Penulis: hawa-chan
Kapitel
i
Saki, Rin dan
Tomo kini telah berada di kawasan utama Earth, Greentown. Bandar ini yang pada
satu ketika dahulu hanyalah kawasan pekan,
kini merupakan tumpuan utama para penduduk Bumi dan Galaxy. Mereka berasa kagum
dengan pembangunan dan keindahan Bandar Greentown ini. Sebaik saja
mereka menjejakkan kaki mereka keluar dari stesen kereta api angkasa, sebuah
robot kecil yang comel sudah menyambut mereka. Sebaik saja Saki mendongak,
robot yang sama ada di mana-mana saja. Robot-robot itu ditugaskan untuk
menyambut para tetamu yang telah keluar dari kereta api angkasa tersebut.
Mereka bertiga berjalan-jalan di sekitar stesen. Rin dan Tomo nampaknya amat
terhibur ketika bermain dengan robot-robot itu.
“Hei Arina, mari kita pegi membeli
belah!” kata Rin.
Marilah Saki! Sudah lama kita tidak
berjalan bersama – sama!” kata Tomo, cuba memujuk Saki.
“Marilah! Marilah!” Kedua – dua rakannya itu tiba – tiba mengomel
seperti kucing yang manja sehingga Saki berasa rimas melihat mereka.
“Baiklah, baiklah! Tapi saya takkan beli
apa – apa!” kata Saki tersengih sambil berpeluh.
Tak guna! Mereka berdua ini selalu mendesak! Tapi ini
juga peluang pekerjaan! Aku tak rugi apa – apa pun. Mungkin setahun atau
dua lagi aku akan berpeluang untuk mencari kolej yang murah!
“Hei Arina! Awak tahu tak, semalam pusat
membeli – belah baru Fleet Mall baru dibuka?” Tanya Rin.
“Oh! Betul juga! Marilah pergi! Di sana
ada banyak jualan murah!” kata Tomo yang teruja dengan cadangan rakannya.
“Awak semua tahu tak…perkara pertama
yang awak perlu lakukan di sini iaah mencari pekerjaan?” tanya Saki mengigil
kemarahan.
“Nanti nantilah! Memandangkan kita dah
bersusah – payah datang ke sini, marilah
berseronok dulu!” kata Rin.
“Awak sepatutnya bersusah dahulu
bersenang kemudian!” jerit Saki.
“Geez…Saki selalu begini! Selaku orang
perempuan, kita haruslah berseronok sedikit!” kata Tomo, berpeluh.
“Awak semua akan ditimpa masalah kalau
tak melakukan perkara yang penting dahulu!”
jerit Saki, kali ini lebih marah. Rin dan Tomo terkejut.
“Lagipun, di mana kita kita nak
tinggal?” Tanya Saki lagi, cuba untuk
bertenang.
“Lelaki itu…dia berada dalam situasi
yang amat jauh dari selesa! Dia tahu perbuatannya boleh mengorbankan nyawanya,
tapi dia masih…” Saki terkejut.
“Si…siapa?” tanya Tomo terpinga – pinga.
Tak! Tiada siapa! Mari pergi mencari bilik sewa! Kita bertiga boleh
berkongsi wang,” kata Saki lalu berjalan pergi meninggalkan rakannya.
“T…tunggu dulu!
Arina!” jerit Rin. Rin dan Tomo
mengejar Saki.
Ketika berjalan, Saki berfikir. Muka Saki bertukar
menjadi kemerahan.
Cis! Kenapa aku terfikir lelaki tu? Dia adalah musuh bukan?! Dan…mustahil kami akan berjumpa lagi! Tak guna!
Tak guna! Berani kau menceroboh fikiran aku!
******
Penat. Mereka betul-betul rasa sangat penat. Ketiga-tiga
gadis itu berbaring di atas lantai bilik sewa mereka. Kalaulah mereka ada ais
krim untuk menyegarkan badan. Tapi nanti dulu, mereka dalam masalah besar
sekarang. Memang benar mereka bertiga telah berjaya mendapat tempat tinggal
yang murah, bertambah murah lagi kerana mereka bertiga berkongsi wang untuk
membayar sewa, akan tetapi….mereka masih berada dalam keadaan yang 1000 tapak
jauh lagi dari zon selesa. Malah mungkin lebih
teruk dari situasi bahaya. Itu sudah tentulah. Bagi Saki dia sudah banyak kali
berada di dalam situasi begini. Sebab itulah tidak kira sesusah manapun keadaan
sekelilingnya, Saki masih boleh lagi bertahan. Saki memandang kedua-dua gadis
yang dipanggil ‘teman’nya.
Mereka lahir di dalam sebuah
keluarga yang normal. Mereka tidaklah semewah
penduduk Bumi namun masih boleh hidup selesa. Memang jauh sama sekali berbeza
dengan Saki yang langsung tidak pernah melihat wajah ibu bapanya. Penjaganya
ialah seorang mekanik tua yang telah pun meninggal dunia ketika dia berusia
lima tahun. Kehidupan mereka sangat miskin dan daif. Malah, mereka tidak pernah
makan nasi. Beras terlalu mahal bagi mereka. Pernah suatu masa Saki menjadi
seorang pencuri yang mencuri di kawasan zon paling selamat kerana kehidupan di
situ jauh lebih baik dari tempat Saki.
******
14 tahun yang lalu
Saki Arina, 3
tahun
Saki melompat dari atas bumbung ke bumbung rumah
yang lain. Gerakannya tidak ubah seperti monyet yang kelaparan. Tujuannya hanya
satu. Mendapatkan bekalan makanan serta mendapatkan sedikit wang untuk datuk!
Kalau dia berjaya seperti selalu, dia pasti akan dipuji. Memikirkannya saja
sudah cukup untuk membuatkan Saki bertambah semangat dalam misinya. Jika kali
ini dia berjaya ini pasti akan menjadi kejayaannya yang ke-100 kali. Meskipun
tubuhnya kecil, dia amat tangkas dan tidak mudah ditangkap begitu saja. Saki
juga adalah seorang yang cepat belajar maka dia adalah lawan yang paling sukar.
Dia mampu meniru setiap pergerakan yang dilihatnya menjadikannya sangat handal.
Saki mencairkan tingkap dengan pemetik api khas
ciptaannya. Pemetik api ini telah diubahsuai supaya dia dapat menggunakan
pemetik api itu dalam misinya. Tingkap itu dicairkan dalam bentuk bulatan dan
saiznya pula haruslah sebesar Saki agar dapat memuatkan dirinya ketika dia
menceroboh masuk ke dalam rumah tersebut. Dia bijak mencari ruang yang selamat
untuk menceroboh. Akhirnya dia berjaya memecah masuk ke dalam rumah itu.
Saki berjalan ke ruang tamu ketika semua sedang
tidur. Keadaan rumah ini tidaklah begitu mewah seperti luarannya akan tetapi
masih boleh mendatangkan rezeki kepada Saki. Suasana sunyi-sepi menyelubungi
rumah kediaman ini.
“Huh! Mereka betul-betul leka! Dalam keadaan
seperti ini mereka patut berjaga-jaga, bukan? Hm, tapi ini akan menjadikannya
semuanya lebih mudah untuk aku!” kata Saki.
Namun begitu, kadang –kala kehidupan tidak akan
berjalan seperti yang kita mahukan. Walau sepandai manapun seekor tupai melompat-lompat
dengan riangnya namun apabila nasib tidak lagi menyebelahi, tupai itu pasti
akan jatuh tersembam ke tanah jua. Secara tiba-tiba, lampu terbuka dan Saki
tidak sempat untuk menyembunyikan dirinya. Beberapa orang lelaki dewasa muncul di suatu sudut ruang tamu.
”Aku ingatkan profesional mana
yang selalu mencuri di kawasan kita tapi rupanya budak kecil saja,” kata salah
seorang dari mereka. Dari lagak gayanya ternyata dia ialah ketua mereka. Cuai, dia memang
cuai! Hanya kerana mereka adalah golongan sederhana tak bermakna mereka semua
dungu. Saki terlalu memandang rendah pada mereka dan sekarang dia telah terima
akibatnya!
Saki akhirnya ditangkap. Sekiranya dia berada di
zon Darkness sudah tentu dia akan dihukum mati. Zon Darkness bukanlah satu
tempat yang aman malah ianya suatu tempat yang amat kejam. Para pesalah tidak
akan dibicara malah terus dibunuh. Perbuatan ini sama seperti zaman dahulu kala
tatkala raksaksa reptilia masih hidup di muka bumi. Zaman itu langsung tiada
sebarang ketamadunan dan manusia hidup tunggang langgang malah berpecah-belah.
Tiada sesiapa yang boleh mereka gelar ketua. Tiada keamanan, tiada keadilan
malah tiada cahaya harapan. Begitulah keadaan zon Darkness. Kegelapan yang
menyelubungi zon itu menyebabkan tiada siapa lagi yang hairan sekiranya zon itu
digelar zon Darkness(kegelapan).
“Tsk!”
Saki yang telah maklum dengan peraturan zonnya
menjeling ke arah semua orang. Tak puas hati…Saki memang tak puas hati.
Takkanlah semuanya akan berakhir begitu saja? Dia ialah pencuri terhandal di
dunia ini! Dia harus lepaskan dirinya! Selaku profesional, dia enggan mengalah
begitu saja!
Tiba-tiba satu tamparan hinggap ke pipinya.
Huh? Apa?
“Siapa nama kau, budak?” tanya
lelaki itu.
” Ha ? Arina…Saki Arina, ” jawab
Saki terpinga-pinga dengan tamparan itu.
“Arina, huh?”
Pelik. Semua ini memang pelik.
Saki dah banyak kali melihat pesalah-pesalah di zon yang terus dibunuh sebaik
saja ditangkap. Malah ada juga yang ditangkap walaupun tiada kesalahan yang
dilakukan. Saki pernah tengok seorang ibu mengandung dibelah perutnya kerana
suaminya disyaki menjadi seorang pembunuh. Namun pada waktu itu, Saki tiada
sebarang perasaan kerana pada Saki, itu bukan halnya. Kalau dia cuba campur
tangan dalam hal itu mungkin dia juga akan terbunuh. Dibesarkan di zon yang
penuh dengan kegelapan menyebabkan Saki juga menjadi seorang yang sunyi dan
kejam.
”Budak, dengar
sini, ” kata lelaki itu.
“Huh?” tanya Saki.
“Kamu masih muda, malah terlalu kecil. Jangan
bazirkan masa muda kamu dengan kegelapan!” sambung lelaki itu. Saki terkejut.
Ha? Awak bergurau ke? Selama 3 tahun dia hidup di zon Darkness tiada seorang
pun yang mempunyai cahaya di hati masing-masing. Ini adalah cara hidup kami!
Egelapan adalah segala-galanya yang kami ada! Apa masalah dia?! Akibat terlalu
marah akhirnya Saki membuka mulut.
“Jangan nak berguraulah! Apa yang awak semua
tahu tentang kami yang tinggal di zon Darkness?! Saya rasa awak sendiri pun
takkan berani menjejakkan kaki awak semua ke tempat kami! Awak semua hanya tahu
bercakap tapi sebenarnya awak semua penakut, betul tak apa yang saya kata?!
Awak semua sampah! Awak semua terlalu bosan! Kami hidup gembira dengan
kesusahan orang lain! Kami hidup kerana kami kuat dan kami mati kerana kami
lemah! Awak semua takkan faham keindahan kegelapan…”
Belum sempat Saki menghabiskan kata-katanya satu
tumbukan pula melayang ke mukanya. Saki terpelanting ke dinding.
“Guh!!”
Tiba-tiba seorang lelaki muda berjalan ke
arahnya dan mencangkung di depan Saki. Saki terkejut dan memandang lelaki itu.
“Awak masih muda tapi sudah mampu untuk
mengeluarkan kata-kata seperti itu. Itu tandanya masih ada cahaya di dalam hati
awak,” kata lelaki itu lalu menghalakan jari telunjuknya sehingga ia mengenai
dada Saki.
Sentuhan itu bagaikan magik kerana ia memberikan
Saki suatu perasaan yang pelik.
“?”
Kenapa? Tiba-tiba
saya rasa hangat…aneh…Ia bukannya saya! Saya tak sepatutnya begini! Ketika Saki dalam kekeliruan, lelaki itu mengusap-usap kepalanya. Saki
tergamam. Kata-katanya mati begitu saja.
”Arina, kamu patut menjadi raja!” kata lelaki
itu. Saki terkejut.
“HA?!” jerit Saki.
“Ya! Raja!” kata lelaki itu tersenyum.
“Dengan mjadi raja, kamu boleh mengubah kawasan
kamu dari kegelapan menjadi sebuah tempat yang lebih bercahaya dan terang!”
Wajah lelaki itu bersinar-sinar ketika meluahkan pendapatnya hingga menyebabkan
Saki berpeluh dingin.
“Awak fikir ianya mudah?” kata Saki, hampir
ketawa dengan kenaifan lelaki tersebut.
“Tentulah tidak, tapi dengan usaha apapun boleh
terjadi, kan?”
Senyuman lelaki itu terus ‘melekat’ di dalam
hati Saki.
******
“Hu…”
Dengkuran kecil Saki dapat didengari walaupun
ianya perlahan.
******
Saki, Rin dan Tomo berjalan-jalan di sekitar
bandar Greentown. Mereka asyik keluar
masuk kedai untuk mencari pekerjaan dan setiap kalipun mereka terus gagal. Namun, Saki tidak panik. Demi menenangkan dirinya, dia berjalan-jalan di
sekitar bandar.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Angin yang kuat tetapi menyegarkan itu meniup rambut perang Saki yang
panjang itu. Tiba-tiba dia ternampak sebuah android automatik yang bertujuan
untuk memberikan maklumat kepada pengunjung ketika mereka sesat atau mencari
perkerjaan. Pelbagai perkara boleh diakses menggunakan android automatik itu.
Sekiranya ratusan tahun dahulu Bumi masih memakai pondok telefon awam, sekarang
tidak lagi. Model terakhir pondok telefon awam kini telah ditempatkan di muzium
untuk tontonan awam.
“Betul tu!”
Dengan segera, Saki berlari ke arah android itu
dan terus mengakses android itu hingga satu cahaya hologram muncul di udara.
”Dengan cara ini, aku boleh
mencari pekerjaan! Pasti ada satu yang sesuai untuk aku! ” kata Saki lalu
menekan-nekan butang-butang skrin sesentuh yang ada sehinggalah…
BEEPPPPPP !!!
”Huh ? ”
Dengan tak semena-mena puluhan askar bersenjata
api muncul lalu mengepung Saki.
“Eh? Eh? Kenapa ni?” tanya Saki,
berpeluh.
Bulatan yang sempurna telah
dibentuk di sekeliling Saki sehingga dia sudah tiada ruang lagi untuk melarikan
diri. Dia akhirnya mengeluh. Matanya memandang ke arah kesemua askar itu.
“Okay, jelaskan!“ kata Saki dengan tegas.
Akhirnya seorang lelaki lengkap beruniform muncul di antara bulatan itu.
“Awak memang berani. Sesiapa saja dari zon
Darkness tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke sini. Sekiranya tertangkap,
mereka perlu dihukum mati dengan segera!” kata lelaki itu.
“Em, masuk akal. Dari segi pandangan anda semua,
kami adalah penjenayah, kan?” tanya Saki. Lelaki itu tersengih.
“Nampaknya awak agak bijak. Agak membazir kalau
awak dibunuh tapi ini peraturan. Awak faham bukan?” tanya lelaki itu menjeling
ke arah Saki. Saki berpeluh namun dia tetap tersengih.
“Bawa dia!”
Dan dengan serta-merta, Saki ditahan. Rin dan
Tomo hanya mampu tergamam. Rin hanya mampu menangis melihat Saki, wira Galaksi
merah ditangkap polis.
“Hanya kerana dia adalah seorang Darkness, dia
harus dihukum mati? Kejam, mereka memang kejam…”
******
Saki duduk berseorang di dalam penjara. Tak puas
hati…dia memang tak puas hati! Dia sendiri tahu risiko untuk datang ke Bumi
tapi dia tak menjangka ianya sepantas ini. Dan sekarang, dia harus memikirkan
semula strateginya selepas ini.
******
Saki berada di tanah rata dan dikelilingi oleh
ratusan askar dan polis. Dia telah diikat dengan tali. Seorang askar bawahan
telah menawarkan penutup mata untukknya namun Saki menggelengkan kepalanya.
Saki benar-benar telah menguatkan tekadnya untuk menanti keajaiban berlaku.
“Baik, bersedia!”
Sebaik saja mendengar arahan, kesemua askar –
askar mengangkat senjata mereka.
“TEMBAK!”
Ratusan das dilepaskan dan ia tepat mengenai
tubuh kecil Saki bertubi-tubi. Darah yang tidak terkira banyaknya telah
dimuntahkan dari mulut Saki.
“BERHENTI!”
Semua orang tergamam mendengarnya terutamanya
Saki. Dia masih hidup. Tidakkah ianya mengejutkan?
“A...apa yang berlaku?” tanya ketua skuad yang
bertugas untuk menghukum Saki. Seorang lagi petugas yang membawa berita itu
berpeluh.
“Ia…ia seperti ketua pelajar dari
Universiti GM mahukan gadis ini…” kata
petugas itu tersekat-sekat kerana dia juga tidak memahami situasi ini.
“Apa awak kata ?! Gadis
ni ? Mustahil!” kata ketua skuad itu. Dia memandang
Saki. Alangkah terperanjatnya apabila dia mendapati Saki hanya cedera parah.
Budak ni apa sebenarnya? Raksasa?
Saki dilepaskan lalu dibawa ke
tempat asing. Tangan Saki telah dilepaskan dan kecederaannya turut dirawat.
“Siapa yang harus berjumpa dengan saya?” tanya
Saki namun tidak dipedulikan. Saki mula rasa tidak sedap hati lalu hanya
menunggu.
Beberapa minit kemudian, daun
pintu dibuka. Saki melihat ke arah tubuh yang tinggi lampai di
depannya. Saki terkejut.
“K...kau!” jerit Saki.
“Yo! Kita bertemu lagi!”
Wing tersenyum melihat kehadiran Saki di
hadapannya.
“Aku dah agak, kau
memang masih hidup! Tapi apa ni? Bukankah kau penentang aristokrat dan kau
sendiri juga seorang bangsawan ?! Hahahahaha!!” Saki ketawa
terbahak-bahak. Bodoh. Dia memang dungu! Seseorang terorrist pasti mempunyai
sokongan yang kuat dari aristokrasi. Tanpa mereka, sesebuah pengganas takkan
mampu mempunyai senjata tapi apakah ini ? Sepatutnya aku dah boleh tahu…Dari lagak gayanya, cara percakapannya…Itu
semua kata-kata seseorang dari aristokrat ! Tak guna…cuainya aku…
Sial…
“Jadi apa yang kau nak ? ”
tanya Saki cuba menahan ketawanya.
“Masuk universiti aku…”
Kata-kata ini mengejutkan Saki. Ha? Dia dah gila
ke? Adakah ini satu perangkap?
“Ya, ini perangkap, kalaulah kau fikir begitu.
Tapi aku perlukan kau!” kata Wing.
Saki berpeluh. Dia bakal ditewaskan oleh lelaki
di depannya ini?
“Kau sendiri yang kata, curilah sebanyak mana
dari Bumi yang kau mahu barulah kau dapat mengubah Galaksi, kan?” Wing
tersengih. Saki masih berpeluh. Memang dia ada kata begitu, tapi…
“Sertailah aku, Saki Arina! Dengan kuasa kita
berdua, aku akan jadikan kau ratu di dunia ini!”
Saki berpeluh. Dulu ada yang pernah berkata
begitu padanya. Tapi ini…dia cuba jadikannya ahli
politik? Apa tujuan dia? Saki Arina masih keliru dengan
situasinya namun dia masih cuba untuk rasional.
Bersambung…
0 comments:
Post a Comment