sedar.
“Kamu tidak apa-apa? Bersabarlah, aku akan membantumu”,katanya namun sebelum sempat gadis itu mencari bantuan. Tangannya direntap oleh pemuda itu. Gadis itu terkejut namun apa yang lebih mengejutkan ialah kata-kata lelaki itu.
“Melati, bawa daku kepada Melati”,kata lelaki itu dengan nafas yang terputus-putus. Lelaki itu kemudiannya kembali pengsan. Gadis itu pula diam tanpa kata-kata.

Lagenda Bersayap - Bab 4

| Thursday 25 April 2013 | 1 comments |

“Tuan Irm, bila kita akan menyerang kerajaan Pelangi? Tentera kita dah cukup terlatih untuk mengalahkan tentera Pelangi,” Aldean memandang Irm yang sedang menulis. Irm meneruskan menulis tanpa menghiraukan Aldean yang menanti jawapan darinya. Pintu bilik itu dibuka. Syaana masuk. Irm memandang Syaana. Begitu juga Aldean. “Identiti kita telah diketahui oleh kerajaan Pelangi.  Kita hanya perlu menunggu mereka menyerang kita.” Syaana memandang Irm yang masih lagi menulis.   

“Kenapa perlu menunggu mereka menyerang kita? Sekarang adalah peluang keemasan untuk kita membuktikan kepada mereka bahawa kita juga layak memerintah Dunia Bersayap dan menjadi penjaga kepada Pintu Dua Dunia!” Aldean bersuara dengan lantang. Irm berhenti menulis dan melipat surat yang telah siap ditulis. Setelah itu, surat itu dimasukkan ke dalam sampul. “Aldean, sila berikan kepada ‘dia’ sekiranya ‘dia’ kembali ke sini.” Aldean mengambil surat tersebut.

  “Tuan Irm, saya perlu berkata sesuatu dengan tuan. Aldean, boleh tak tinggalkan kami berdua?” Syaana memandang Aldean. “Apa yang rahsia sangat sehinggakan saya, penasihat utama Tuan Irm tidak boleh mendengarnya?!” bentak Aldean. Sejak kehadiran Syaana, Irm lebih mendengar nasihat dari Syaana dari dia. Tak sedar diri punya manusia! Kata hati Aldean. “Syaana, katakan sahaja. Saya percayakan Aldean.” Irm bersuara.  Dengan rasa berat hati Syaana bersuara, “Ray berada di kerajaan Pelangi.”

  “Ray?” Aldean memandang Irm dan juga Syaana. “Raidiese Luca Ingram. Anak kepada Putera Lucadiese Ingram dan Puteri Syiira Edora.  Umur dia memang panjang. Anak separa tak perlu berada di dunia kita. Kita perlu hapuskan anak separa itu bersama dengan kerajaan Pelangi.” Irm memandang Aldean. “Mengapa anak separa perlu dihapuskan?” Syaana memandang Irm. “Menurut legenda, anak separa mempunyai kuasa yang luar biasa. Ini disebabkan setiap yang bersayap disini mempunyai kuasa masing-masing dan gabungan dengan manusia akan menguatkan lagi kuasa itu. Disebabkan itu, Perwira yang menjumpai dunia bersayap ini tidak membenarkan sesiapa pun melepasi Pintu Dua Dunia. Jadi, anak separa perlu dihapuskan.” Aldean menerangkan. Syaana memandang ke luar tingkap. Dia dapat melihat tasik Umbra yang tenang. Aldean meminta diri untuk keluar dari bilik perbincangan itu.

          Melihat Syaana yang merenung ke arah tasik, Irm bangun dan menghampiri Syaana. “Jangan risau. Kita pasti dapat membalas dendam terhadap keluarga Ingram terhadap apa yang dilakukan kepada keluarga Edora, Puteri Syaana Edora.” Irm memegang tangan Syaana dan menciumnya.

          Tuanku Ingram mundar mandir. Baginda tidak suka apa yang diperkatakan oleh Leon mengenai Rai. “Beta tidak mahu anak separa berada dalam Istana Kristal ini! Hanya akan mengotorkan istana sahaja!” Tuanku Ingram melepaskan geramnya. “Tuanku, perkara kecil sahaja. Jika Tuanku tidak mahu dia berada di sini, kenapa tidak Tuanku menghapuskannya?” lelaki itu menjawab. Dia memandang Tuanku Ingram dengan penuh pengharapan. “Hapuskannya? Kalau la sangat mudah untuk menghapuskannya, sudah lama beta buat begitu. Dia dilindungi oleh orang yang menyayanginya. Dan sekarang ini, unicorn milik Luca juga telah menerimanya!”

          “Benci sungguh Tuanku dengan budak itu. Budak itu dari darah daging Tuanku sendiri, anak Putera Luca yang sah. Tuanku, patik akan laksanakan segala perintah Tuanku. Patik menunggu sahaja arahan dari Tuanku. Bukankah Tuanku menggelarkan patik ‘Penghukum’?” lelaki itu tersenyum sinis. Tuanku Ingram menepuk bahu lelaki itu. “Kau akan ikut apa sahaja arahan beta kan?”

          “Ya. Perjanjian kita begitu kan? Patik ikut arahan Tuanku dan batu permata kesayangan Tuanku, ‘daia’ akan menjadi milik patik apabila Tuanku mati nanti.” Lebar senyuman lelaki itu sehingga menampakkan giginya. “Memang dasar keturunan Gargouille!”

          “Perjanjian tetap perjanjian, Tuanku. Selama ini pun, segala kerja kotor Tuanku, saya yang melakukannya kan termasuk pembunuhan keluarga..”

          “Itu pun kau hampir gagal melakukannya. Sudah! Beta tidak mahu mendengar lagi mengenai perkara 20 tahun lalu itu..” Kamar perbincangan Tuanku Ingram diketuk.  “Masuk!” Setelah mendengar keizinan dari Tuanku Ingram, Leon masuk ke kamar itu. “Eh?” Leon sedikit terkejut melihat lelaki yang bersama Tuanku Ingram. “Hai, Leon. Lama tidak berjumpa kan?” sapa lelaki itu kepada Leon. Tuanku Ingram membuat batuk kecil. “Patik akan ke rumah Jeneral Shin untuk mendengar keputusan Rai. Sekiranya Rai bersetuju, patik akan membawa Rai ke Istana Kristal malam ini.” Tuanku Ingram hanya menjeling. Pada masa yang sama, terlintas idea di fikiran Tuanku Ingram. Baginda tersenyum.

          “Beta akan serapkan Ryan dalam pasukan kamu. Jadi, akan ada 6 orang dalam pasukan kamu. Ryan kamu tak ada masalah kan?” Tuanku Ingram memandang Ryan. “Perintah Tuanku, patik akur.” Ryan tersenyum. “Kamu ada sebarang masalah Leon?”

          Leon agak terkejut. Selalunya Tuanku Ingram tidak akan mencampuri urusan pasukan elitnya. Tetapi kali ini, Tuanku Ingram sendiri memperkenalkan seseorang. “Sekiranya Ryan yang Tuanku pilih, patik tidak ada sebarang masalah.” Leon memandang Ryan. “Esok pagi, kamu dan pasukan kamu akan ke negara Sire dan berjumpa dengan Permaisuri Rhea. Sui juga perlu dibawa ke sana dan sertakan surat ini.” Tuanku Ingram menyerahkan sepucuk surat kepada Leon. “Beta beri masa 3 hari untuk jawapan dari Permaisuri Rhea.”

            Rai duduk di buaian yang dibuat oleh Shin sewaktu dia dan Maya masih kecil. Tiba-tiba buaiannya itu bergerak. “Dulu kan abang selalu buai Maya. Sekarang, biarlah Maya buaikan abang pula,” Maya tersenyum dan terus menolak buaian itu perlahan-lahan. Rai terasa dirinya seperti kanak-kanak. “Abang minta maaf. Ayah dan ibu selalu memberi tumpuan kepada abang lebih dari Maya. Sedangkan abang bukanlah anak kandung ayah dan ibu. Seharusnya mereka membiarkan saja abang ni mati..”

          “Abang ni memang tak tau bersyukur! Abang tau tak betapa sukarnya orang lain nak dapatkan belaian dari keluarga lain. Abang dah dapat kasih sayang dari ayah dan ibu lebih dari Maya sendiri. Apa lagi yang abang tak puas hati? Maya yang sepatutnya tak puas hati! Abang dapat apa yang Maya nak! Kasih sayang ayah dan ibu! Tapi Maya? Maya macamana? Ayah dan ibu sibuk melindungi abang dan membiarkan Maya bersendirian. Maya tau la abang dari keluarga Ingram, keluarga diraja. Tapi tak perlulah kan untuk membiarkan Maya bersendirian. Abang tak rasa macamana ertinya kesunyian!” Maya berlari masuk ke dalam rumahnya. Rai terdiam. Dia sedar Shin dan Mia selalu melindunginya ketika kanak-kanak lain mengejeknya. Dirinya teringat kembali peristiwa di mana dia baru masuk ke Pusat Latihan Unicorn. Pada waktu itu, dia berumur 8 tahun dan Maya berumur 6 tahun.

          “Mak kita kata, kalau ada satu sayap ni dia dari keturunan yang tak boleh hidup disini,” kata seorang kanak-kanak yang berada di sebelah Rai. “Mak kita pun cakap macam tu. Tapi mak kita cakap satu sayap ni cacat. Jadi, dia ni cacatlah kan?” seorang lagi kanak-kanak menunjuk ke arah Rai. “SI CACAT!” jerit kanak-kanak yang disebelah Rai. Ketika itu, ibu kepada kanak-kanak yang menjerit itu datang. “Jangan kawan dengan dia. Nanti kamu tak ada sayap sebelah sebab dia nak ambil!” kata ibu kanak-kanak tersebut. Rai hanya mendiamkan diri. Dia memendamkan segala perasaan marahnya sehingga perasaan marahnya menguasai diri. Unicorn yang berada di situ bertempiaran seperti dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Suasana di Pusat Latihan Unicorn menjadi kecoh kerana unicorn-unicorn lari bertempiaran.

Puting beliung tiba-tiba sahaja melanda dan bumbung di bangunan Pusat Latihan Unicorn tercabut. Semua yang berada disitu serta merta mencari tempat yang mereka boleh berpaut. Maya yang berada di sebelah abangnya tercampak ke pintu masuk ke bangunan Pusat Latihan Unicorn. Shin yang berada disitu segera mendapatkan Maya yang telah tercampak jauh dan Mia segera mendapatkan Rai yang telah dikuasai perasaan marahnya. Setelah itu, Rai tidak mengingati apa yang terjadi. Menurut Mia, selepas itu, Mia memeluknya dan Rai terus pengsan. Sejauh mana kebenarannya itu, Rai tidak dapat memastikannya. Memang benar dirinya dari keluarga Ingram, keluarga diraja yang merupakan pemerintah Kerajaan Pelangi dan juga penjaga Pintu Dua Dunia, tetapi, pada masa yang sama, dia juga baru mengetahui asal usul dirinya itu. Rai bangun dari buaian itu dan nekad untuk menyertai pasukan Leon. Dia berharap dapat mengetahui lebih lanjut mengenai dirinya itu.

Pada malam itu, Leon datang bersama seseorang. Shin agak terkejut melihat kedatangan lelaki yang bersama Leon. Lelaki yang bersama Leon itu terus memeluk Shin. “Tuan Shin! Sudah lama tak jumpa,” lelaki itu bersuara sebaik meleraikan pelukannya dari Shin. “Ryan! Kau semakin tegap sekarang ni berbanding dulu. Hahaha.” Shin menepuk belakang Ryan. Rai hanya memerhatikan gelagat Shin dan Ryan itu. “Ryan. Kenalkan. Ini Rai Luca. Rai, ini Ryan.” Shin menarik Rai dan perkenalkannya kepada Ryan. “Masuklah dulu kalau ye pun,” lembut suara Mia mencelah. “Puan Mia..” Ryan menghampiri Mia, memegang tangan kanan Mia dan menciumnya.  “Perangai tak berubah sungguh! Sudah! Mari masuk ke dalam.” Shin menarik Ryan. Leon dan Rai berpandangan sesama sendiri dan tertawa  melihat perangai Shin dan Ryan itu.

Shin dan Ryan rancak berbual mengenai kisah silam mereka bersama. “Nampaknya, Jeneral Shin memang lama tak jumpa Ryan.”

  “Siapa Ryan tu?” Rai bertanya. Ingin tahu.

  “Ryan tu dulu bekas pelajar Jeneral Shin sewaktu Ryan berada di dalam tentera. Ryan juga antara tentera terhebat pada waktu itu. Memang aku sendiri kagum bila mendengar kisah Ryan sewaktu berada dalam tentera dulu.” Leon memandang Ryan yang masih rancak berbual dengan Shin itu yang berada di anjung rumah. Sesekali ternampak mereka gelak dan ketawa. “Rai, adakah keputusan telah dicapai?” Leon mengalihkan pandangannya ke arah Rai. Ini adalah masanya. Dia sendiri telah nekad untuk mengikuti pasukan Leon untuk mengetahui mengenai dirinya. “Patik akan turut serta dalam pasukan Tuan Putera.” Rai bangun dan tunduk hormat kepada Leon. “Bagus! Esok kita akan ke Negara Sire. Pastikan kau dapat rehat yang cukup malam ini. Esok aku akan bawa sekali unicorn untuk kau. Bawa barang yang perlu sahaja buat masa ini. Rai, kau tak akan menyesal dengan keputusan kau ini?” Leon memandang Rai. Inginkan kepastian. Dia tidak mahu Rai berputus asa di tengah jalan.

          “Tidak. Seperti yang Leon kata, kali ini, saya akan buktikan pada mereka yang memandang rendah pada saya dan buktikan kepada mereka bahawa saya juga boleh menjadi seorang yang hebat!” begitulah jawapan Rai kepada Leon.

Lagenda Bersayap - Bab 3

| | 0 comments |


“Rai, kau pun dah berusia lebih 20 tahun dan dah sampai masanya untuk kau memilih haluan hidup. Tapi, sebelum tu, kau ada apa-apa dalam perancangan ke?” Leon memandang Rai. Dia mahu mendengar perancangan Rai sebelum dia menawarkan Rai untuk berkhidmat di dalam pasukan elit. “Untuk berada di Dunia Manusia.” Spontan Rai menjawab. Dunia Bersayap tidak sesuai untuk dirinya. Leon dan Shin saling berpandangan. “Kenapa Dunia Manusia? Kau tak rasa beruntung ke duduk di dunia ni?” Leon mahu jawapan dari Rai.

  “Sebab dunia ni tidak mahu saya ada disini…”

“Dan kau fikir dunia manusia akan menerima kau?!” jerkah Leon. Rai terkejut. Kenapa Leon perlu sibuk mengenai dirinya sedangkan dia baru saja mengenalinya, detik Rai dihatinya. Shin hanya mengeluh. “Ehem, Leon, ni rumah saya dan Rai adalah anak saya. Kamu tak berhak untuk memarahinya,” Shin menegur Leon. Muka Leon merah padam. “Maaf. Saya tak sepatutnya buat begitu. Rai, adakah kau mahu membuktikan pada orang-orang di Kerajaan Pelangi ni bahawa orang seperti kau mampu lebih berjaya dari mereka?” Leon memandang Rai dengan pandangan yang tajam. Sememangnya saat itu yang ditunggu-tunggu. Untuk membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi yang terbaik di Kerajaan Pelangi walaupun dia hanya mempunyai satu sayap. “Aku bagi kau masa sehingga esok malam. Nanti aku datang semula.” Leon menundukkan kepalanya sedikit ke arah Shin dan keluar dari bilik tamu.

  “Dah la lama tak datang, buat macam rumah sendiri pula tu,” Shin menggelengkan kepalanya. Setelah itu Shin memandang Rai. “Rai, ayah harap Rai buat pilihan yang tepat untuk diri Rai. Ayah menyokong segala keputusan Rai kecuali melarikan diri ke Dunia Manusia. Jangan buat keputusan yang salah.” Shin bangun, mengusap kepala anaknya itu dan keluar dari bilik tamu. “Rai ni siapa sebenarnya?” soalan itu terkeluar dari mulut Rai. Shin menoleh ke arah Rai. “Anak ayah dan ibu.” Jawab Shin dan terus keluar dari bilik itu.

   Sewaktu dihadapan pintu rumah Shin, Leon terserempak dengan Maya yang baru pulang. Maya memberi hormat kepada Leon. “Ambillah ni,” Leon memberikan beg kertas yang mengandungi dua pemegang lilin kepada Maya. Setelah itu, Leon pun keluar dari rumah itu. Maya membuka beg kertas itu dan terkejut. Leon seperti mengetahui apa yang disukainya. Pemberian Leon itu membuatkan hati Maya berbunga. Walaupun dia tidak pernah bertegur sapa dengan Leon, tetapi pemberian Leon itu membuatkan dia mahu menegur Leon.

       Rai merasakan dirinya berada di tempat lain. Dia terkejut melihat begitu banyak bunga yang kembang mekar dan berbau sangat harum di kawasan itu. Rai terus berjalan dan menikmati pemandangan serta bauan yang sangat wangi sehingga dia ternampak gadis yang mempunyai rambut panjang beralun sehingga pinggang berwarna perak. Kulit putih seputih salji, bibir merah semerah ros merah dan mempunyai sepasang mata yang berwarna hijau dan memakai gaun labuh berwarna perak seperti rambutnya. Gadis itu terkejut melihat kehadiran Rai disitu.Dia mendekatkan diri ke arah Rai.

          “Kamu mempunyai bau seperti dia dan kamu juga mempunyai bau manusia.” Gadis itu memegang tangan kanan Rai. “Hmm.. Memang sama kecuali warna rambut. Sui suka,” gadis itu membaui jari-jari Rai. “Sui?” Rai pelik. Gadis itu membahasakan dirinya sebagai Sui dan seingat Rai, Sui adalah unicorn milik Leon. Gadis itu memandang Rai dan menarik Rai sehingga bertemu dengan anak sungai yang terdapat dikawasan bunga itu.

          “Tempat ini adalah hadiah dari dia buat Sui. Dia cakap Sui boleh berada di tempat ini apabila Sui melelapkan mata Sui. Dia berjanji akan datang tiap-tiap malam untuk jumpa Sui. Tapi dia dah lama tak jumpa Sui dan Sui terus menunggu dan menunggu,” raut wajah gadis itu berubah. Kesedihan jelas kelihatan dimukanya. “Tapi sekarang Sui dah tak keseorangan lagi. Kamu akan datang jumpa Sui lagi kan?” gadis yang membahasakan dirinya sebagai Sui memandang Rai. “Bagaimana Sui berada disini?” Rai memandang Sui. Muka Sui kemerah-merahan dan bermain dihujung rambutnya. “Ra..h..si..a” Sui tersenyum. Rai membalas senyuman Sui itu dan memandang ke arah anak sungai yang berada di depan matanya. “Kamu.. Boleh Sui tahu nama kamu?”

          “Rai Luca.” Terkejut Sui mendengar nama itu. “Kamu anak dia?” air mata mengalir dipipi Sui dan terus memeluk Rai. Rai yang pada asalnya agak janggal, membiarkan Sui memeluk dia. Sudah tentu dia merinduinya, detik hati Rai. Setelah puas menangis dalam pelukan, Sui meleraikan pelukannya. “Rupa kamu macam dia. Sui sangat gembira,” Sui membelai muka Rai. Rai membiarkan perlakuan Sui itu. Begitu dalam perasaannya untuk ‘dia’, kata hati Rai. “Rai, terimalah peluang yang diberi oleh Leon. Nanti Rai akan tahu segala rahsia mengenai diri Rai dan keluarga sebenar Rai.” Sui menghadiahkan ciuman dipipi Rai. Setelah itu, Sui menghilangkan diri secara tiba-tiba dan Rai tersedar dari mimpinya.

          “Saya, Putera Leonard Prisken Ingram, telah menjalankan siasatan yang diminta oleh Tuanku Ingram dan mendapati bahawa puak bersayap hitam telah mempunyai kerajaan mereka sendiri di Selatan. Kerajaan itu dipimpin oleh Irm Shion dan dibantu oleh seorang manusia bernama Syaana.” Leon membentangkan laporannya di hadapan 20 orang ahli senat di dewan senat Istana Kristal. Sepatutnya dia tidak perlu membentangkan tetapi disebabkan beberapa perkara, dia masuk untuk membentangkan laporannya. “Irm Shion??” Ahli senat dalam dewan itu berpandangan sesama sendiri. “Bukankah sepatutnya Irm Shion mati sepuluh tahun yang lepas kerana percubaan untuk membunuh tuanku? Bagaimana dia boleh menjadi pemimpin puak bersayap hitam?” salah seorang ahli senat bersuara. Mati? Detik hati Leon. “Bagaimana pula ahli sihir manusia boleh berada di dunia kita? Mungkinkah dia yang mengawal Irm Shion?” seorang lagi ahli senat bersuara. Hanya persoalan yang diajukan oleh ahli senat tetapi Leon menantikan cadangan.

          “Diharap bertenang. Beta memanggil kamu semua disini adalah untuk membincangkan mengenai perkara ini. Putera Leonard dan pasukannya telah menjalankan tugas mereka. Sekarang ini, bagaimana kita harus menanganinya,” Tuanku Ingram bersuara. Ahli-ahli senat yang berada di dewan senyap dan mula berbisik-bisik sesame sendiri. “Adakah tujuan dia sama seperti sebelum ini? Ingin menawan Pintu Dua Dunia?” seorang lagi ahli senat bersuara. “Ya. Tujuan mereka adalah pintu itu. Tapi, saya fikir selain dari pintu itu, mereka juga ada tujuan yang lain. Sekiranya mereka inginkan pintu itu, mereka sudah boleh bertindak kerana tentera mereka sudah dilatih dan persiapan telah dilakukan. Saya dan pasukan saya akan menjalankan siasatan mengenai perkara ini dengan lebih lanjut. Salah seorang ahli pasukan saya, Ash Segawa, menarik diri dari pasukan kerana perkahwinan. Saya telah memilih Rai Luca, anak kepada Jeneral Shin untuk melengkapkan pasukan elit.” Lantang dan penuh keyakinan suara Leon. Para senat terkejut. Begitu juga dengan Tuanku Ingram. “Rai Luca? Bukankah itu..”

          “Nanti kita akan sambung musyawarah dihari yang lain! Leon, sila ikut beta.” Tuanku Ingram bangun dan berjalan menuju ke pintu sambil diikuti oleh Leon. Para ahli senat yang lain memberi hormat kepada Tuanku Ingram dan Leon. Setelah Tuanku Ingram dan Leon meninggalkan dewan itu, para ahli senat yang lain bersurai.      

          “Siapa yang benarkan Leon menggantikan orang lain tanpa meminta izin beta dahulu? Dan Rai Luca? Anak Jeneral Shin?” Tuanku Ingram memandang Leon dengan penuh kebengisan dan kebencian di mukanya. “Ayahanda Ingram, Rai Luca mampu membuat Sui rasa selesa dan dia juga pandai berlawan dan berpedang. Jadi tidak salah untuk Leon mengajaknya untuk..”

          “Sejak bila beta membenarkan anak separa bekerja untuk beta?” Leon terkejut mendengar ayat itu. “Bukankah Raidiese Luca Ingram cucu Tuanku dari darah waris Tuanku yang sah iaitu Lucadiese Ingram?” Leon memandang pakciknya itu. Leon begitu mengasihani Rai kerana identitinya sebagai anak separa dijadikan isu yang besar di Dunia Bersayap. “Jangan sebut lagi perkara ini, Leonard Prisken!!” jerkah Tuanku Ingram. “Maaf, Tuanku. Saya tetap dengan pendirian saya dengan membawa Rai ke dalam pasukan saya!” Leon memberi kata putus dan memberi hormat kepada Tuanku Ingram dan terus keluar dari bilik perbincangan itu.

          Rai masih lagi memikirkan mengenai tawaran dari Leon. Sememangnya dia ingin meninggalkan tempat dia dibesarkan kerana tidak tahan lagi dengan kutukan dan cacian terhadap dirinya. Sui juga menyarankan agar menerima tawaran dari Leon itu. Rai mengeluh lantas dia mengambil katana nya dan memulakan latihan berpedangnya. Shin yang kebetulan berada di taman belakang rumahnya itu, melihat anaknya itu berlatih. Setelah seketika, Shin menghampiri Rai. “Boleh kita berlatih bersama?” Shin pun mengeluarkan katana nya dan terus menyerang Rai dalam keadaan yang tidak berapa bersedia. Rai dapat menapis serangan dari Shin. Shin tersenyum. “Bagus. Kita akan lawan sampai ada yang kalah.” Shin melonjak ke belakang dan mula menghayunkan katana nya ke kanan Rai, tetapi berjaya di tepis oleh Rai. Rai menghunuskan katananya tepat ke dada Shin tetapi tidak berjaya. Shin tidak menepis serangan Rai sebaliknya menahan hunusan Rai dengan menggunakan katana nya. Shin membalas serangan Rai dengan menendang perut Rai dan melompat ke belakang. “Banyak lagi yang perlu dipelajari..” Rai terus menyerang sebelah kiri Shin tetap Shin mengelak dengan berundur beberapa tapak ke belakang. Rai menyerang, menyerang dan terus menyerang. Shin mengelak, mengelak dan terus mengelak sehinggalah dia tiba-tiba menghilangkan diri dan muncul dibelakang Rai.

          Apabila Shin menyerang belakang Rai, loket emerald milik Rai bertindak balas dengan tiba-tiba dan mengeluarkan cahaya seperti menghalang Shin dari menyerang Rai dari belakang. Shin tercampak ke belakang dan terhentak pada pagar kayu di kawasan rumahnya itu. Rai yang terkejut dengan kejadian itu, berlari mendapatkan ayahnya itu. “Ayah tak apa-apa ke?” Rai membantu ayahnya untuk bangun itu. Shin terbatuk-batuk. “Walaupun kamu ni anak separa, anak yang mempunyai satu sayap, kuasa kamu amat kuat tanpa kamu sedari.” Shin tersenyum dan menggosok kepala anaknya itu. Mia yang melihat dari jauh, lega melihat mereka berdua tidak apa-apa. Maya memandang dengan penuh kebencian. Sejak dari dulu, sehingga sekarang, tumpuan hanya diberi kepada abangnya. Sedangkan dia, anak kandung Mia dan Shin, dibiarkan begitu. Sedikit sebanyak, kebencian mula menular di hati Maya dan loket ruby miliknya yang pada asalnya berwarna merah jambu telah berubah menjadi hitam.

Total Pageviews