Journey 2 : The Witch Hunter.
SEORANG
gadis berjubah hitam dengan hud yang menutupi separuh wajahnya masuk ke dalam
satu bar yang dipenuhi dengan pemburu-pemburu lelaki. Dia berhenti sekejap
dimuka pintu lalu memandang kiri dan kanan, seketika kemudian, dia pun
melangkah menuju ke satu meja kosong.
Beg
yang sering dibawanya kesana sini diletakkan atas meja lantas seraya melabuh
punggung.
“Pesanan?”
tiba-tiba seorang wanita bertubuh gembal memakai apron coklat, datang meminta
pesanan.
“Susu,”
jawab gadis itu. Saat terdengar pesanannya, seisi bar itu meletus dengan tawa,
termasuk pelayan itu. Mereka terkehek-kehek mengetawakannya. Dia Cuma tersenyum
sinis.
“Sayang,
ini bar arak. Kami tidak jual susu disini. Kalau kamu nak susu, ada didepan
sana,” kata wanita gempal itu pula.
Dia
tersenyum sinis. Lalu dia pun meletakkan beberapa syiling emas dan memandang
wajah wanita itu tepat dianak mata. Wanita itu tersentak, hampir terundur
kebelakang.
“Hun…Hunter!”
kata wanita itu tergagap-gagap sambil kakinya terkial-kial berundur ke
belakang. Semua lelaki didalam bar itu serentak bangkit dan menghunus pedang
mereka kearah gadis tersebut.
Gadis
itu bangkit lalu melarikan hudnya. Sebilah pedang pendek anik yang dikeluarkan
daripada bekasnya, membuatkan para pengunjung serentak bangkit dan
masing-masing mengeluarkan senjata, untuk mempertahankan diri. Nampaknya pedang
pendek sejengak itu seakan-akan mengugat keamanan ruangan tersebut.
Wanita
berhud itu tersenyum sinis. “Jangan takut, pisau ini bukan untuk kamu. Pisau
ini ditakdirkan untuk para ahli sihir diluar sana termasuk pelayan wanita ini,”
Pelayan
wanita itu tersentak. Bila dia pandang sekeliling, dia sudah menjadi tumpuan
ramai. Para pelanggan sudah mulai berbisik dan mula mengundurkan diri
menjauhinya.
“Kamu
semua nak percaya dengan perempuan ni? Saya dah lama kerja disini, pernah kamu
nampak saya mengguna sihir?” wanita itu cuba menafikan kata-kata wanita berhud
tersebut.
“Aku
adalah pemburu ahli sihir, ‘Hunter’ seperti yang kamu semua pernah dengar dan
pedang ini adalah buktinya. Cuma seorang pemburu yang ada pedang ini, kamu
benar-benar fikir aku akan tersilap menilai?”
Pelayan
wanita itu mengetap bibir. Dia tahu benar selok-belok seorang pemburu ahli
sihir, sudah bertahun-tahun dia melarikan diri daripada mereka dan tidak pernah
tertangkap pun sebelum ini. Tapi dia sangat terkejut kerana seorang wanita muda
mampu menjejakinya dengan begitu mudah.
Pelayan
tersebut itu tersenyum sinis. Wajah ketakutan tadi perlahan-lahan menjadi
bengis. Tembelangnya sudah pecah, dan melihat keadaan wanita berhud itu telah
pun meyakinkan mereka. Sebelum dia dibunuh, lebih baik dia melarikan diri.
Tidak
semena-mena, bar itu tiba-tiba bergegar, angin kencang tiba-tiba mulai muncul
didalam ruang yang sempit itu, membentuk taufan kecil. Namun diluar, kelihatan
biasa-biasa saja, daun-daun langsung tidak bergerak sedikit pun. Gelas dan
piring-piring yang ada diatas meja pula beransur-ansur jatuh ke lantai.
Sementara para pengunjung sudah berpusu-pusu keluar dek ketakutan dengan
situasi tersebut.
“Jangan
berani fikir untuk melarikan diri dari aku, perempuan sihir!”
Belum
sempat pelayan wanita itu menghilangkan diri didalam taufan kecil yang dicipta
dengan ilmu sihirnya, wanita berhud itu sudah melompat ke atas meja dan
menerkamnya. Pedang pendek antik itu menusuk tepat ke dada kiri.
Serta
merta taufan dan angin kencang itu berhenti. Pelayan wanita itu rebah diatas
tanah dengan pisau yang menikam dijantungnya. Dia mencabut pendang itu dari
tubuh wanita tersebut lantas duduk mencangkung disisinya. Sebiji botol berwarna
hijau dikeluarkan dari beg kecilnya kemudian mencabut pisau itu. Darah yang
menitis dari mata pisau, dikumpul ke dalam botol hijau.
Dia
tersenyum. “Tidak lama lagi, abang akan selamat. Tunggu Morgan, abang,” ujarnya
lantas bangkit meninggalkan tubuh itu.
*****
“LADY,
macam mana dengan perempuan tu?” soal
Evron sebaik saja seorang wanita bergaun putih dan berjubah hitam keluar dari khemah
itu. Wanita yang dipanggil Lady itu adalah seorang doktor yang mengikuti
mereka.
“Lady
Ophelia!” panggil En.Rodrik.
“Ikut
saya,” kata Lady Ophelia. Evron dan En. Rodrik saling berpandangan sebelum
membuntuti wanita itu masuk ke dalam khemah.
“Ada
apa dengan dia Lady Ophelia?” tanya En. Rodrik.
“Daripada
pemeriksaan saya tadi, dia tidak mempunyai sebarang kecederaan. Dia sihat dari
segi luaran, tapi…”
“Tapi
apa?” En. Rodrik sudah ingin tahu.
“Saya
takut, dia bukan seorang manusia,” ujar Lady Ophelia membuatan kedua-dua lelaki
dihadapannya saling berpandangan sebelum serentak memandang gadis yang terkujur
dihadapan mereka.
“Kenapa
Lady cakap macam tu?”
“Dia
tiada denyutan jantung, saya sudah periksa berkali-kali dipergelangan tangan,
leher dan juga dada kiri. Tapi semua tiada nadi, ini bermakna dia sudah mati
atau dia bukan manusia,”
Mendengar
penjelasan wanita itu, Evron terus meletakkan jari telunjuknya dibawah hidung
gadis itu. Dahinya berkerut. Ada nafas, tapi tiada nadi? Siapa perempuan ini?
Atau memang betul dia bukan manusia?
“Hantu?”
kata Evron lantas menarik tangannya.
Lady
Ophelia menggeleng. “Dia bukan hantu, Evron. Buat masa sekarang, saya masih
belum tahu dia ni apa jadi adalah lebih baik jika kita perhatikan dia,
sehinggalah kita sampai ke perkampungan kita,”
“Tapi
macam mana kalau dia ni merbahaya?”
“Kalau
begitu, kita terpaksa bunuh dia,” ujar Lady Ophelia. Evron dan En. Rodrik
berpandangan. Selang beberapa saat, mereka pun meninggalkan gadis itu
sendirian.
Gadis
itu membuka matanya perlahan-lahan. Sedari tadi, dia sudah mendengar perbualan
mereka. Dia mengigit bibir. Apa betul aku bukan manusia? Gadis itu memegang
dadanya. Memang betul apa yang dikatakan wanita itu, dia tiada degup jantung.
Kalau begitu, siapa sebenarnya aku?
“RON!”
panggil Alan dengan wajah cemas. Evron yang sedang memanaskan air diunggun api
tersentak.
“Ada
apa Alan? Tak baik menjerit dalam hutan!” tegur
Evron pula.
“Perempuan
tu…”
Dahi
Evron berkerut. “Kenapa dengan perempuan tu?”
“Dia…
dah takda. Dia dah hilang!”
Evron
terus bangkit. “Panggil kapten!” arahnya pula lantas terus menuju ke khemah
gadis itu. Seperti yang dikatakan Alan, kem itu sudah kosong dan kemas, seperti
tiada siapa yang pernah tidur didalam. Evron mendengus. Di mana perempuan tu
pergi?
“Ron!”
panggil En. Rodrik. Evron terus keluar sebaik saja namanya dipanggil.
“Dia
dah takda, kapten,”
En.Rodrik
mencekak pinggang. Dahinya sudah berkerut seribu seperti memikirkan sesuatu.
“Kapten,
saya rasa perempuan tu dengar perbualan kita tadi sebab tu dia melarikan diri,”
En.Rodrik
mengeluh. “Mungkin betul juga,”
“Apa
kita nak buat, Kapten?” soal Alan.
“Kita
cari dia?” cadang Evron.
“Tak.
Biarkan dia pergi,” jawab En.Rodrik pula.
Dahi Evron segera berkerut. Pantas
dia mendekati lelaki itu.
“Kenapa? Bukankah dia cedera? Lagipun
diluar tu masih banyak lagi haiwan buas yang kita belum buru. Kalau perempuan
tu jadi santapan haiwan-haiwan buas tu macam mana?”
En. Rodrik memandang Evron. “Ron,
dia boleh jaga diri dia sendiri. Lagipun dia sendiri yang nak lari, kita tak
perlu cari-cari dia lagi,”
“Tapi…”
“Saya tidak mahu dengar apa-apa
lagi, Ron. Balik ke kem, awal pagi kita bertolak ke perkampungan kita,” ujar
En.Rodrik lantas beredar. Evron mengeluh. Dia tidak faham, baru saja tadi Lady
Ophelia memberi arahan supaya mereka memerhatikan perempuan itu, sekarang
kapten mereka bersikap seperti tiada apa-apa arahan yang diberikan. Apa dah
jadi sebenarnya? Pasti ada sesuatu. Hati Evron berbisik. Dia pun segera
melangkah ke kem Lady Ophelia.
Dia memanggil-manggil nama Lady
Ophelia tapi tiada sahutan dari dalam. Kain kem itu terus diselak. Dahinya
berkerut saat melihat kem itu kosong tanpa penghuni. Evron mencekak pinggang.
Apa yang sedang berlaku sekarang ni? Hatinya sudah tidak sedap. Dia dapat
rasakan ada sesuatu yang buruk sedang berlaku.
2 comments:
22 November 2012 at 16:23
bdebar2 plk rsanya... apa yg tjd nie..
15 July 2013 at 11:23
hehe...nk taw sterus ny..
Post a Comment