Cerpen ni saya pernah siarkan di blog saya sendiri tapi saya nak berkongsi di sini juga untuk mereka2 yang belum baca. =)
Enjoy people.
by: Virtual Writer
3915 A.D
Basch mendongak merenung jauh ke arah langit yang kelihatan oren kemerahan seperti warna rekahan senja itu. Angin pagi itu terasa kering dan dingin. Entah berapa lama lagi masa yang tinggal untuk mereka tinggal di planet itu. Lapisan atmosfera kian menipis dan kubah halimunan lindungan planet yang membekalkan oksigen dan menjana graviti di planet Newarky itu akan pecah bila-bila masa saja. Ketulan-ketulan astroid, meteoroid, komet-komet dan nebula yang melintas mungkin boleh menghakis kubah halimunan itu. Dan Basch tahu, pihak kerajaan semakin sibuk menghantar anak-anak muda ke angkasa lepas bagi menjelajah planet-planet lain yang berpotensi untuk menjadi habitasi manusia sejak bumi musnah dihentam komet lebih 500 tahun lalu. Kini, manusia bagaikan hidup secara nomad dan sering berpindah randah ke planet-planet lain yang sesuai dihuni setelah melalui proses pengubahsuaian lapisan ozon dan daratannya sejak berabad-abad lalu.
Basch mengeluh berat.
"Basch!" Telinganya menangkap satu suara nyaring seorang gadis di belakangnya. Dia menoleh dan terpandang Helena, rakan sepermainannya sejak di tadika yang sedang berlari-lari anak sambil melambai-lambai. Gadis berambut pendek separas bahu itu tersenyum riang. Terus Helena menumbuk bahu Basch sebaik sahaja dia tiba di sisi lelaki itu.
"Sakitlah bodoh!" Basch naik marah namun tidak membalas tumbukan gadis berbadan kecil itu.
Helena sekadar tertawa. "Kerja sekolah kau dah siap? Puan Joanne akan mengamuk kalau kau asyik nak tiru kerja aku."
"Dah." Basch membalas ringkas. Kakinya terus melangkah menuju ke perkarangan sekolah yang terletak hanya beberapa ratus meter sahaja itu. Dia tidak sanggup hendak memandang wajah Helena. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu gadis itu. Dia tidak tahu bagaimana hendak menghadapi reaksi Helena bila dia tahu.
"Kenapa kau ni? Macam tak semangat je." Soal Helena sambil berjalan di sisi kawan baiknya itu.
"Tak ada apa-apa. Hei Elle, kau rasa berapa lama lagi planet kita akan bertahan?" Basch menyoal menyebut nama timangan sahabat karibnya itu.
Kening Helena berkerut dan dia merenung Basch dengan hairan. "Kenapa kau tanya benda ni tiba-tiba? Janganlah risau. Kubah halimunan kita kuat dan mungkin akan bertahan 100 tahun lagi. Kalau nak jadi apa-apa pun, kita mesti akan mati dulu." Gadis itu ketawa sambil mendongak memandang langit merah di atasnya. Kelihatan beberapa astroid dan batuan angkasa seperti hendak jatuh ke arah mereka namun kembali terlantun ke angkasa setelah berlanggar dengan dinding kubah halimunan yang melitupi seluruh planet Newarky itu.
Basch terdiam.
"Basch, pasukan softball perempuan sekolah kita berjaya masuk final tau. Kau akan datang tengok kami main, kan?" Soal Helena.
"Bila?"
"Bulan depan."
Langkah kaki Basch terhenti dan Helena yang berjalan di belakangnya terus terlanggarnya.
"Kenapa berhenti tiba-tiba?" Helena menyoal sambil menggosok-gosok hidungnya itu.
"Elle, kalau aku tak ada, kau akan rasa sedih tak?"
"Hah? Apa kau merepek ni?"
"Aku tanya ni kau jawab jelah."
Helena terdiam sejenak sebelum meledak ketawa. "Kau nak pergi mana weh? Nak pergi camping 3 hari pun dah merungut macam-macam. Kau takkan boleh survive pergi jauh-jauh dari tempat ni."
"Helena Swank!" Basch menyebut nama penuh gadis itu dengan suara yang ditekankan. Dia benar-benar serius kali ini. Basch tahu walaupun dia ialah seorang lelaki, namun dirinya tidak sekuat Helena. Helena gadis periang, pandai bersukan, bijak dan tegas. Manakala dia pula si lelaki biasa yang pendiam dan malas hendak bercakap walaupun dia selalu digelar genius sekolah. Entah bagaimana persahabatan mereka dapat bertahan sejak dari tadika dulu sedangkan sejak kecil, Helenalah yang selalu melindunginya apabila dibuli dan apabila dia selalu digelar budak 'nerd' atau 'si pondan'.
Helena tersentak. "Kenapa kau hari ni, Basch?"
"Aku... aku akan pergi jauh dari sini. Dari Newarky."
"Apa maksud kau?"
"Aku terpilih, Elle. Program menjelajah angkasa lepas untuk penduduk Newarky bawah 25 tahun tu. Aku sebagai calon termuda."
Helena terdiam. Dirasakan darah panas menyimbah tepat ke wajahnya sambil dia berdoa semoga apa yang didengarinya itu sekadar gurauan semata-mata. "Takkanlah..."
"Betul. Tengok surat ni. Semalam Majlis Tertinggi Projek Angkasa hantar surat pada aku dan aku perlu menjalani latihan. Kau pun tahu kan, apa maksudnya? Aku takkan boleh balik selagi tak jumpa planet lain yang sesuai..."
"Nanti dulu! Maksudnya, planet kita dah tak sesuai untuk hidupan bumi?"
Basch mengangguk. "Kau cubalah tengok. Kubah kita makin menipis dan tak mustahil akan pecah tak lama lagi. Sekarang, pihak jurutera kerajaan dah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Mereka cuma tak bagitahu penduduk awam macam kita ni sebab tak mahu kita semua panik. Mereka tak mahu kita merusuh. Kapal angkasa kita tak akan cukup untuk menampung kesemua penduduk Newarky. Penduduk-penduduk kelas bawah akan terpinggir dan mati di planet ni nanti."
Helena berundur setapak dengan wajah yang gerun. "Basch, kau terlalu banyak berfikir..."
"Elle, hakikatnya aku akan pergi. Demi semua orang, aku mesti berkhidmat dengan kerajaan untuk cari planet baru. Demi kau juga."
"Bila kau nak pergi?" Helena menyoal perlahan.
"Latihan aku mula minggu depan. Lepas tu mereka akan mula hantar kami ke Stesen Angkasa kita secara berperingkat di orbit Fasa Pertama untuk latihan susulan. Dan lepas tu, barulah ekspedisi menjelajah bermula." Basch menjawab dengan wajah yang sugul.
Helena mengetap bibirnya dengan wajah yang sugul.
"Elle, aku janji aku akan cari planet baru dan pulang cepat-cepat. Lepas jumpa, pihak kerajaan dah berjanji akan masukkan kami dan keluarga dalam senarai pertama penumpang kapal angkasa ke planet baru kita. Masa tu, aku akan bawa kau sekali. Aku janji aku takkan tinggalkan kau."
Suara dalam Basch benar-benar membuatkan hati Helena sebak. Lelaki itu seperti sedang mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan dia sedar yang dia masih belum bersedia untuk itu. "Basch, di orbit kita masih boleh berhubung kan? Maksud aku menggunakan radio atau gelombang elektromagnet. Ah, mungkin kita masih boleh menghantar SMS kan?"
Basch mengukir senyuman tawar. "Ya. Aku akan hantar SMS pada kau hari-hari. Kau pun mesti balas hari-hari juga tau."
Helena mengangguk seraya tersenyum.
BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN
+ Basch, esok kelas kita ada ujian kalkulus. Kau tak ada, siapa nak ajar aku?
- Belajarlah sendiri. Kalkulus tu macam kacang goreng jelah. Hahaha
+ Janganlah nak bandingkan otak genius kau tu dengan aku!
- Hahaha. Hari ni kami buat latihan apungan. Kau tau tak air minum aku tertumpah tapi sebab takde graviti, air aku terapung di udara. Kapten aku paksa aku sedut air tu sampai habis. Nasib baik tak termasuk dalam hidung aku.
+ Hahaaa.. mesti seronokkan boleh terapung?
- Hemm. Tapi dapat jalan atas darat dengan kau lagi seronok. =P
Helena tersenyum-senyum simpul membaca mesej-mesej yang diterima beberapa minit lalu. Sejak pemergian Basch ke orbit Fasa Pertama untuk latihan susulan, mereka selalu berbalas SMS. Dari aktiviti sekolah hinggalah di rumah, semuanya akan diceritakan satu persatu. Semuanya kecuali satu iaitu perasaan sebenarnya kepada Basch.
Telefon bimbit pada tahun 3000 itu semakin canggih. Alat komunikasi, cip pengenalan diri dan alat hiburan digabungkan sebagai satu device dan dipakaikan di lengan seperti jam tangan. Dengan hanya menekan beberapa butang, device itu akan bertindak seperti projektor dan membentuk skrin maya di udara. Jika ingin bercakap telefon, mereka hanya perlu memakai earphone di telinga yang dilengkap dengan peranti mikrofon. Setiap device juga dilengkapi dengan cip pengenalan diri yang membolehkan mereka mempunyai akses terhadap pengangkutan awam dan tempat-tempat awam.
Hari ini sudah genap 3 minggu Basch mengikuti latihan angkasa itu. Tidak lama lagi dia pasti akan dihantar jauh dari Fasa Pertama untuk mula menjejak planet-planet baru. Menurut Basch, dia sedang dilatih mengendalikan robot-robot gergasi yang setiap satunya diberi nama bandar-bandar besar di bumi sebelum ia musnah dahulu. Basch sendiri sudah mahir mengendalikan sebuah robot yang diberi nama Seoul, iaitu nama ibu negara sebuah negara di bumi iaitu Republik Korea Selatan. Basch pernah berkata yang nama-nama itu kedengaran sangat ironik kerana kerajaan seolah-olah mahu mereka tetap mengingati planet biru itu meskipun ia telah musnah lama dulu.
- Elle, aku dah berjaya kendali Seoul dengan baik. Sekarang aku dah naik pangkat dan boleh jadi pilot. Bangga tak dengan aku?
+ Iyelah tu...
- Wei, balaslah panjang sikit. Kau pun tahu makin jauh aku dari Newarky, makin lambat mesej aku sampai pada kau. Aku kena tunggu 2 jam tau untuk mesej pendek kau tu!!
Helena mengeluh kerana dia mula sedar. Sejak Basch dibawa ke orbit, mesej yang selalunya dibalas dalam masa dua minit menjadi semakin lambat. Jarak yang semakin menjauh menyebabkan gelombang elektromagnet semakin lambat menghantar mesej-mesej SMS mereka dan dia semakin terseksa menanti SMS balasan dari lelaki itu. Helena kian risau.
- Minggu depan aku dah nak berlepas. Janji kau mesti tunggu aku balik, Elle.
+ Iyalah. Mestilah aku tunggu kau. Aku bukannya nak pergi mana-mana. Kau tu yang mungkin akan lupakan aku. Manalah tahu jumpa makhluk asing comel-comel yang boleh dibuat kawan gantikan aku.
- Hahahaaa... tapi aku takkan ada kawan perempuan yang terlebih aktif dan kuat macam kau ni. Kau patut jadi lebih feminin, Elle.
+ Bodohlah kau ni, Basch!!! Bila kau balik nanti, kau akan terkejut dengan perubahan aku.
- Aku sukakan kau sebagai kau, Elle. Just be yourself :-)
Helena mengukir senyum. "Aku sukakan kau jugak, Basch." Dia berbisik tanpa dizahirkan.
"Lefternan Muda Basch Newton, awak hebat macam biasa. Kalau tak ada awak, kapal induk kita mungkin akan terlanggar batuan angkasa." Bahu Basch ditepuk seorang lelaki dewasa yang sedang mengukir senyuman. Baru sebentar tadi, dia mempertaruhkan nyawanya mengendalikan Seoul dan menahan dua batuan angkasa dari berlanggar dengan kapal induk mereka yang diberi nama 'Washington' itu. Kapal sebesar planet Marikh itu lengkap seperti sebuah bandar kecil yang menempatkan para juruterbang, anak-anak kapal, jurutera-jurutera planet Newarky dan mempunyai bekalan yang cukup dalam ekspidisi penjelajahan angkasa itu.
"Terima kasih tuan." Basch tersenyum dan memberi tabik hormat. Sejurus kemudian, dia berjalan ke arah biliknya yang terletak di tingkat dua. Sempat dia merenung ke luar tingkap hanya untuk melihat kegelapan angkasa tanpa secalit cahaya itu. Mereka semakin menjauh dari Newarky malah dari galaksi Utras yang menempatkan planet mereka itu. Dia mula mengeluarkan telefon bimbitnya yang disimpan di dalam kocek seluar dan terus disarung di lengan seperti memakai jam tangan. Mereka tidak dibenarkan memakainya ketika sedang mengendalikan robot.
Hatinya mengeluh melihat ruang inbox yang tidak berisi pesanan baru itu. Sudah 3 hari SMSnya kepada Helena tidak berbalas. Dia tahu yang ruang masa mereka semakin menjauh dan semua pesanan melalui gelombang elektromagnet akan semakin lewat sampai. Namun dia tidak dapat mengelak daripada merasa tidak senang. Dia sentiasa berfikir apakah yang sedang dilakukan Helena ketika itu. Dengan siapakah dia berkawan. Atau mungkinkah Helena telah berpacaran. Ah.. dia tidak sanggup mengetahuinya. Hakikatnya, dia amat menyukai kawan baiknya itu. Namun untuk meluahkan perasaan, dia tidak berani.
Bunyi SMS masuk mengejutkannya lalu pantas dia menekan butang menerima. Visual maya mula terbit di udara dan senyuman Basch mula lebar terukir apabila terbaca mesej dari Helena yang dikirim beberapa hari lalu itu.
+ Basch, pasukan softball sekolah kita menang. Sayangnya kau tak dapat tengok aku beraksi. Siap boleh buat pukulan home run lagi. Kagum tak dengan aku? =D
Basch, kau tak ada.. aku rasa tak seronok. Bila kau nak balik? Peperiksaan akhir dah nak dekat. Cikgu dah mula tanya apa kita nak buat lepas tamat sekolah tinggi. Aku cadang nak masuk universiti dalam bidang kejuruteraan. Mungkin tak sehebat kau, tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk jadi setanding dengan kau.
Hahaa.. panjang kan SMS aku? Sebab aku tahu aku akan dapat balasannya dalam dua tiga hari lagi. Jaga diri ya, Basch.
Basch hampir mengesat air matanya apabila membaca SMS yang panjang lebar itu. Dia tahu yang Helena juga telah menyedari perubahan jarak dan masa di antara mereka, sebab itulah dia sengaja mengirimkan mesej yang panjang. Tanpa disedari, masa semakin cepat berlalu. Antara sedar atau tidak sudah hampir dua bulan dia berada di angkasa lepas dan hampir menjadi salah seorang top pilot di situ. Peperiksaan akhir semakin menjelang dan mereka semua akan tamat pengajian tidak lama lagi. Betapa cepatnya masa berlalu... namun semakin lambat pula mesej-mesej akan sampai kepada mereka. Perlahan-lahan dia menekan panel untuk membalas dan mula menekan huruf-huruf di skrin maya di hadapannya.
- Hari ni aku dan Seoul selamatkan kapal induk kami dari dilanggar batuan angkasa. Aku rasa kalau aku terus buat benda-benda camni, aku akan jadi hero dan naik pangkat dengan mudah. Hahaa... tak payah senyum-senyum. Aku tahu kau bangga dengan aku kan?
Elle, aku rindukan sekolah kita. Aku rindukan kehidupan dan keluarga aku di Newarky. Aku rindukan kau juga. Tak tahu bila aku boleh balik. Tapi aku memang nak balik. Setiap saat aku cuma nampak kau je. Kenapa ya? Besar sangatkah pengaruh kau dalam hidup aku? Aku harap aku dapat bersama dengan kau pada hari graduation nanti. Mungkin aku terpaksa ulang tahun 3 tapi tak kisahlah. Asalkan aku boleh balik.
Tapi Elle, aku risau. Macam mana kalau planet yang kami cari tu tak ada. Macam mana kalau tak pernah wujud planet sebagus Newarky untuk jadi tempat tinggal kita semua lepas ni? Mungkin ke aku takkan dapat balik lagi?
Kau pun jaga diri.
Basch termenung sendirian melihat kalendar di dalam biliknya. Hari itu ialah hari graduasi mereka sebagai pelajar sekolah tinggi. Janjinya pada Helena tidak dapat dikota dan dia sendiri telah menghantar SMS mengucapkan tahniah seminggu yang lalu.
"Basch, kau dah dengar berita? Kapal kita akan melencong dari laluan asal sebab mereka dapat kesan sebuah planet yang sebiji macam bumi. Agak jauh tapi mungkin berbaloi kalau kita betul-betul jumpa planet yang 99.9% macam planet bumi tu." Kata-kata seorang rakan kepadanya beberapa hari lalu membuatkan Basch semakin sakit kepala. Kerajaan Newarky tidak akan mengabaikan sebarang penemuan yang berpotensi walaupun perjalanan mereka akan menjadi semakin sulit dan jauh.
Hampir sebulan dia tidak menerima sebarang jawapan balas dari Helena. Entah masih dalam perjalanankah SMS itu ataupun adakah Helena telah melupakannya? Hubungan yang terjalin sejak dari tadika itu mungkinkah telah terputus disebabkan jarak beribu-ribu batu cahaya ini? Hanya disebabkan mesej yang semakin lambat tiba, hati Basch semakin runsing. Adakah benar Helena masih menunggunya?
"Kita semua bertaruh untuk planet ni. Ini mungkin peluang terakhir kita untuk terus mengekalkan bangsa manusia di dunia ni sebab tu kita mesti juga cari planet yang sesuai untuk generasi-generasi kita masa depan. Kita semua akan dijulang sebagai wira. Awak dah bersediakah, Lefternan Muda Basch Newton?" Soal salah seorang atasan Basch pada hari mereka mula menukar laluan menuju ke planet yang kelihatan seperti planet bumi itu.
"Ya." Dia mengangguk sambil menggenggam erat device telefon bimbitnya. Baru sebentar tadi dia menghantar SMS kepada Helena memberitahu gadis itu yang segala perancangan telah diubah dan dia mungkin tidak akan pulang dalam masa yang terdekat.

*****

****
3921 A.D
Helena menyisir rambutnya yang telah tumbuh panjang mengurai itu. Dia sengaja menyimpan rambutnya sejak 6 tahun lalu sejak hari Basch berangkat ke orbit Fasa Pertama lagi. Dia bernekad ingin melihat senyuman lelaki itu kerana telah berulang kali Basch memberitahunya yang dia ingin sekali melihat Helena berambut panjang.
Namun, Helena tahu yang walaupun Basch akan pulang, semuanya sudah tidak seperti dulu lagi. Dia tidak lagi dapat menanti Basch seperti dulu kerana keadaan telahpun berubah. Bukannya dia berubah hati, namun dia semakin tidak pasti. Keadaan semakin berubah. SMS yang diterima begitu lewat begitu juga SMS yang dihantarnya kepada lelaki itu. Kadang-kadang dirasakan seperti mesej-mesej yang dihantarnya tidak lagi dapat diterima lelaki itu.
"Mama..." seorang budak lelaki berusia hampir 3 tahun menarik-narik hujung baju Helena sambil ketawa kecil.
"Ya, sayang." Helena tunduk dan mula mendukung si kecil itu sambil tersenyum. Dia mengusap rambut hitam budak lelaki itu dan membawanya ke ruang tamu sebelum menghidupkan televisyen menggunakan arahan suara. Terpampang wajah seorang perempuan pembaca berita di televisyen.
"Kapal angkasa 'Washington' yang membawa ratusan penduduk terpilih Newarky dalam misi menjejak angkasa lepas pada tahun 3915 telah selamat tiba di orbit Fasa Pertama pada jam 0900 hari ini. Menurut laporan, mereka telah berjaya menemui sebuah planet baru yang terletak di sebuah galaksi yang masih belum pernah dijelajah oleh manusia. Ahli Astronomi kini menamakan galaksi tersebut sebagai Galaksi Nevada dan planet tersebut akan dikunjungi semula oleh para jurutera dan saintis Newarky untuk proses pembaharuan. Menurut jangkaan kerajaan, berjuta-juta Dolar akan dibelanjakan untuk projek pemulihan dan pengubahsuaian daratan dan lapisan ozon dan dijangka akan mula dihuni manusia 20 tahun akan datang. Mereka yang tiba dijangka akan pulang ke Newarky pada jam 2100 hari ini juga dan ahli keluarga diminta menunggu ketibaan mereka di gerbang 1 dan 3. Sementara itu, nama-nama mereka yang terkorban dalam misi ini akan dipaparkan dan mereka pasti akan terus diingati kita sebagai wira."
1. Anthony Roux
2. Rex Walchinsky
3. Basch Newton
4. ...
....
....
Dan air mata Helena terus mengalir laju membaca nama Basch di dalam senarai itu di televisyen.
"Kenapa mama menangis?" Soal si kecil dalam dukungannya.
Bunyi mesej kedengaran dari telefon bimbit Helena lalu lambat-lambat dia menekan punat buka. Matanya membesar memandang nama Basch Newton dan perlahan-lahan dia mula membaca mesej panjang lebar itu.
- Hai Elle. Tahniah sebab dah graduate. Aku tak tahu bila mesej ni akan sampai pada kau tapi aku tahu kau mesti akan berjaya graduate dengan cemerlang. Maaflah aku tak dapat balik dan tamat sekolah sama-sama. Aku ni kawan yang teruk kan? Tapi, aku memang risaukan kau. Manalah tau, kau tak boleh hidup kalau aku tak ada. Hahaa..
Elle, laluan asal kami akan berubah. Kami dah jumpa sebuah planet yang hampir mirip dengan planet bumi dan kami dalam perjalanan nak ke sana. Agak jauh tapi kami yakin yang kami tak silap. Perjalanan ni sangat berisiko tapi aku yakin yang kami pasti dah jumpa apa yang dicari. Semuanya untuk terus mengekalkan bangsa manusia di dunia ni. Kami makin hampir dan untuk pengetahuan kau, aku memang dah naik pangkat tau.
Elle, aku tak tahu samada aku akan pulang dengan selamat atau tak. Aku tahu aku tak patut cakap macam ni tapi, tak tahu kenapa aku selalu teringatkan kau. Teringatkan masa-masa kita bersama dan aku selalu berangan masa-masa yang kita akan lalui sama-sama nanti.
Mungkin kau rasa mesej ni jiwang karat untuk seorang kawan, tapi aku nak beritahu satu benda pada kau Elle. Aku cintakan kau sejak dulu lagi.
I love you.
Kalaupun kau tak dapat tunggu aku, aku cuma nak kau yakin yang perasaan aku takkan berubah sampailah aku mati. Aku harap kau akan teruskan kehidupan kau.
=)
Dalam tangisan, Helena tersenyum. Sekarang, dia benar-benar yakin. Namun, ianya hanyalah sekadar sebuah pengakuan yang terlambat.
"Kenapa mama nangis?" Si kecil bertanya lagi.
Helena tersenyum sambil menggeleng. "Tak ada apa-apa, Basch. Mama cuma teringat seorang kawan lama." Dia mengusap dahi si kecil yang turut diberi nama Basch itu.
"I love you too, Basch. Jangan risaukan aku sebab aku hidup baik-baik saja." Bisik Helena sendiri.
(tamat)
0 comments:
Post a Comment