Cerpen : Higher by Ainasafi
Pernah tak korang rasa dibelakang korang ada sepasang sayap?
Seperti burung...
Boleh berada dekat pada awan.
Boleh kibarkan sayap.
Boleh terbang bebas.
BANG!!!
Gitar eletrik Gibson berwarna perak patah dua dihadapan mata.
“rumah ni tak perlukan musician! Pergi study!”
Shioon memandang redup ke gitar eletrik.
“okay...” Shioon mengukir senyuman.
Lelaki dalam likungan 50-an itu berjalan keluar. Pintu bilik dihempas kuat.
Senyuman palsu Shioon juga mati bersama. Dia tunduk merapati gitar kesayangan yang dipatahkan itu. Tangan kanan dan kirinya memegang kedua-dua bahagian gitar itu. Ahh...sudah tiada harapan untuk dibaiki... Now...i need a new guitar... huhh....
Case gitar ditarik keluar dari bawah katil. Gitar yang rosak dimasukkan ke dalamnya. Case guitar tadi ditolak masuk ke bawah katil kembali.
Shioon menyandar pada birai katil. Bibirnya mengukir senyuman. Mukanya mengadap siling.
Aku senyum tadi? Haha... a really real fake smile. Damn... Aku memang hipokrit...
Lengan tangan kanannya diletak perlahan menutup mata. Beberapa saat kemudian, ada air mengalir perlahan.
Musician... apa yang salah jadi ahli muzik? Apa yang salah kejar cita-cita? Kejar impian sendiri? Apa yang salah, abah? Tolong beritahu...
Apa guna jadi burung, bila untuk dilihat keindahannya?
Apa guna ada sayap, bila tidak dikibarkan?
Apa gunanya ada kehidupan, bila hanya untuk dikurung?
Kurungan yang ditutupi dengan batu bata.
“Abah! Jangan bakar buku lukisan Jun!” Jun sudah lemah lutut untuk berdiri gagah. Didepan matanya sendiri, segala hasil contengan mata pensil menjadi debu.
“Jun...” Ibunya memegang kuat lengan Jun. Cuba untuk menghalangnya pergi ke bara api menyelamatkan hasil kerja tangannya.
“Lepaskan...Jun, ibu! Lepaskan!” Jun meronta-ronta untuk melepaskan diri.
Pang!
Jun terus terdiam. Badannya kaku. Pertama kali tangan seorang lelaki bergelar abah menyentuh pipi mukanya. Merah...
“tak ada lagi lukisan. Study! Masuk university amik perubatan!” arahan lelaki berusia itu. Riak mukanya serius dengan setiap patah perkataan itu.
Jun terduduk. Pandangannya tepat pada api yang menelan lukisannya. Fikirannya kosong. Tiada sedu,yang ada hanya air yang mengalir deras.
Aku tidak mahu ada disini.
Atu tidak mahu tersekat disini.
Aku mahu berada di tempat lain.
Jauh dari sini.
Sesiapa... Tolong bawa aku pergi...
“Jun, tak balik?” salah seorang rakan sekelas menegurnya.
Jun diam. Hanya menggeleng kepala tanda tidak. Pandangannya kembali ke luar tingkap. Melihat awan putih dan langit biru dengan pandangan yang redup.
Kini satu tingkat kelas sudah sunyi. Jun mengeluarkan helaian kertas A4 kosong. Pensel mekanikal turut ditarik keluar.
Laju mata pensel mekanikal pilotnya melakar. Dari titik-titik menjadi satu garisan. Dari garisan-garisan lalu terbentuknya objek. Pensel 2B dicapai pula berganti pensel mekanikal. Contengan arang pensel kayu menghasilkan kesan bayangan dan isi objek imaginasi Jun.
Seminggu sudah Jun tidak melukis. Seminggu itu juga Jun tidak bercakap. Seminggu juga sejak buku lakarannya menjadi debu. Seminggu...hatinya pedih.
Tangan Jun berhenti bergerak. Tanda karyanya sudah siap. Matanya setia menatap kertas yang tadinya putih kosong. Lama.
Tangan Jun bergerak lagi. Bukan mengambil alat tulis. Tangan kanan dan kirinya bergerak serentak melipat kertas A4 itu. Lipatan demi lipatan sehingga membentuk satu origami. Kapal terbang kertas. Lalu kapal terbang kertas itu diluncur keluar dari tingkap.
‘Terbang bebas. Terbang! Terbang lebih tinggi! Jangan jatuh!’ Seolah-olah hati Jun menjerit.
Beberapa ketika kemudian Jun berpaling dari tingkap itu. Kapal terbang yang tadi berterbang melayang tinggi sudah semakin menjejak tanah. Jun menunduk muka ke lantai.
‘Apa yang aku harapkan ni? Terbang tinggi? Sayap pun kau tiada, Jun. Lebih tinggi itu hanya harapan palsu yang kau cipta sendiri, Jun...’
Beg berisi buku di angkat. Segala barang-barang atas meja disumbat masuk dengan laju. Jun terus berjalan laju keluar dari kelasnya.
Alunan gemersik bunyi harmonika lancar bertukar nota dan tempo mengikut si peniup. Shioon berdiri di sebelah bangku kayu di bawah pohon rendang.
Sejak satu-satunya gitar Gibson menjadi dua belah, harmonika yang selalu menemaninya ke mana-mana sahaja. Saiz harmonika yang kecil memudahkannya untuk disembunyikan dari abahnya. Kalau tidak, sudah lama harmonika itu hilang dalam hutan pula.
Bukan dia tidak marah melihat gitar itu pecah, tapi orang itu abahnya. Satu-satunya ahli keluarga Yi Shioon. Orang yang membesarkan dia dan menjaga dia. Bila terkenangkan semua itu, Shioon tidak mampu untuk membantah abahnya. Nada-nada yang tercipta terus berkumandang. Shioon terus asyik melayan perasaannya.
TOINK.
Tiupan harmonika terhenti. Rasa seperti ada sesuatu yang jatuh mengena kepala Shioon. Bukan sesuatu yang berat sehingga mampu memberi kecederaan. Namun, bukan juga sesuatu yang terlalu ringan seperti debu untuk dihiraukan.
Bermacam-macam andaian mula bermain dalam fikiran Shioon. Mungkin daun kering aje...
Seketika kemudian beberapa ekor burung beterbangan keluar pergi dari pokok tempat Shioon berteduh.
Mungkinkah... Tahi burung!?
Shioon terus lari pergi dari tempat pendiriannya sebentar tadi. Manakala, tangannya sibuk mengacau rambut pendek. Takut kalau memang benar tekaannya tentang tahi burung itu. Mahu sebulan cuci rambut hari-hari kalau betul!
Ada sesuatu yang jatuh ketika dia berlari tadi. Shioon angkat kening. Kapal terbang kertas? “siot aje...” huih....hilang semangat aku tadi. Pelik. Shioon memandang ke langit biru. Kapal terbang kertas....jatuh dari langit?
Kapat terbang kertas itu diangkat. Lalu Shioon menguraikan kembali lipatan kapal terbang kertas itu. Riak muka Shioon berubah. Ada sedikit terkejut. Terhenti seketika degupan jantungnya. Kaku tangan Shioon melihat isi lakaran kapal terbang kertas yang sudah kehilangan rupa bentuknya.
‘Burung dalam sangkar’.
Kalaulah perasaannya mampu untuk dijadikan perkataan. Burung dalam sangkar... Tepat dengan rasa yang dialaminya. Ya... Dilindungi... Dalam waktu yang sama, rasa dikurung...
“Shioon!” Suara garau seorang lelaki muda menghentikan lamunannya.
Secepat mungkin Shioon menyorok kertas lakaran itu ke dalam beg. “Izak! Yo!” tangan kanannya melambai.
“kau main tak hari ni?” Izak menggaru kepala yang tidak gatal.
“main... Aku perlukan duit nak beli gitar baru ni”.
Izak angkat kening sebelah. “Gitar Gibson kau mana?”
Shioon tak menjawab soalan. Dia cuma memberi senyuman pahit.
Izak faham maksud senyuman itu. Bukan sehari dua dia kenal Yi Shioon ni. “Abah kau lagi?” Soal Izak walaupun dia tahu jawapan kepada soalan itu.
Sekali lagi Shioon tidak menjawab soalan kawannya, Izak. “Dahlah... Jom pergi. Cepat main, cepat dapat duit, cepat aku balik...” Shioon melarikan topik perbualan mereka.
Shioon masuk ke kawasan bilik terbuka yang tidak terlalu terang. Cahaya yang sekadar cukup untuk melihat setiap kawasan.
Tiga orang lagi kawannya sudah bersedia di meja. Shioon dan Izak bertegur sapa dan terus mengambil tempat duduk masing-masing. Izak mengeluarkan dek kad ke atas meja.
“Siapa first player?” Shioon bertanya memecah sunyi semasa Izak mengeluarkan dek kad.
Kelima-lima mereka diam tidak menjawab. Masing-masing memandang wajah orang lain.
“Aku ajelah! Kalau diam macam ni sampai esok pun tak mula” Izak membuat sedikit jenaka. “Shioon. Macam biasa, kau jadi ‘dealer’ merangkap ‘button’. Buatlah style air riffle shuffle kau tu. Syok pula aku tengok dulu...haha...” Izak gelak kecil. Sudah lama juga Shioon tidak sertai mereka bermain.
Shioon mengangguk dengan cadangan Izak. Dek kad diserahkan kepada Shioon. Cara Shioon mengasingkan kad memang unik, tidak perlukan meja untuk dia buat. Tangan kanan dan kiri terus bergerak laju. Dek kad tadi dipecahkan kepada dua bahagian yang hampir sama rata. Tangan kanan memegang separuh, dan lagi separuh di tangan kiri. Kemudian tangan Shioon laju menyatukan hujung ke hujung kad-kad tersebut. Jari-jari Shioon kemudian menolak bahagian tengah penyatuan kad sebentar tadi ke atas dan membentuk ‘bridge’. Untuk penghabisan, kedua-dua ibu jari yang menahan dari atas bentuk ‘bridge’ menolak bahagian tengah ke bawah seolah-olah air terjun. Oleh kerana itu, ada juga yang memanggil langkah itu sebagai ‘waterfall’. Dan akhirnya, kad terup itu sudah menjadi satu dek yang lengkap kembali.
“aku start ni...” Shioon memberi amaran untuk mula. Masing- masing sudah bertukar riak muka takjub kepada serius.
Sekeping demi sekeping dihulur mengelilingi mereka berlima sehingga mendapat dua keping seorang. Selepas itu, tiga lagi keping kad lagi diletak ditengah-tengah meja dalam keadaan tertutup. Baki kad diletak bersebelah dengan tiga keping kad tertutup itu. Kemudian, kad yang paling hujung antara tiga kat tertutup tadi dibuka. Diamond ‘J’.
Shioon duduk ditempatnya. Dua keping kadnya dibuka untuk diri sendiri. Masing-masing juga turut melakukan perkara yang sama.
Setelah puas hati dengan kad yang diberi, Izak sebagai pemain pertama membuat ‘small blind’ dengan mengeluarkan lima ringgit. Disebelah Izak, pemain kedua mengeluarkan sepuluh ringgit untuk membuat ‘big blind’.
“call...” pemain ketiga bersuara sambil mengeluarkan 10 ringgit. Masih awal untuk dia membuat ‘raise’.
“call...” pemain keempat turut mengeluarkan sepuluh ringgit.
“call...” Shioon, pemain kelima, juga sama.
Sampai kembali ke Izak, lima ringgit ditambah kepada lima ringgit yang awal supaya menjadi jumlah sepuluh ringgit. “call..”
Pemain kedua diam sejenak memandang kad sebelum memberi keputusan. “check...”
Shioon mengangguk. “ada sesiapa nak buat ‘raise’?”
Kesemuanya menyebut ‘check’. Dia sendiri pun tidak mahu raise lagi untuk waktu sekarang. Masih awal...
Shioon membuka lagi satu dari dua kad yang masih tertutup itu. Heart ‘K’.
Izak memulakan lagi pusingan itu dengan mengeluarkan sepuluh ringgit. Riak mukanya nampak agak yakin.
“raise!” Pemain kedua meletakkan lima belas ringgit.
“call...” pemain ketiga bersuara.
“call...” pemain keempat turut membuat ‘call’.
Shioon tersenyum kecil. “raise.” Dua puluh ringgit diletak atas meja. Pemain lain mula rasa terancam. Izak memandang sekilas wajah Shioon. Cuba untuk mentafsirkan riaknya, tapi malang. Riaknya seperti biasa. Tiada resah seperti selalu disetiap permainan terdahulu.
Pemain-pemain mula membuat ‘call’ untuk seratakan jumlah taruhan dan ‘check’.
Pusingan ketiga dan terakhir untuk ‘deal’ itu dimulakan. Kad tertutup terakhir dibuka. Spade 10.
Izak meletakkan tiga puluh ringgit. Dia yakin kadnya boleh menang!
Masing-masing membuat ‘raise’ dan ‘call’. Hinggalah Shioon membuat ‘all out’. Ternyata tindakan Shioon menggentarkan keyakinan pemain lain.
Pemain keempat mula resah dengan taruhannya. Dengan kad ditangan dan kad-kad dimeja, dia hanya mampu membuat ‘double pair’ sahaja. “aku nak ‘fold’...” Dua keping kad ditangan ditolak ke depan dlm keadaan tertutup.
Shioon senyum sinis. Dia sudah tidak perlu membuat apa-apa. Pemain yang masih tinggal mula berkira-kira dengan taruhan masing-masing. ‘Fold’ atau tidak?
Beberapa minit berlalu, dua lagi pemain akhirnya menyerah kalah. Yang tinggal hanya Izak dan Shioon.
“kau nak ‘raise’ lagi tak?” soal Shioon. Mukanya penuh yakin akan memperolehi kemenangan.
“Check.” Izak dengan berat mengungkapkan perkataan itu. ‘Kau memang betul-betul ‘gambler’ Shioon. Kita tengok, samada pertaruhan kau dengan memberi semua berjaya atau tidak’. Izak tengok kembali kadnya.
“ok...”
“Aku...Pair ‘10’ and pair ‘J’”
Shioon membuka kadnya. “Double pair ‘K’ and ’10’” dia membuat senyum sinis. Beberapa pemain lain rasa menyesal, mungkin mereka boleh dapat point yang lebih tinggi.
Izak menepuk dahi.
“thanks.... haha” Shioon mengaut semua duit pertaruhan dalam deal tadi.
“Shioon....kau ni memang kan... haha!” Izak menepuk-nepuk bahu kawannya itu. “kalau main poker, kau memang hebat!”
Lima ratus enam puluh ringgit... “huh....” Shioon mengeluh panjang di bangku kayu di taman permainan berdekatan rumahnya.
“masih tak cukup ni....” Shioon menyandarkan belakangnya. Gitar... Shioon menutup mata. Tangan kirinya mengangkat tinggi sedikit, begitu juga tangan kanannya bergerak ke atas dan ke bawah seolah-olah sedang memetik tali gitar. Shioon mula berdeham seperti mengikut alunan petikan gitar. Kepalanya terangguk-angguk bagaikan mendengar bunyi permainan gitarnya. Shioon hilang seketika dalam dunia khayalan ciptaannya.
Bila realiti hanya sekadar penyeksaan,
Biarlah khayalan yang membahagiakan,
Walaupun hanya untuk seketika.
Shioon berhenti bergerak. Suaranya juga tidak keluar lagi. Teringat pada kata kawannya, Izak.
‘kalau main poker, kau memang hebat!’
Poker... Haha... Aku memang hipokrit. Dengan muka poker face aku ni... Gitar aku patah, aku masih tersenyum? Aku hipokrit... Aku hipokrit!!!
Shioon menunduk mukanya. Maka terlihatlah Shioon akan begnya. Teringat pula pada kapal terbang kertas yang disumbat. Kapat terbang kertas itu dikeluarkan dengan cepat. Shioon mengamati lagi isi kertas itu.
Burung dalam sangkar... Sangkar itu pula diletak bersebelahan jendela. Terasa benar ingin berjumpa dengan empunya lakaran.
“Hurm?” Kertas itu dirapatkan ke mata bila dia terperasan akan sesuatu. “nombor 6...?” signature ke? Shioon senyum nipis. Sekarang dia sudah ada klu untuk berjumpa pemilik kapal terbang kertas itu. “6...”
“Jun... turun makan!” jerit ibunya.
Tiada suara bersahut. Hanya ada bunyi tapak kaki menuruni anak tangga. Mukanya pucat. Matanya redup. Bibirnya seperti sudah lama tidak mengeluarkan suara.
“Jun, hari ni ibu masak makanan kesukaan Jun” Ibunya cuba untuk bermesra.
Jun tetap diam dan berjalan melepasi ibunya seolah-olah tiada sesiapa di situ.
“Jun!” Ibunya menarik lengan Jun. Rasa geram diperlakukan begitu setiap waktu.
Jun melihat ibunya. Tajam. Sangat tajam sehingga ibunya melepaskan genggaman pada lengan Jun.
Di meja, Jun makan dengan diam. Ibu dan ayahnya jadi kerisauan dengan perangai anak perempuan mereka. Sejak kejadian hari itu, Jun langsung tidak berkata apa-apa.
Ayah Jun mengeluh perlahan. “Jun diam pasal lukisan hari tu ke? Ayah buat begitu sebab ayah tak mahu Jun salah buat pilihan. Apa yang lukisan boleh berikan pada Jun? Kerjaya yang tidak menentu masa depan Jun...”
“Sekurang-kurangnya Jun gembira!” Jerit Jun mencelah nasihat ayahnya.
“Jun!” Ayahnya menatap tepat ke anak mata Jun. Tembok keras hatinya jadi retak. Seluruh kekuatannya jadi lemah. Tak sanggup untuk melawan kedua ibu bapanya demi impian. Sedar bahawa dirinya tidak cukup kuat untuk melawan, Jun terus berlari pergi dari meja makan.
Pintu bilik ditutup kuat. Jun terus mendapatkan katilnya. Tempat yang dia rasa paling selesa buat masa ini. Titisan air jernih mengalir lagi. Entah kali ke berapa dia menangis minggu itu. Jun memang tidak mampu lagi menahan tangisan hatinya. Akhirnya Jun tidur bertemankan tangisannya.
Antara impian dan ketaatan.
Antara kebahagian dan seksa.
Aku keliru.
Aku tak mampu untuk memilih.
Loceng tamat sekolah berbunyi. Aku benci tanda bunyi itu. Tanda itu bermakna aku perlu pulang ke rumah. Bagusnya jika sekolah ini tidak akan tamat sampai bila-bila.
“Jun? Hari ni balik lambat lagi?” soal rakan sekelasnya.
Jun senyum kecil dan mengangguk.
“okay, bye bye” mereka saling melambai tangan.
Jun kembali memandang ke luar tingkap. Langit hari ini tidak secerah biasa. Awan gelap agak rendah. Mungkin mahu hujan agaknya.
Jun terus memeriksa isi begnya jika dia membawa payung hari ini. Bibirnya mengukir senyum. Bawa. Terus sahaja dia mengeluarkan alatan melukisnya bersama kertas A4. Selepas beberapa minit menyediakan bahan-bahan, jari-jemari Jun cekap menjalankan tugasan dari tuan badan.
Shioon berdiri di tempat yang sama seperti hari itu. Hari di mana kapal terbang kertas terhempas mendarat di atas kepalanya. Dan juga hari dia menyedari bahawa masih ada seseorang yang merasai perasaan yang serupa dengannya.
Hatinya seperti berasa lega. Seperti merasakan dia tidak bersendirian terkurung dalam dunia gelap ciptaannya. Duduk bertahan menanti sesiapa untuk melepaskan dia pergi dari sana. Shioon menutup mata, seakan berdoa agar hari ini ketemu dengan pelukis lakaran burung dalam sangkar itu. Sudah tiga hari Shioon berdiri di tempat yang sama.
Langit menjadi lebih mendung. Geselan antara awan mula menghasilkan kilat. Cahaya yang muncul sekali sekala tadi mula ditemani bunyi amarah guruh. Shioon mengangkat telapak tangan ke langit. Terasa ada titisan air.
“hujan...”
Shioon berlari masuk kembali ke kawasan pengarangan sekolahnya. Saat Shioon berlari mencari teduh, dia terperasan akan satu tingkap terbuka di satu bangunan yang kebetulan bangunan kelasnya. Sepatutnya waktu sekarang ni semua kelas sudah tutup tingkap, bukan? Shioon berlari laju menghala ke kelas yang terbuka tingkapnya.
“Ahhh....” Hujan pula. Jun melihat kapal terbang yang sudah siap dilipat. Mungkin kali ini aku patut tukar pada sampan kertas?
Shioon berdiri dimuka pintu kelas bersebelahan kelas miliknya. Rambut dan pakaian Shioon kebasahan dengan air hujan dan peluh.
Ada gadis duduk di meja berdekatan tingkap. Shioon amati gadis itu teliti. “Jun?” Enam... Jun...?
Badan Jun berpusing laju ke arah suara yang menyebut namanya. Jun terkejut. Sepatutnya waktu sekarang sudah tidak ada orang datang ke bangunan ini.
“Jun? Apa kau buat kat sini lagi?” Soal Shioon. Hatinya mulai yakin apabila terpandang kertas putih origami di atas meja Jun. Enam dan Jun ialah orang yang sama.
Jun mula panik. Tangannya mencapai semua barang-barang atas meja dan menyumbat ke dalam beg. Sehabis siap, Jun terus berlari keluar dari kelas itu.
Shioon mengambil origami yang sudah separuh siap dan mengurai lipatan origami itu kembali. Bibirnya tersenyum lebar.
“da agak...”
Enam ialah Jun, dan Jun ialah enam... Shioon melipat kembali mengikut kesan lipatan yang sedia ada dan menghabiskan menjadi satu lagi kapal terbang kertas. Lalu, Shioon mengangkat tinggi kapal terbang kertas itu menghala siling.
“Jun...” Shioon tersengih sendiri.
Jun mendengus. Rasa rimas diekori lelaki yang kurang dikenalinya itu. Sudah masuk empat hari. Mana sahaja Jun pergi, Shioon pasti akan mengekori. Selang pertukaran waktu subjek, rehat dan juga waktu selepas habis kelas.
“Kau nak apa sebenarnya!?” Soal Jun tidak puas hati. Tidak tenang hendak terus melukis bila gerak-geri ditatap orang sepanjang masa.
“tak ada apa-apa. Saja nak borak borak dengan kau aje...” Jawab Shioon bersahaja. Sengihnya masih tidak hilang.
“okay, fine!” Jun meletakkan pensel mekanikal jenama pilot atas meja. “Apa yang kau nak borakkan?” Tanya Jun kasar.
Sengih Shioon makin panjang. Tangannya mencari sesuatu dalam beg sandang. “Ni...” Shioon mengeluarkan 2 kertas origami berbentuk kapal terbang kertas. “Kau yang buat bukan?” Satu per satu lipatan origami itu dihuraikan.
Muka Jun bertukar rona merah sedikit. “Ya, aku. Jadi?”
“Jadi... Kenapa ilustrasi ini?” Tanya Shioon sambil menunjukkan lakaran burung dalam sangkar itu.
“Perlu ke aku bagi tahu...” Protes Jun untuk menjelaskan ilustrasi itu yang dianggap sebagai luahan hati kecilnya.
“Tak.Tapi aku ikut kau mana saja macam biasa ya...” Ugut Shioon walaupun nadanya seperti bergurau senda.
Jun mendengus kuat. Geram sungguh dengan perangai lelaki yang duduk berdekatan meja Jun melukis. Kerusi dipusingkan menghadap Shioon. Jun menghela nafas panjang sebelum memulakan ceritanya.
“Aku... Nak jadi pelukis...” muka Jun kemerahan menahan rasa segan tatkala menyatakan impiannya.
Shioon diam tidak memberi apa-apa balasan. Riaknya serius mendengar kisah hikayat gadis dihadapannya. Melihat keseriusan Shioon, terbuka hati Jun untuk bercerita kisahnya yang sebenar. Jun menceritakan segalanya termasuklah semua buku lakarannya di bakar. Kisahnya ditutup dengan satu senyuman yang pedih.
“Jun.” Shioon muncul lagi di muka pintu kelas.
“kenapa kau muncul lagi!?”
“aku tak cakap pun aku tak akan kacau kau lagi pun semalam kan?” Sengih Shioon. “kau tak perlu risau. Lukis saja. Aku duduk hujung sini sambil main harmonika ni, okay?” Cadang Shioon sambil menunjukkan harmonikanya.
“Suka hatilah!” Geram sungguh dengan lelaki itu.
Sebulan sudah berlalu, namun Shioon tetap muncul menemaninya melukis seperti biasa. Cuma, harmonika yang selalu dibawa oleh Shioon bertukar ganti menjadi gitar akustik. Jun dan Shioon juga seperti biasa tidak banyak berkata. Hanya bunyi kesan goresan pensel dan petikan tali gitar yang berbicara mengisi ruang antara mereka. Jun tidak kisah mendengar setiap lagu yang dimainkan. Dirinya rasa bebas sedikit mendengar lagu-lagu Shioon.
“Shioon...sedap suara kau kan...” puji Jun.
“Thanks...” Shioon meneruskan permainan gitarnya.
“Dengan bakat kau, aku rasa tak susah kau nak berjaya dalam muzik nanti. Sayap kau besar dan luas, pasti kau mampu untuk terbang tinggi...” Jun sudah mula bermain dengan pensel mekanikalnya.
“Jun... Kenapa kau tak cuba pertahankan impian kau?” Shioon akhirnya bertanya soalan pada Jun.
“Aku...” Tangan Jun berhentu bergerak. “Da cuba. Bukan sekali, sudah banyak kali. Ayah masih juga membantah... Lagipun aku...aku...” Dia mengenggam tangan dengan kuat. “Aku tak mampu menentang mereka... Aku tak cukup kuat pertahankan impian aku...” Jun menundukkan muka. “Sayap aku tak cukup kuat untuk bertahan untuk terbang lebih tinggi, maka aku takut untuk pergi. Aku takut jatuh. Aku takut tiada siapa bersama dengan aku.”
Shioon meletakkan gitar dan pergi ke meja Jun. “nah!” Shioon menghulurkan sesuatu dalam genggamannya.
“Apa?” Soal Jun hairan dengan sikap Shioon hari ini.
Shioon membuka genggaman. Kini tangannya memegang seutas rantai perak.
Jun menatap loket rantai di tangan Shioon yang unik. Bentuk sayap, tapi hanya ada separuh. “Kenapa ada separuh aje?”
“Lagi separuh...” Shioon mengeluarkan rantai dilehernya. “ada dekat sini...”
“kenapa nak bagi aku? aku bukannya rapat sangat dengan kau...” Walaupun katanya seakan menolak, tapi hatinya sudah tertarik pada rekaan loket rantai itu.
“nak ke tak?” ugut Shioon.
“Nak! Nak!”
“nah...” Shioon melepaskan pegangannya pada tangan Jun yang sudah menadah seperti meminta gula-gula. Gembira sungguh Jun bila rantai itu sudah menjadi miliknya.
“Aku bagi kau sebab. Sayap rantai ini adalah sepasang” Shioon membuka rantainya yang mempunyai loket separuh lagi sayap. “tadi kau kata sayap aku cukup luas untuk ke mana saja tapi kau pula tidak cukup kuat hingga mampu terjatuh...jadi aku berikan separuh sayap aku pada kau” Shioon meletakkan rantainya rapat dengan rantai Jun.
Jun agak terkejut mendengar kata-kata Shioon. Dia hanya diam sehingga Shioon menghabiskan penjelasannya lagi.
“separuh sayap tidak akan dapat terbang. Jadi, biar kita capai impian bersama-sama!” Nada Shioon serius.
“Apa...apa kau merepek ni!?”
“Aku serius!” Tidak nampak seperti dia bergurau. “Kalau kau tak percaya, jom pergi rumah kau. Aku akan keluarkan kau dari sangkar sana!” tangan kirinya menyambar kedua-dua rantai loket di atas meja dan terus pergi mendapatkan barangnya.
“Shioon!” Jika ada peluang untuk aku bebas terbang... walaupun hanya 1%... Aku nak bertaruh! “Rantai aku...” Jun menghulurkan tangan meminta kembali rantai yang sudah menjadi hak miiknya.
“Ayah da cakap, Jun takkan jadi artist!” bergema jeritannya.
“Apa salahnya kalau Jun nak capai impian dia pak cik...” celah Shioon membela Jun. Soalnya seperti bertanya tentang diri sendiri.
Ayah Jun menoleh ke Shioon. “Budak ni yang buat Jun melawan kan?”
“bukan. Bukan...” Jun menggeleng kepala.
Shioon tidakberanjak dari posisinya. “Kalau pak cik tak beri Jun jadi pelukis, saya sendiri akan bawa dia keluar dari rumah ni!” Tegas Shioon.
“Kurang ajar!” Ayah Jun terus menampar kuat Shioon.
“Ayah!!! Selama ni Jun patuh dan ikut cakap ayah macam patung! Sekali ni je Jun nak buat benda yang Jun suka... yang buat Jun gembira...satu-satunya yang buat Jun rasa nak hidup. Kalau Jun tinggalkan lukisan, jadi apa yang ayah nak Jun jadi tu... dalam 10 tahun akan datang...setiap saat, setiap minit Jun akan rasa semakin benci! Benci pada kerja, benci pada dunia , benci pada ibu dan benci pada ayah! Sehingga ibu dan ayah mati, Jun takkan rasa sedih langsung!”
Ibu dan Ayah Jun terkaku mendengar kata-kata Jun. “Jun cakap sekarang! Budak laki ni yang ajar Jun cakap macam tu kan!!!”
“Tak! Jun simpan je selama ni sebab Jun tak nak ibu dan ayah terluka... tapi Jun silap. Ibu dan ayah tak pernah kisah kalau Jun terluka pun kan, kenapa Jun nak kisah kalau ibu dan ayah terluka lagi...” Sindir Jun. Memang selama ni dia bertahan dan bertahan, menahan setiap butir kata tu keluar dari bibir kecilnya.
“Jun!” Tapak tangan ayahnya bergerak laju ingin menyentuh pipi Jun.
“Abang, cukup...” Ibu Jun berlari muncul di hadapan Jun, mempertahankan Jun. “Jun bukannya barang hak milik kita. Dia anak kita...” Bagaikan dihantuk, ayah Jun seperti sedar akan sesuatu. Dia melayan anaknya tidak ubah seperti patung robot, mengarah segala itu ini.
“Jun, bawa kawan Jun pergi sekarang!” Arah ibunya. Jun mengikut dan membawa Shioon keluar dari rumahnya sepantas mungkin.
“Ru...rupanya rumah kita tak adalah jauh sangat. Sebelah taman aje ni...haha!” Jun cuba untuk berjenaka memecah kesunyian. Namun, Shioon masih diam juga.
“Da sampai...” Shioon bersuara rendah. “thanks teman aku. bye.” Pendek sahaja katanya.
“Sh...Shioon...” Jun menahan Shioon sebelum masuk ke kawasan rumahnya. “maaf, sebab tadi...”
Shioon mengukir senyuman pahit. “Tak ada apa-apa. Jangan risau... Baliklah...” Gegas Shioon. Tolong jangan keluar dulu...Abah! Hatinya merayu pada masa agar, Jun tidak ketemu dengan abahnya.
“SHIOON!!!” Suara garau abahnya sudah kedengaran.
“Jun, pergi cepat! Cepat! Sembunyi atau apa je asalkan bukan depan rumah aku.” Shioon memberi amaran. “Cepat!!!” Jun hanya berlari ke kawasan tidak jauh dari rumah Shioon dan masih dapat melihat rumah itu.
Pintu utama dibuka kuat. Seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an keluar dengan muka marah. “Mana kau hilang hah?!” jerit lelaki itu.
Shioon hanya mendiamkan diri.
“Gitar ni. Mana kau dapat gitar ni???” Lelaki itu menarik gitar dari Shioon.
Shioon masih juga berdiam diri.
Jun cuma dapat melihat dari jauh keadaan Shioon. Shioon tidak sama seperti semasa berada di rumahnya. Baru Jun tersedar selama ini, Shioon tidak pernah menceritakan masalahnya pada dia. Mungkinkah dia cuma nak aku sahaja yang lepas, dia tidak? Tak! Aku takkan biarkan macam ni!
Ting! Ting!
Bunyi tingkap biliknya dibaling sesuatu. Shioon menyelak langsir dan memandang ke luar tingkap. Ada kelibat Jun. Terus dia menjauhkan diri dari tingkap. Tidak mahu Jun melihat keadaannya yang sebegitu.
Jun perasan ada orang melihatnya dari tingkap itu. Geram kerana Shioon mengendahkan dirinya. Kata nak capai impian sama-sama!
Tok! Tok!
Tingkap yang sama mengeluarkan bunyi. Cuma berlainan dari bunyi tadi. Shioon menyelak langsir tingkap. “Jun!” terkejut Shioon melihat Jun ada betul betul di luar tingkap. Terus Shioon membuka untuk membiarkan Jun masuk. “ni tingkap dua kau tau tak! Apa kau buat malam malam ni?”
Jun sengih. Kali pertama Shioon memarahinya. Selalunya Shioon hanya membuat lawak atau bernyanyi sahaja semasa bersama di dalam kelas itu. “Aku datang...nak rescue kau” Terang Jun.
Shioon angkat kening sebelah. “Haha! Kau mimpi apa datang nak rescue aku ni...”
Jun mencebik. Dia tahu pasti Shioon tidak mahu berkongsi masalah dengannya. “Ibu dan ayah da bagi aku teruskan dengan lukisan”
“Tahniah...” Shioon mengukir senyuman. Ikhlas...
“Jadi... da sampai masa untuk kau ceritakan tentang kau...” Jun duduk bersila di atas lantai. Menanti pembukaan cerita dari Shioon.
Hati Shioon mengeluh. “Kau tahu tak kau sekarang dalam bilik budak lelaki... Kau tak takut?” Sengaja Shioon menduga Jun.
“Tak... Aku percaya pada kau. Kau takkan apa-apakan aku...” Mata Jun memandang tepat ke anak mata Shioon. “Kau cakap kita akan capai impian bersama bukan. Jadi kita mesti kena hadapi masalah bersama. Lagipun...” Jun menarik keluar rantai berloket separuh sayap keluar. “Kita adalah sepasang sayap” Lalu loket rantai itu ditunjukkan pada Shioon.
Sayap... “Jun...” Shioon turut mengambul tempat bersila bersebelahan Jun. “Jangan tinggalkan aku...”
“Mestilah. Sebab dengan separuh sayap takkan boleh terbang...”
Shioon menceritakan kisahnya dari kecil, bagaimana mamanya pergi untuk selamanya, perihal abahnya yang menjadi terlalu melindungi dirinya dan juga sebab utama dia meminati muzik.
“Aku rasakan...kau cuma perlu cakap dengan dia aje” Jun memberikan pandangan. “Korang tak pernah ada bincang pasal benda ni kan?” Teka Jun. “Lagipun, benda takkan selesai kalau kita tak cakap...”
Memang Shioon tidak pernah ada memberitahu impian untuk menjadi pemuzik pada abahnya, kerana dia yakin abahnya akan menolak keras. “Susahlah Jun nak bincang dengan dia...” Rungut Shioon.
“Nah... aku pinjamkan...” Jun membuka rantai dileher dan menyerahkan pada Shioon. “Sebagai ganti aku nanti...” Selepas menyerahkan rantainya Jun bergerak ke tingkap tempat dia masuk. “Pulangkan balik esok ya...Aku tunggu...” Pesan Jun.
Shioon menatap rantai milik Jun. Separuh sayap tak mampu terbang? Bibirnya mengukir senyuman lagi. Impian... Shioon menggenggam rantai itu. Kita capai impian bersama!
“Abah, saya nak jadi pemuzik...”
Jun bersandar pada pagar rumah Shioon. Sudah hampir dua jam dia menunggu khabar dari lelaki itu.
“Jun?”
“Shioon! Macam mana!?”
Shioon tidak menjawab soalan Jun, tetapi dia menyerahkan kembali rantai kepada Jun. “Nah... Thanks...” Dia memberikan senyuman.
Hanya dengan senyuman itu, Jun sudah dapat mengagak hasilnya. “Dapat?”
“Ya... Mulai hari ni, kita kejar impian bersama!” Shioon dan Jun saling berpandangan mengikrar janji. Tidak kira 10 tahun atau 20 tahun akan datang, kita akan tetap bersama...kerana kami ialah sepasang sayap...
Jika seorang hanya lemah bertahan dari jatuh.
Berdua mungkin kuat untuk naik lebih tinggi.
Jika separuh tidak kuat untuk terbang.
Sepasang sayap mampu terbang lebih tinggi.
NOTE:
term2 yg dipakai...
deal- nama utk setiap kali game
button- button ialah dealer...yg buat shuffle card.
Blinds: Short for "blind bets," these are the forced bets made before the cards are dealt.
Call: They match the amount of the big blind.
Check: Similar to a call, but no money is bet
Raise: nak tambah duet taruhan.
Fold: They pay nothing to the pot and throw away their hand, waiting for the next deal to play again.
All out: keluarkan semua duet taruhan.
point(ikut nilai plg tggi)
- royal flush
- straight flush
- joker or four of kind
- full house
- flush
- straight
- three of a kind
- two pair or double pair
- pair
nilai tinggi ikut bunga kad...
- spade
- heart
- club
- diamond
nilai tggi ikut nombor
- 2
- A
- K
- Q
- J
- 10 n so on
kad plg tggi dlm dek Spade 2...
kad plg rendah dlm dek Diamond 3
0 comments:
Post a Comment