BAB 3
“Sebab budak itu ada
sesuatulah, aku perlukan dia!” kata-kata Irus itu terngiang-ngiang di benak
fikiran Izzam.
Izzam kemudian
merenung di dada kanannya, terdapat satu bola sfera berwarna biru ditatahkan di
dadanya. Pernah dia bertanya kepada ibu bapanya, kenapa benda sedemikian berada
di dadanya, namun tiada jawapan yang memuaskan hatinya diberikan. Bagaikan ada
rahsia yang sedang cuba disembunyikan.
Pintu biliknya dikuak.
Dengan kelam-kabut, Izzam menyarungkan kembali bajunya. “Oh, Xavior.” kata
Izzam, lemah. Xavior perasan ada yang tidak kena dengan Izzam, namun dia
biarkan saja. Dia faham, kejadian semalam agak mengejutkan Izzam yang selama
ini hidup sebagai seorang manusia biasa.
“Izzam! Sini sekejap!”
Ibunya memanggil dari luar. Izzam lantas mengabaikan Xavior di situ dan keluar
menyahut panggilan ibunya.
Beberapa lama
kemudian, Izzam kembali masuk ke dalam kamar dengan perubahan yang mendadak.
Dia kembali senyum. Malahan senyumannya kali ini lebih lebar dari biasa. Xavior
yang melihat perubahannya itu terus dalam kehairanan.
“Tadi dah macam hantu
aku tengok, apa hal sekarang kau boleh senyum sampai macam tu sekali?” tanya
Xavior.
“Ayah dengan abang aku
dah nak balik sini.” jelas Izzam, dengan gembira. “Ish, kau ni. Benda macam tu
pun boleh buat kau gembira? Senangnya... manalah 'hantu' kau tadi?” kata
Xavior, menyindir.
“Manalah aku tak
gembira. Ayah aku tu dah sebulan kat Jepun ada urusan perniagaan. Abang aku pun
kebetulan dah tamat pengajian kat sana! Kira bagus la tu! Dua-dua balik
sekali.” kata Izzam. “Cit! Macam bebudak.” sekali lagi, sindiran diberikan.
“Uik, hang! Mulut hang
tu jangan nak letak sama taraf ngan longkang. Ada yang nak kena ludah karang.”
Izzam menyerang balik dengan loghat utara.
“Mulut aku kau cakap macam
longkang? Habis tu, mulut kau macam apa?” tanya Xavior, seperti tidak berpuas
hati dan ingin memulakan perbalahan. “Mulut aku macam mulut orang la! Mulut apa
lagi?” Izzam nampaknya sudah merasa tercabar.
“Aku tengok mulut kau
sebiji macam mulut tempayan. Besar! Cakap banyak, kau tahu tak?” Xavior terus
menyindir. Tidak tahan lagi, Izzam lantas melakukan serangan utama dengan
melemparkan bantal ke arah Xavior, tepat mengena di wajahnya.
“Siap kau, aku ajar
kau cukup-cukup!!” Xavior tanpa ragu-ragu mengaktifkan 'mod pertarungan' dan
menyerang balik. Izzam vs. Xavior! Perlawanan baling bantal! Kedua-dua asyik
melempar bantal ke arah satu sama lain. Mujur saja bantal itu tahan koyak.
Kalau tidak, mungkin kekabu akan bertaburan di seluruh kamar Izzam.
Puan Nadia yang hairan
dengan kebingitan dari bilik Izzam berlari-lari anak menuju ke biliknya. Pintu
lantas dikuak. “Apa bising-bising sangat ni?” Namun, balingan bantal yang tepat
mengena di wajah Nadia diberikan sebagai jawapan. Izzam dan Xavior berhenti
bertarung dengan mengejut melihat bantal itu jatuh ke tanah.
Puan Nadia kaku di
situ, namun badannya tiba-tiba menggigil. Izzam yang melihat itu lantas menelan
air liur dan badannya mula menggigil. Alamak! Mati aku!
“Kau berdua ni kan...
DAH TAK ADA KERJA LAIN KE HAH???” Aura api kemarahan membara dengan kuat di
sekeliling Puan Nadia. Kedua-dua mereka lantas dilibas kuat dengan pedang
kertas ciptaan khas Puan Nadia. Izzam dan Xavior tersungkur ke tanah sambil
menggigil menahan sakit.
“Pergi bersiap cepat
sebelum Mama kerjakan kau berdua lagi teruk dari ni!!” Puan Nadia lantas
menghempas pintu bilik anak terunanya itu. Renamon yang menyaksikan kejadian
itu dari luar sedikit menggigil ketakutan. Manusia memang power bila
marah!
“Hari ni aku nak kau cari budak tu sampai jumpa! Kalau perlu, bunuh
dia! NT-Sphere yang ada kat dada budak tu adalah keutamaan kita!” kata Neo,
dengan nada tinggi. Jelas sekali, dia tidak begitu berpuas hati kerana keadaan
tidak selancar apa yang dirancangkannya. Irus sekadar mengangguk tanda faham
tanpa berkata apa-apa dan lantas bergerak keluar dari bilik itu, memulakan
misinya. Cari Izzam, hidup atau mati!
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka sedang
menunggu kemunculan orang yang mereka nanti-nantikan. “Mama, bila Papa nak
sampai?” tanya Izzam.
“Lepas ni,
tunggulah... Diorang tengah angkat beg tu. Nanti sampailah dua beranak tu.”
kata Puan Nadia. Izzam mengeluh. Xavior tiba-tiba menarik tangan Izzam.
“Weh, boleh aku tanya
sikit tak? Tempat apa ni, besar semacam je. Tak sesat ke?” tanya Xavior.
“Dah tu apa guna
penunjuk arah. Ni namanya KLIA, Kuala Lumpur International Airport.”
jelas Izzam.
“Kau cakap Melayu,
boleh tak? Telinga aku rasa macam pedaslah dengar kau speaking dengan
aku.” Xavior merungut. “Baiklah, Xavior. Inilah dia, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur. Lapangan terbang yang besar lagi termahakarya seni
binaannya di nusantara ini.” jelas Izzam sambil menyindir.
“Apa kejadahnya kau
bersastera ni, hah? Normallah sedikit. Dah hilang selera aku nak belajar pasal
dunia kau ni...” Xavior merungut, lagi sekali.
“Dah! Dah! Dah! Apa
perangai macam bebudak tak cukup umur ni?” tiba-tiba, satu suara mengganggu
perbualan mereka. Izzam dan Xavior lantas memandang ke belakang.
“Nizam, Nizam... Salam
tak ada. Dah lupa adab ke?” Izzam dengan selamba, menyindir. “Assalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh, Ustaz Izzam. Baru lima tahun abang tinggalkan kau,
dah makin pedas ye ayat kau tu. Susah nak dapat makwe nanti, tau!” kata Nizam,
mengejek.
“Waalaikumussalam
warahmatullah hiwabarakatuh, ya Nizam. Apa kurangnya mulut abang tu, dari dulu
sampai sekarang main bedal je nak mengata orang ye. Tak letak pun penapis ke,
apa ke?”
“Wait seminit,
Izzam. Siapa mamat ni?” Xavior bertanya kepada Izzam. “Aku Nizam, abang kepada
budak bertuah ni. Kau ni mesti Digimon baru Izzam kan?” balas Nizam, menyampuk.
“Ya. Aku
Xavior.”
“Aku tak sangka kau
ada kat sini, Xavior.” satu lagi suara mengganggu perbualan mereka. Xavior
mendapati Guilmon dan Agumon berdiri di hadapannya. Di tangan kiri mereka,
tertera lambang perisai. Bukti mereka berdua berasal dari Royal Knights, sama
seperti Xavior juga. Xavior sepertinya terkejut, namun dia cuba berlakon
seolah-olah tiada apa-apa yang luar biasa.
“Dah. Dah. Dah. Jom
kita balik. Papa dah penat kat sini, dari tadi lagi tunggu korang habis gaduh.”
Encik Zulkifli menyampuk. Puan Nadia tergelak kecil.
Lantas, mereka semua
berjalan melangkah keluar dari bangunan itu. Namun, langkah Xavior tiba-tiba terhenti.
Dia memandang ke belakang, bagaikan mencari sesuatu. “Kenapa ni, Xavior?” tanya
Izzam. Xavior mendiamkan diri buat sementara. “Tak ada apa-apa. Jom!” Xavior
melangkah laju meninggalkan Izzam di belakangnya. “Apasal kau ni?”
Irus yang menyamar dirinya
sebagai pengawal keselamatan di situ tersenyum lebar. “Kali ni, aku tak akan
lepaskan kau macam tu saja, Izzam!”
BERSAMBUNG...
0 comments:
Post a Comment