Tajuk: Saki Arina ~ Earth vs Galaxy
Penulis: hawa-chan
Prolog
Tahun 30xx.
Manusia kini telah menuju ke arah inovasi, pendidikan, teknologi dan kajian. Mereka percaya bahawa semua ini dapat mengubah tamadun manusia. Sekuriti semakin ketat sekaligus memudahkan orang ramai untuk berurusan namun masih mampu untuk mengekalkan keselamatan dan privasi mereka. Pelbagai ciptaan telah wujud atau diupgrade dari pengangkutan, harta benda awam sehinggalah barang – barang di rumah. Teknologi seperti ini mampu member manfaat kepada manusia sejagat sekaligus mampu memberikan pulangan yang amat lumayan. Kekreatifan beberapa pencipta juga mampu meminimumkan kos pembuatan setiap alatan.
Namun begitu, satu masalah serius juga telah timbul. Kadar kelahiran yang semakin tinggi menyebabkan Bumi tidak lagi mampu menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah. Tiada pilihan lagi, mereka terpaksa mencipta sebuah kapal gergasi di angkasa yang mampu menampung sebuah komuniti khas untuk penduduk yang berpendapatan rendah. Sejak 18 tahun dahulu, kapal tersebut telah dicipta. 80% penduduk yang berpendapatan rendah terpaksa berpindah ke kapal tersebut. Kawasan itu dipanggil Galaxy manakala penduduk Bumi digelar Earth.
Bumi 1/04/30xx
Kawasan Greentown sangat sibuk seperti biasa. Orang ramai berpusu – pusu di sekitarnya. Sebuah pusat membeli – belah, Fleet Mall baru dibuka hari ini. Fleet Mall mempunyai ketinggian 300 tingkat dan berkeluasan 300km. Dengan kata lain, saiznya terlalu besar untuk memuatkan jutaan pengunjung ditambah lagi dengan ribuan tarikan menyebabkan ia sangat popular walaupun baru sehari dibuka. Sudah tentulah perancangan yang teliti diperlukan untuk menguruskan saiz perniagaan gergasi seperti itu.
Terdapat kira – kira 2500 perniagaan berasaskan makanan, 1246 perniagaan butik, kedai permainan, kedai yang menjual peralatan atau gadget terbaru dan lain – lain. Selalunya kawasan makanan sangat sukar untuk mendapatkan tempat duduk kerana meja dan kawasan yang terhad namun ia tidak lagi menjadi masalah kerana kawasan yang disediakan amat luas maka lebih banyak meja mampu ditempatkan sekaligus memudahkan orang ramai.
Harga makanan juga sangat murah iaitu sekitar RM 5 ke bawah. Akan tetapi, barangan dari kedai khas seperti butik, kedai permainan berjenama tetap mahal seperti biasa. Oleh itu, tidak kira miskin atau kaya, sesiapa juga mampu untuk membeli – belah di Fleet Mall. Bagi penduduk Galaxy yang ingin ke Bumi, mereka harus menaiki kereta api angkasa untuk ke sana. Bergantung kepada Negara mana yang mereka ingin tuju di Bumi, harga tiket adalah berlainan. Sudah tentulah harga tiket untuk dewasa lebih mahal dari kanak – kanak. Penduduk Galaxy tidak dapat diberikan kemudahan yang lebih canggih kerana keluasan kapal angkasa yang terhad. Sekiranya kelebihan seperti ini ada, ia tidak akan mampu untuk memuatkan penduduk lagi. Oleh itu, mereka harus pergi ke Bumi untuk bersuka – ria. Ramai pelajar mahu belajar di Institusi Pengajian Tinggi, Kolej atau Universiti di Bumi kerana Bumi tidak memiliki sebarang masalah kekurangan oksigen dan lain - lain.
Pada masa ini, jurusan yang paling mewah ialah jurusan Multimedia. Ini kerana Multimedia mampu dimanfaatkan di mana – mana saja. Ia bukan lagi sesuatu yang mudah untuk dipelajari seperti dahulu. Jurusan itu kini lebih canggih malah yurannya sangat sangat mahal. Hanya sebilangan golongan berada yang mampu untuk masuk ke jurusan itu malah syarat akademiknya juga sangat ketat.
Galaxy ( Stesen Kereta Api ) 5.00 a.m.
Jadi, inilah dia.
Kakinya melangkah ke Gerabak E. Dia menarik begnya ke bilik yang tertera pada tiket di genggamannya. Dia mundar – mandir sambil mencari biliknya.
“303, 303…Oh, ini pun dia.”
Saki Arina kini berdiri di depan pintu bilik bernombor 303. Dengan segera dia memasukkan kunci pada lubang tombol pintu lalu memutarkannya. Pintu itu terbuka dan Saki berjalan masuk ke dalamnya.
“Waaahh!!”
Saki betul – betul kagum dengan apa yang dilihatnya. Kelihatan sebuah bilik mewah yang kelihatan tidak ubah seperti sebuah bilik hotel untuk seorang di depannya. Bilik itu ini bukan saja mempunyai sofa yang cantik malah juga katil yang empuk dan selesa. Terdapat juga plag untuk mengecas jam hologram bimbit. Ia membuatkan Saki tertanya – tanya benarkah ini sebuah kereta api? Dengan segera, Saki meletakkan begnya di atas sofa dan dia terus duduk.
“Haa…”
Saki mengeluh panjang. Betulkah tindakannya kali ini? Gadis muda ini ingain mencuba nasib di Bumi untuk melanjutkan pelajaran. Cita – citanya adalah untuk menjadi sebahagian dari pencipta – pencipta teknologi baru. Dengan keputusan yang membanggakan, dia sepatutnya tiada masalah untuk mendapatkan sekurang – kurangnya satu tempat di kolej. Apa yang merisaukannya ialah dia tiada penjaga maka tiada siapa dapat menjaminnya sekiranya dia ingin membuat pinjaman kelak. Memikirkannya saja sudah membuatkan Saki sakit kepala.
Dia menuju ke arah katil dan terus baring.
“Ha…Begitulah kehidupan…” bisik Saki lalu melelapkan mata.
******
Saki terbangun apabila dia terdengar bunyi bising.
“Erm…dah pagi ke? Nanti dulu, di angkasakan sentiasa gelap?”
Saki berjalan menuju ke gerabak penumpang. Entah apa dah berlaku agaknya? Ada aktiviti? Tak mungkinlah…
Saki membuka pintu di depannya namun apa yang menantinya hanyalah satu kejutan. Kalau ianya sesuatu yang bagus tak mengapalah, tapi ini…
“Jangan bergerak! Kereta api ini telah ditawan!”
Saki terdiam lalu menutup semula pintu itu. Dia menyorok di tepi koridor. Ternyata air mukanya telah bertukar walaupun dia kelihatan tenang.
Terrorist?!
Saki menjenguk pengganas itu dari cermin yang ada pada pintu itu.
Tunggu! Kenapa pada waktu begini?! Tak guna betul! Aku mesti buat sesuatu! Kemudian aku akan menjadi wira dan mampu belajar di tempat terkenal dan bekerja di syarikat yang besar! Ya! Sepatutnya begitu!
Saki menjenguk lagi. Kali ini dia telah Berjaya menenangkan diri. Dia menarik nafas beberapa kali. Kilauan matanya mula menjadi tajam. Fikirannya mula rasional semula tidak seperti tanggapan mengarut seperti tadi akibat terlalu cemas.
“Baik, aku patut mula mencari senjata yang boleh dipakai untuk menyerang pengganas itu. Nanti dulu! Aku tak tahu berapa orang rakan mereka dan mustahil pengganas hanya seorang ketika menjalankan misi,” bisik Saki
Secara tiba – tiba, kereta api itu telah berubah haluan destinasinya. Saki hilang keseimbangan lalu nyaris terjatuh. Mujurlah dia berpaut pada sebuah rak disebelahnya.
Tak guna! Memang dia ada rakan!
Dengan perlahan – lahan, Saki merangkak ke dek yang bertentangan. Dia harus berseorangan untuk merancang strateginya. Bukan selalu dia melakukan perkara seperti ini tapi keadaan memaksanya untuk terus berfikir. Lagipun, dia harus memikirkan strategi untuk mendapat tempat di kolej nanti. Tak kisahlah jurusan apapun yang penting ia berkaitan dengan teknologi.
Saki kembali ke biliknya. Dia segera mengunci pintu dan duduk di atas sofa. Dia mengeluh. Kemudian, dia mula bertekad.
“Baiklah!”
******
Suasana di dalam gerabak penumpang diselubungi ketakutan. Penumpang perempuan terutamanya menangis ketakutan sama juga dengan bayi yang menangis kerana bunyi yang bising. Ibu – ibu mereka pula cuba memujuk mereka kerana keadaan akan jadi lebih bahaya sekiranya mereka tidak berhenti menangis. Pengganas itu menyua senjata api kepada mereka menyebabkan mereka lebih takut.
Tiba – tiba seorang rakan mereka muncul.
“Ini saja penumpang yang ada?” tanya rakan pengganas itu.
Mendengar pertanyaan rakannya itu, dengan segera dia menyua senjata api ke arah salah seorang penumpang perempuan di sebelahnya.
“Hei awak! Ada sesiapa lagi di dalam kereta api ini?” tanya pengganas itu dengan nada mengugut.
Kesemua penumpang memandang ke arah satu sama lain. Siapa lagi ya? Tiba – tiba salah seorang dari mereka kelihatan terkejut.
“Kenapa?” bisik rakan di sebelahnya.
“Arina masih tidur di bilik dia bukan?” bisik penumpang itu.
“EHHH????!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Jeritannya sangat kuat sehingga didengari oleh pengganas dan rakannya itu. Pengganas itu berjalan ke arah dua penumpang itu tadi.
“Oh tidak…” Penumpang itu menepuk dahi.
Pengganas itu tersengih sambil menyua senjata api kepada mereka.
“Jadi, kalau awak baik sila terangkan pada saya tentang ‘penumpang terakhir’ itu?” pengganas itu tersenyum. Memang tidak dinafikan bahawa dia amat kacak dan kedua – dua penumpang perempuan itu nyaris tergoda sebentar namun mereka tersedar akan situasi yang tidak memihak kepada mereka itu.
******
Saki telah pun bersedia dengan lampu panjang ‘bahan misteri’ di tangannya. Dia sengaja untuk tidak mengunci pintu biliknya. Lambat – laun dia akan dikesan juga oleh pengganas itu. Tiba – tiba dia terdengar bunyi derapan tapak kaki sedang berjalan.
Dah datang!
Saki mula bersedia di posisinya.
Tangan seseorang sudah mula memegang tombol pintu dan memutarnya. Pintu itu terbuka.
“ITU DIA!!” jerit Saki. Lelaki berambut perang itu terkejut apabila sesuatu menderu ke arahnya dengan laju. Dia cuba mengelak namun sehelai cadar yang besar telah jatuh ke atasnya. Dia cuba menepis cadar itu namun secara tiba – tiba kepalanya dihantuk sesuatu. Dia terlepas senjata apinya lalu Saki berjaya merampasnya dengan tindakan reflex yang pantas.
Kini kelebihan berpihak kepada Saki.
“Jangan bergerak!” kata Saki.
“Cis, seorang budak, ya…” kata lelaki itu tersengih.
“Saya Saki Arina, awak siapa?” kata Saki.
“Saya? Saya tiada nama, jadi sila panggil saya Wing,” katanya tersengih.
“Apa awak semua nak?” tanya Saki.
“Perubahan.”
Jawapan yang mengejutkan. Nanti, ia tidak mengejutkan pun. Galaxy ialah tempat yang serba kekurangan. Kami kekurangan beberapa fasiliti untuk menampung jumlah penduduk yang semakin ramai. Kebanyakan penduduk Galaxy sangat miskin dan mempunyai ramai anak. Hospital juga tidak mempunyai peralatan yang canggih dan terlalu kecil untuk menampung ramai pesakit. Makanan juga tidak cukup.
“Hm…saya faham!” kata Saki mengangguk.
“Tapi, memang tiada cara yang lebih lembut untuk meminta perubahan?” katanya lagi dan mengangkat senjata api yang dipegangnya.
“Kalau ianya semudah itu dah lama kita dapat hidup senang. Kami tak perlukan hidup yang mewah yang penting keperluan rakyat semua tersedia sudah mencukupi. Tapi, dengan keadaan sekarang, mustahil untuk semua itu diperolehi.”
“Kerana penduduk yang terlalu ramai?” tanya Saki. Wing mengangguk.
Saki terdiam. Dia menarik sebuah bangku bulat dan meletakkannya di depan Wing.
“Oh, baiknya awak,” kata Wing lalu duduk di atas bangku. Saki pula duduk di atas sofa.
“Jadi…” Wing memulakan perbualan.
“Apa pandangan awak terhadap dunia ini?” tanya Wing. Saki terkejut.
Sakit terdiam. Matanya menjadi tajam semula. Jadi…ini perlawanan berdebat ya? Marilah! Biar aku tunjukkan pada kau tentang pandangan aku terhadap dunia ini!
“Dunia…ini? Saya tak peduli!”
Wing terkejut. Jawapan yang berani. Gadis ini bodoh atau terlalu lurus? Atau…hati kering? Wing terus berdiri sambil berpeluh.
“Awak…betul ke ni?” tanya Wing.
“Ya, betul tu!” jawab Saki. Dia juga berdiri.
“Dengar sini, terrorist! Saya rasa awak juga tahu hanya satu jalan penyelesaian masalah ini. Dan awak pasti tahu sikap orang – orang Earth!”
“Dan sebab itulah kami jadi begini!” jerit Wing.
“Oh ho? Mula hilang pertimbangan? Awak tidak rasa bahawa ini akan menyebabkan awak kelihatan tidak lagi professional seperti biasa?” kata Saki mengejek. Wing berpeluh menahan kemarahan.
“Ya, satu – satunya jalan untuk menampung rakyat yang ramai ialah…” kata Wing.
“Membina lebih lagi kapal angkasa untuk penduduk Galaxy!” sambung Saki.
“Betul tu! Dengan kedudukan kewangan dan ekonomi Earth, mereka sepatutnya tiada masalah untuk membina 4 atau 5 buah kapal angkasa untuk penduduk Galaxy. Akan tetapi, mereka menganggap projek ini tidak akan menguntungkan mereka lalu hanya membina stesen kereta api ini bagi membolehkan penduduk Galaxy datang sendiri ke Bumi untuk mendapatkan keperluan. Dengan cara ini, ia lebih menguntungkan pihak Earth kerana aliran wang Galaxy akan masuk ke arah mereka. Sebab itu ramai orang Galaxy menyimpan impian untuk belajar atau bekerja di Bumi. Namun begitu, tiket kereta api ini saja sudah cukup mahal. Bumi juga belum tentu dapat menerima kita dengan baik!” kata Wing.
“Jadi, tujuan awak semua mengubah laluan kereta api ini ialah supaya aliran wang tidak akan masuk ke stesen utama Bumi? Di dalam kereta api ini ada ribuan penumpang maka jutaan ringgit tidak akan dapat disalirkan kepada mereka. Dengan kata lain, awak semua sedang cuba untuk membuatkan Bumi mengalami kerugian?” tanya Saki tersengih sambil mencekak pinggang.
“Ya, betul tu. Kami juga boleh gunakan semua penumpang sebagai tebusan untuk mengugut pihak Earth untuk membina kapal angkasa yang mencukupi bagi penduduk Galaxy,” kata Wing.
“Jadi, itulah tujuan utama awak, ya?” kata Saki.
Saki terdiam. Tiba – tiba dia mendekati Wing. Wing terpinga – pinga hinggalah satu tumbukan hinggap ke arah perutnya. Dia mengigil.
“A...wak...” bisik Wing sebelum dia rebah dan tidak sedarkan diri. Saki terdiam sambil merenung ke arah Wing yang sudah tidak sedarkan diri.
“Saya takkan menang dalam perlawanan ini dan saya tiada alasan untuk menentang awak. Saya tak kisah untuk mencampakkan awak keluar angkasa dan biarkan awak terapung – apung sebelum tubuh awak musnah tapi rupa awak agak kacak maka saya lepasakan awak kali ini!” kata Saki lalu berjalan keluar dari biliknya sambil membawa senjata api yang dirampas olehnya dari Wing.
Lemah. Dia terlalu lemah. Orang seperti ini tidak layak menyertai pemberontakan. Dia hanya akan kehilangan nyawa jika terus begini.
******
Kali ini Saki begitu berani mendedahkan dirinya. Dia membuka pintu gerabak dengan kasar, sudah cukup untuk menunjukkan bahawa dia sangat marah.
“Arina?!” jerit mereka.
“Maaf saya terlambat!” kata Saki tersengih.
“Apa?! Wing juga gagal uruskan dia?!” jerit rakan Wing.
“Heh! Jangan pandang rendah pada aku pengganas busuk!” jerit Saki lalu berlari ke arah mereka.
Pengganas itu terkejut lalu cuba menembak Saki namun Saki sudah mampu membaca gerakannya lalu mengelak dan menendang kaki pengganas itu. Pengganas itu hilang keseimbangan dan Saki mencengkam kepala pengganas itu lalu menghentaknya ke lantai. Seorang lagi sudah tumbang di tangan Saki.
“Woooahhh!!” sorak semua penumpang.
“Kuatnya dia!”
“Siapa dia?”
“Awak tak tahu? Dia sangat terkenal! Dia ialah Saki Arina, pencipta terulung di Galaxy!” kata salah seorang penumpang.
Saki memandang ke arah penumpang di sebelahnya. 2 gadis itu tersenyum melihatnya.
“Hai…Arina…” kata mereka.
“Oh, jadi kamu berdua tahu yang saya ada di dalam kereta api ini, bukan?” tanya Saki, tersenyum. Kedua – dua rakannya itu mengangguk.
“Dan awak berdua terlepas cakap bahawa saya masih berada di bilik saya, bukan?” senyuman manis Saki kini bertukar menjadi lebih menakutkan. Kedua – dua gadis di depannya itu menjadi sangat takut.
“MAAF!!! KAMI TAK SENGAJA!!” jerit mereka berdua sambil melutut. Semua orang berpeluh melihat gelagat tiga sekawan itu. Saki mengeluh sambil menyelak rambut merahnya itu ke belakang.
“Lagipun, apa yang kamu semua buat di sini?” tanya Saki.
“Kami cuma mahu bercuti dan mencari tempat belajar, sama macam awak!” kata Rin, salah seorang dari mereka.
“Untunglah awak berdua, dapat memenuhi syarat kemasukan.”
Mendengarnya saja sudah membuatkan 2 gadis itu memandangnya dengan penuh kasihan. Saki terkejut.
“Hei! Janganlah pandang saya begitu! Saya tetap akan mencuba sedaya – upaya saya untuk dapatkan tempat di kolej nanti!” jerit Saki, tersengih.
“Ehem…sekarang…”
“Huh?” tanya mereka semua.
******
Dua lagi pengganas yang berada di tempat pemandu itu mula berasa hairan. Sudah beberapa jam mereka menunggu tetapi tiada reaksi dari Wing dan rakannya.
“Ada sesuatu yang tak kena!”
Sebaik saja mereka membuka pintu ke gerabak penumpang, mereka telah diserang oleh ratusan penumpang di bawah arahan Saki.
“GYAAHHHHHHH!!!”
“Dengar sini, ungka! Sampai sini saja kemaraan kamu!” kata Saki mencekak pinggang sambil tersengih.
“Budak tak guna! Kamu tahu tak kami lakukan semua ni demi siapa?!” jerit salah seorang dari mereka ketika diikat oleh penumpang.
“Sudah tentu saya tahu tapi terima kasih sajalah. Cara awak semua terlalu naïf dan bodoh!” kata Saki tersengih.
“Jadi beritahu cara terbaik untuk semua ini!”
Saki tersengih dan mula ketawa.
“HAHAHAHAHA!!! Mudah saja! Awak Cuma perlu ambil kesempatan dan mempergunakan Earth habis – habisan! Duit mereka akan mengalir masuk ke bank Galaxy dan kita boleh berseronok sambil mentertawakan mereka! Bukankah itu paling baik?! Hahahahahahahahahahaha!!!”
Semua orang berpeluh.
“Ra…raksasa…“
Dengan itu, semuanya telah tamat. Kereta api itu telah kembali ke destinasi yang sepatutnya. Kesemua pengganas itu telah ditangkap.
Saki hanya terdiam melihat kesemua pengganas itu dibawa pergi oleh polis. Tiba – tiba dia teringat. Mana dia? Setelah kesemuanya pergi, Saki tahu bahawa mereka kekurangan seseorang. Saki terus berlari masuk ke dalam kereta api dan menuju ke biliknya tadi.
“Tiada!”
Ya, Wing sudah hilang. Ini bermakna dia sudah sedar atau berpura – pura pengsan untuk melarikan diri. Saki mundar – mandir dan ternampak sehelai selimut yang digunakan oleh Wing ketika Saki mengangkatnya di atas sofa.
Pelik. Dia tahu bahawa Wing adalah musuh namun dia agak lega apabila lelaki itu telah Berjaya melarikan diri. Em…Ia tak pernah berlaku sebelum ini. Dia tak pernah melepaskan musuhnya selama ini. Ia merupakan satu perasaan yang pelik.
“Adakah aku…”
Memikirkan sahaja tentang itu, Saki berasa geli lalu menghantuk kepalanya ke dinding beberapa kali. Mukanya mula menjadi merah. Akibatnya, dia berjalan keluar dari kereta api itu seperti ketam. 2 rakannya itu telah lama menunggu di stesen. Mereka berasa hairan dengan kelakuan Saki yang amat aneh itu.
“Lama tunggu?” tanya Saki.
“Baiklah, mari pergi!” kata Rin.
“Jom!” kata Tomo, salah seorang lagi yang masih belum diperkenalkan kepada pembaca.
Musim luruh tahun 30xx, ini adalah kali pertama bagi Saki Arina dan rakan – rakannya berkunjung ke Bumi. Situasi mungkin agak mudahbagi Rind an Tomo tapi tidak bagi Saki. Sekuat manapun dia, dia tidak mempunyai kelebihan untuk mencapai cita – citanya. Mampukah dia mengharungi segala cabaran yang bakal muncul di hadapannya? Langkah pertamanya sudah Berjaya namun siapa tahu takdirnya akan berubah sekelip mata?
0 comments:
Post a Comment