Chapter 1 : The Girl In White.
DIA berlari. Dia berlari sekuat hati sehinggakan tulang-tulang lututnya sudah hendak kebas. Dia berhenti sebentar untuk bernafas. Matanya meliar disekeliling. Dia tidak tahu sudah berapa lama dia berada didalam hutan tetapi sejak dia berada didalam hutam tebal itu, dia masih belum menemui jalan keluar. Seakan-akan hutan itu tidak ingin melepaskan dia pergi.
Tiba-tiba dia terdengar lagi bunyi yang mengejarnya tadi. Bunyi burung yang kuat dan juga menakutkan Bunyi tersebut sekejap hilang dan sekejap muncul membuatkan ia tidak boleh dijangka. Hutan yang sudah sedia gelap itu semakin hilang cahayanya apabila awan-awan mula melitupi bulan.
Saat itu dia dapat rasakan seluruh tubuhnya mula menggeletar. Dia sudah tidak mampu berjalan, apatah lagi berlari. Dia sudah ingin berputus asa, seorang diri didalam hutan dan tiada apa-apa senjata untuk mempertahankan dirinya itu membuatkan dia hilang harapan untuk terus hidup.
Namun ada sesuatu yang dia rasakan membuatkan dia ingin terus hidup, dia dapat rasakan dia ada tujuan. Dia mengepal kedua-dua penumbuknya dan cuba untuk membuang semua ketakutannya dan mula mencari senjata. Dia tidak tahu senjata jenis apa, tetapi apa saja yang ada didepan mata di pungut. Dia memegang kuat sebatang kayu yang dipungutnya lalu dibawa rapat ke dada lalu berundur beberapa tapak ke belakang secara perlahan-lahan.
Tiba-tiba dia terdengar pula bunyi kipasan sayap burung yang kuat sehingga mempu meniupkan pokok-pokok yang ramping malah hampir membuatkan dia terbang namun dia sempat memacakan kayu ditangannya itu keatas tanah sebagai tempat penahan. Tidak semena-mena, dia terasa sebuah hempasan yang kuat diatas tanah di belakangnya. Dia tersentak, serta-merta tubuhnya menjadi keras. Dia tidak boleh bergerak.
Ketika itu dia dapat rasakan hembusan nafas makhluk itu dilehernya. Panas dan penuh dengan rasa marah.
“Lawan!”
Dia tersentak saat terdengar suara seorang perempuan. Suara itu seakan berbisik kepadanya. Dia mengerut kening dan serentak itu dia dapat menggerakan tubuhnya semula.
“Lawan, Aria!”
Sekali lagi suara itu berbisik dan kali ini ia telah memberinya satu kekuatan untuk berhadapan dengan makhluk itu. Baru dia ingin berpaling tiba-tiba dia dipukul dari kiri membuatkan dia terpelanting melanggar pokok-pokok yang ramping lagi tinggi itu. Dia terbatuk darah saat tubuhnya terhempas keatas tanah. Terasa tulang belakangnya hendak patah namun tidak, cuma sakitnya saja yang seperti membunuh itu.
Dia mengangkat kepala untuk melihat wajah makhluk itu.Hatinya terlompat sekejap selepas melihat seekor burung besar bermata kuning. Cepat-cepat dia terundur ke belakang.
“Aria, dengar. Tikam dibahagian jantung. Lawan, Aria. Kau harus hidup!”
Aria tersentak. Peluhnya sudah jatuh ke dahi. Dia memandang kayu terpelanting jauh disebelah kanan, berada dekat dengan makhluk burung tersebut. Dia mendongkak pula. Makhluk itu melangkah setapak demi setapak mendekatinya, dia dapat melihat kapulas asap keluar dari hidung kecil milik burung itu.
Sebelum makhluk itu mendekatinya, dia terus bangkit dan berlari mendapatkan kayu itu dan sejenak selepas dia mengenggam batang kayu tersebut, baju dibelakangnya sudah dicerkam oleh makhluk itu dan dia terus dibawa terbang.
Dia terpinga-pinga. Dia sudah tidak tahu harus bagaimana untuk menikam jantung burung itu. Dia berada dibahagian kakinya. Dia sudah berada tinggi diatas awan dan dia tidak tahu dia hendak dibawa kemana namun satu yang pasti dia akan menjadi makanan kepada makhluk-makhluk jenis mereka.
Tidak ingin itu terjadi, dia terus menikam bahagian perut burung itu membuatkan ia berteriak kesakitan. Kesakitan itu menyebabkan burung tersebut hilang kekuatan untuk terus mengibaskan sayapnya lalu perlahan-lahan mereka menghempas ke tanah.
Dia terus mencabut kayu yang menikam diperut makhluk itu dan berundur beberapa tapak. Melihat burung itu seakan tidak bertenaga, dia terus meluru kearah jantung namun belum sempat dia memacakkan kayu itu ke jantungnya tubuhnya terus dikibas dengan sayap lantas menghempas tanah. Darah memercik lagi dari mulutnya. Tubuhnya kian lemah, tidak tahu tahu berapa lama lagi dia akan terus hidup dalam keadaan itu. Sebahagian dari tubuhnya sudah tidak dapat dirasakannya lagi.
Dalam kesamaran itu, dia dapat melihat burung itu kembali bertenaga malah lebih kuat dari tadi. Bunyi yang keluar dari mulutnya semakin kuat, kibasan sayapnya juga semakin kencang sehingga membuatkan pokok-pokok yang ramping itu patah dan pokok-pokok yang besar hampir tercabut dari tanah.
“Sekarang aku tahu, jika badannya cedera melainkan jantung dia akan bertambah kuat!” bisik hatinya.
Dia cuba menggerakan tangannya untuk mencapai kayu itu tetapi jarinya langung tidak bergerak. Tidak semena-mena, dalam sekelip mata burung itu sudah pun berada dihadapannya dan serentak itu tubuhnya dipijak-pijak sehingga separuh daripada tubuhnya tenggelam dalam tanah. Darah tidak putus-putus memercik diseluruh permukaan tanah.
Setelah burung itu puas memijak tubuhnya, burung tersebut terus mencerkam tubuhnya namun belum sempat berbuat demikian, sebuah cahaya memancar dari dalam tubuhnya dan terus naik ke sehingga ke langit. Dari jauh, cahaya itu membentuk satu garisan menegak sehingga menembusi langit dan seluruh permukaan bumi menjadi terang sejenak dek cahaya tersebut dan secara tiba-tiba cahaya itu pun hilang seperti debu.
*****
“RON, hati-hati. Sentiasa dekat dengan kumpulan!” nasihat En.Rodrik kepada seorang lelaki yang sudah jauh ketinggalan dibelakang mereka.
Evron menjeling. “Saya bukan budak kecil lagi, En.Rodrik. Saya tahu,” jawabnya dengan nada rimas. Dia pun memukul belakang kuda agar melangkah lebih cepat.
En. Rodrik sekadar menggeleng.
“Kapten, saya rasa kita sudah sampai ditempat kejadian,” lapor Alan lalu turun dari kudanya dan mengikat tali kuda ke pokok. Serta-merta mereka memberhentikan kuda mereka dan masing-masing turun kemudian mereka melihat sebuah kawah besar dan pokok-pokok disekeliling kawah itu sudah pun hilang.
En.Rodrik seakan tidak percaya. “Saya fikir ia cuma cahaya biasa, tapi nampaknya ia lebih besar daripada yang dijangka,” ujarnya.
“Apa yang kita perlu buat sekarang?” soal Michael pula.
“Kita cari bukti kehadiran Grifon disini. Ron dengan Alan, Mike dengan saya. Hati-hati,” pesan En.Rodrik.
Evron yang masih berada diatas badan kuda itu segera turun dan mengikat tali kuda disebelah kuda Alan. Mereka pun menuju ke sebelah barat manakala kumpulan En.Rodrik menuju ke utara.
“Selepas Grifon, muncul lagi makhluk yang kita tak tahu. Belum habis masalah, muncul satu lagi,” rungut Alan.
Evron tersenyum sinis. “Muncul satu, kita hapusakan. Bukankah itu tugas kita sebagai pemburu?” kata Evron walaupun dia malas menjawab.
“Kau senanglah, Kapten tu bapa kau…”
“Dia bukan bapa aku, dia bapa angkat kita semua,” pintas Evron lantas terus melangkah laju ke hadapan.
“Ron, tunggu!” ujar Alan seakan menjerit, dia terus mengejar Evron. Berseorangan didalam hutan sumpahan itu membuatkan dia risau meninggalkan Evron seorang diri.
“Ron…aumph!” tiba-tiba dia terlanggar tubuh seseorang rupanya Evron yang sedang berdiri tegak.
“Ron? Kenapa?” tanya Alan sambil melambai-lambaikan tangannya ke wajah Evron.
“Aku nampak… aku nampak perempuan tadi,”
Alan mengerut kening. “Perempuan? Dalam Hutan Sumpahan?” dia seakan tidak percaya.
Evron mencebik. Dia terus berlari meninggalkan Alan seorang diri. Alan terpinga-pinga, keliru dengan situasi itu sama ada memanggil En.Rodrik atau tidak, dia terus memilih untuk mengejar Evron.
“Ron, kau buat apa? Kau lupa ini Hutan Sumpahan? Masih banyak Grofin disini!” Alan menangkap bahu Evron. “Apa kau nampak tadi? Perempuan apa? Mungkin itu penjaga hutan ni?”
Evron mendengus. “Jangan berguraulah. Kau tahukan apa akan jadi kalau kita nampak penjaga hutan dengan mata sendiri?” dia terus menapis tangan Alan dari bahunya dan meneruskan pencarian. Memang tidak silap, dia nampak seorang perempuan berambut putih dengan baju berlumuran darah dihadapannya sebelum Alan datang.
“Kalau bukan dia, siapa?”
Evron menggeleng. “Itu yang aku tak tahu, tapi dia macam takut dan mahukan pertolongan,” ujar Evron.
“Baiklah. Kalau betul dia bukan Penjaga hutan ni, kita harus jumpa dia sebelum dia bertemu dengan Grifon atau penjaga hutan ni,” kata Alan pula.
Evron mengangguk. Sebaik dia melangkah ke hadapan, tiba-tiba dia berhenti sambil menahan Alan daripada terus berjalan.
“Sekejap, kau dengar bunyi tadi?”
Alan menggeleng. “Tak. Kau dengan apa?”
Evron tidak menjawab, dia terus mengarahkan Alan untuk senyap dan mengikuti langkahnya. Alan menurun tanpa sebarang kata. Dia memang tahu, apa saja yang Evron lakukan adalah betul.
“Cik, kami bukan orang jahat. Kami boleh tolong cik,” kata Evron. Alan disebelahnya sudah mengerut kening kerana dia tidak melihat sesiapa disitu. Tiba-tiba ada kain putih berterbangan disebalik pokok.
“Cik? Keluar, kami boleh tolong,” Evron masih cuba meyakinkan.
Perlahan-lahan, perempuan berbaju putih itu keluar disebalik pokok dan menjenguk Evron dan Alan. Tiba-tiba dia bersembunyi lagi.
“Kamu siapa?” soal perempuan itu.
Alan terus memandang kearah Evron. “Dia boleh bercakap?”
Evron menunjal kepala Alan. “Mestilah! Dia manusia macam kita juga,” marah Evron kemudian melangkah setapak mendekati pokok tersebut.
“Saya Evron, ini adik saya Alan. Kami tidak akan apa-apakan cik.” Jawab Evron pula.
Beberapa saat menunggu, akhirnya perempuan itu pun memunculkan diri dari tempat persembunyiannya.
“Cik perlukan bantuan?” soal Alan.
“Saya ada dimana?” soal perempuan itu pula.
“Beginilah, cik ikut kami dulu. Dalam hutan ni tak selamat, macam mana?” pelawa Evron. Perempuan itu kelihatan ragu-ragu dan masih takut.
“Kami tak akan sakiti kamu,” kata Alan.
Perempuan itu tidak menjawab melainkan hanya merenung mereka. Tiba-tiba muncul kerutan didahinya dan wajahnya bertukar seakan sedang menahan kesakitan.
“Sakit!” jerit perempuan itu sambil melutut diatas tanah.
Cepat-cepat Evron mendapatkan dia. “Sakit? Mana sakit?” soalnya cemas.
“Semua! Semua anggota badan saya!” suara perempuan itu tertahan-tahan seperti dia memang sedang mengalami kesakitan yang amat sangat.
“Ron, kita bawa dia ke kem dulu!” cadang Alan pula. Evron mengangguk lantas mencampung tubuh perempuan itu dan cepat-cepat beredar dari tempat tersebut.
0 comments:
Post a Comment