Nama : aina safi
Umur : 21
Hob i: edit video, melukis, baca manga, makan dan main game.
Benda yg plg disuka i: roti canai, kebab dan matematik.
Benda yg x disukai : study =,=''
Cara untuk dihubungi : sila antar emel ke aina_snow91@yahoo.com
Karya lain - Higher, Heaven
sekarang menuntut di uitm dungun terengganu, kursus ijazah perakaunan. sangat panas berada di tepi pantai ini... impian nak ada komik sendiri tapi tak tahu la bile boleh melukis sehebat kartunis..haha.... cita2 jadi arkitek tapi sesat jauh jadi akauntan.... and sape cakap akauntan x pandai menulis??? sekel kang...eheh~ masih amatur dalam penulisan. kadang2 taip merepek2 pun ada. jangan marah~ yang sudi baca, trima kasih banyak2... yang ikut cerita saya lagilah trima kasih berbanyak2...assalamualaikum.. .
-aina safi-
Tajuk : The King's Knight (Coming soon) (Novel)
Penulis : aina safi
sipnosis/teaser:
Sentiasa ada dua perkara di dalam dunia ini,
Bila adanya putih, munculnya hitam,
Bila adanya kebaikan , munculnya kejahatan,
Bila adanya cahaya , munculnya kegelapan,
Bila adanya kehendak , munculnya keperluan,
Bila adanya kepercayaan , munculnya pengkhianatan,
Bila adanya kejujuran, munculnya fitnah,
Bila adanya sahabat, munculnya musuh,
dan bila kita perlu memilih di antara dua;
antara cinta dan dendam,
manakah anda pilih?
********************************************
********************************************
Nama: TimMila
Facebook: Norfatimah Jamilah
blog: www.vocaloidp3.com (salah seorang admin)
novel: Legenda Bersayap
fan-fiction: Synchronicity
hobi: menonton anime,bermain video games, membaca dan mengumpul manga, ambil gambar(suka-suka sahaja)
serba sedikit:
seorang pelajar tahun akhir di UniKL dama jurusan Software Engineering. Suka menonton anime dan bermain video games sejak dari kecil. Meminati bidang penulisan
Suka mengambil gambar menggunakan handphone. Manga yang dikumpul adalah The Betrayal Knows My Name (UraBoku) Book 1 sampai Book 4 dan juga Ai Ore Book 1 dan Book 2 (akan sambung mengupul lagi)
Mengumpul juga komik keluaran gempakstarz terutamanya dari Kaoru (bakal membeli helios eclipse. masih tak beli lagi T_T), dan komik-komik yang telah dialih bahasa oleh gempakstarz.
Sinopsis Legenda Bersayap:
Mengisahkan mengenai dunia Quill, dunia di mana setiap makhluk disitu mempunyai sayap. Makhluk dari dunia Quill dan dunia Humano tidak dibenakan untuk menyeberang apatah lagi berkahwin sesama sendiri.
Menurut lagenda dunia Quill, sekiranya makhluk dari dunia Quill dan Humano berkahwin, anak mereka akan mendapat satu kuasa yang kuat dan bakal memusnahkan dunia tersebut.
Semenjak bertemu dengan Leon Prisken, kehidupan Rai Luca berubah. Rai Luca sering dihina kerana merupakan anak separa. "Cacat". Itulah panggilan yang diterima oleh Rai kerana memiliki satu sayap,
sedangkan makhluk lain disitu mempunyai sepasang sayap. Kehadiran Leon Prisken, membuka peluang kepada dirinya untuk membuktikan kepada makhluk-makhluk di Quill bahawa anak separa juga mampu menjadi
yang terbaik seperti mana sepasang sayap yang lain.
*****************************
********************************************
******
Sinopsis Bentara Pawaka
Penulis : Hijau Muda
Siri Mergastua mengisahkan tentang
sebuah kepulauan yang dinamakan sebagai Kepulauan Mergastua. Ia berkaitan
tentang seorang bekas laksamana yang cuba mencari Kepala Mergastua, iaitu
warisan Jata Bapa Mergastua, Jata yang memerintah Kepulauan Mergastua dahulu
sebelum hancur oleh kerana serangan luar dan perebutan kuasa di kalangan
menteri dan panglimanya sendiri.
Bentara Pawaka pula memfokuskan kepada Ketua Pendekar Jata Utama Garuda Pawaka yang hilang ingatan dan diselamtkan oleh Puteri Jata Melati dan berkhidmat sebagai bentaranya. Bentara yang dimaksudkan di sini ialah butler.
*****************************
Nama: Hasif Rayyan
Facebook: Hasif Rayyan
E-mail: hasifrayyan93@gmail.com
Karya di TOMAL: Fan-fiction: Digimon United Revolution
Seorang guru pelatih jurusan TESL di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Gemar menonton anime, membaca komik dan mendengar muzik terutamanya muzik J-pop, J-rock dan Anisong. Juga merupakan seorang penulis naratif amatur. Kini sedang berusaha menyiapkan manuskrip novel aksi sains fantasi untuk dihantar ke pihak penerbit novel tempatan.
Saya bercita-cita untuk menjadi 'singing novelist', namun kini sedang belajar untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris peringkat sekolah rendah. Saya pun tidak pasti sama ada saya boleh menjadi seorang guru. Selain menceburi bidang penulisan novel dan skrip, saya juga berhasrat untuk menjadi seorang penyanyi. Namun, vokal saya masih biasa-biasa sahaja. :)
Doakan impian saya tercapai dan terima kasih atas sokongan anda semua.
Sinopsis Digimon United Revolution:
Pada tahun 2019, Digimon mula hidup bersama-sama dengan manusia di Bumi dan saling membantu antara satu sama lain.
Ingin mencari jawapan sama ada Digimon dan manusia berhak untuk hidup bersama, Xavior, si Ulforceveedramon yang juga merupakan antara satria Royal Knights turun ke Bumi. Kemudiannya, dia bertemu dengan Izzam, seorang pelajar sekolah menengah yang berpersonaliti lemah namun berjiwa kental.
Bersetuju untuk menjadi Digimon partner kepada Izzam, mereka berdua saling mempelajari sesuatu sesama sendiri. Hingga ada rahsia Izzam yang tak terjangka terbongkar seiring waktu. Apakah rahsia itu? Nak tahu? Pergi baca sekarang! XP
********************************************
Biodata Ringkas
Nama: A-RA
Facebook : Ayana Fey
E-Novel/Cerpen: i) Butterfly X
ii)Mencari Orion
Hobi: Membaca & Menulis
Serba sedikit:
Bekas pelajar IPTA. Minat menulis genre fantasi. Minat membaca novel-novel genre urban fantasi karya penulis tempatan dan luar Negara.
Sinopsis Mencari Orion
Mengisahkan pergolakan yang berlaku di Kota Orion yang terletak di sebuah dimensi lain. Demi menyelamatkan kota itu dari terus musnah, seorang gadis telah ‘dibuang’ ke Dimensi Manusia oleh keluarganya.
Selama 18 tahun Nazuwin hidup aman tanpa gangguan daripada orang-orang Kota Orion. Hinggalah suatu hari, ibu dan bapanya hilang dari rumah dan dia menemui sekeping nota yang mahu dia kembali ke Kota Orion bersama Krystal Merah, ataupun keluarganya akan dibunuh. Pada waktu yang sama, muncul beberapa orang anak muda yang mengaku punya kaitan dengan Nazuwin. Nazuwin buntu. Di manakah Kota Orion? Apa itu Krystal Merah? Dan siapa pula Ean, Zara, Syn, Cyra dan Darwin? Apa kaitan mereka semua dengan dia dan keluarganya?
******
Sinopsis Bentara Pawaka
Penulis : Hijau Muda
Bentara Muda adalah kisah pertama daripada Siri Kesatuan Mergastua.
Bentara Pawaka pula memfokuskan kepada Ketua Pendekar Jata Utama Garuda Pawaka yang hilang ingatan dan diselamtkan oleh Puteri Jata Melati dan berkhidmat sebagai bentaranya. Bentara yang dimaksudkan di sini ialah butler.