Followers

Lagenda Bersayap - Bab 3

| Thursday, 25 April 2013 | |


“Rai, kau pun dah berusia lebih 20 tahun dan dah sampai masanya untuk kau memilih haluan hidup. Tapi, sebelum tu, kau ada apa-apa dalam perancangan ke?” Leon memandang Rai. Dia mahu mendengar perancangan Rai sebelum dia menawarkan Rai untuk berkhidmat di dalam pasukan elit. “Untuk berada di Dunia Manusia.” Spontan Rai menjawab. Dunia Bersayap tidak sesuai untuk dirinya. Leon dan Shin saling berpandangan. “Kenapa Dunia Manusia? Kau tak rasa beruntung ke duduk di dunia ni?” Leon mahu jawapan dari Rai.

  “Sebab dunia ni tidak mahu saya ada disini…”

“Dan kau fikir dunia manusia akan menerima kau?!” jerkah Leon. Rai terkejut. Kenapa Leon perlu sibuk mengenai dirinya sedangkan dia baru saja mengenalinya, detik Rai dihatinya. Shin hanya mengeluh. “Ehem, Leon, ni rumah saya dan Rai adalah anak saya. Kamu tak berhak untuk memarahinya,” Shin menegur Leon. Muka Leon merah padam. “Maaf. Saya tak sepatutnya buat begitu. Rai, adakah kau mahu membuktikan pada orang-orang di Kerajaan Pelangi ni bahawa orang seperti kau mampu lebih berjaya dari mereka?” Leon memandang Rai dengan pandangan yang tajam. Sememangnya saat itu yang ditunggu-tunggu. Untuk membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi yang terbaik di Kerajaan Pelangi walaupun dia hanya mempunyai satu sayap. “Aku bagi kau masa sehingga esok malam. Nanti aku datang semula.” Leon menundukkan kepalanya sedikit ke arah Shin dan keluar dari bilik tamu.

  “Dah la lama tak datang, buat macam rumah sendiri pula tu,” Shin menggelengkan kepalanya. Setelah itu Shin memandang Rai. “Rai, ayah harap Rai buat pilihan yang tepat untuk diri Rai. Ayah menyokong segala keputusan Rai kecuali melarikan diri ke Dunia Manusia. Jangan buat keputusan yang salah.” Shin bangun, mengusap kepala anaknya itu dan keluar dari bilik tamu. “Rai ni siapa sebenarnya?” soalan itu terkeluar dari mulut Rai. Shin menoleh ke arah Rai. “Anak ayah dan ibu.” Jawab Shin dan terus keluar dari bilik itu.

   Sewaktu dihadapan pintu rumah Shin, Leon terserempak dengan Maya yang baru pulang. Maya memberi hormat kepada Leon. “Ambillah ni,” Leon memberikan beg kertas yang mengandungi dua pemegang lilin kepada Maya. Setelah itu, Leon pun keluar dari rumah itu. Maya membuka beg kertas itu dan terkejut. Leon seperti mengetahui apa yang disukainya. Pemberian Leon itu membuatkan hati Maya berbunga. Walaupun dia tidak pernah bertegur sapa dengan Leon, tetapi pemberian Leon itu membuatkan dia mahu menegur Leon.

       Rai merasakan dirinya berada di tempat lain. Dia terkejut melihat begitu banyak bunga yang kembang mekar dan berbau sangat harum di kawasan itu. Rai terus berjalan dan menikmati pemandangan serta bauan yang sangat wangi sehingga dia ternampak gadis yang mempunyai rambut panjang beralun sehingga pinggang berwarna perak. Kulit putih seputih salji, bibir merah semerah ros merah dan mempunyai sepasang mata yang berwarna hijau dan memakai gaun labuh berwarna perak seperti rambutnya. Gadis itu terkejut melihat kehadiran Rai disitu.Dia mendekatkan diri ke arah Rai.

          “Kamu mempunyai bau seperti dia dan kamu juga mempunyai bau manusia.” Gadis itu memegang tangan kanan Rai. “Hmm.. Memang sama kecuali warna rambut. Sui suka,” gadis itu membaui jari-jari Rai. “Sui?” Rai pelik. Gadis itu membahasakan dirinya sebagai Sui dan seingat Rai, Sui adalah unicorn milik Leon. Gadis itu memandang Rai dan menarik Rai sehingga bertemu dengan anak sungai yang terdapat dikawasan bunga itu.

          “Tempat ini adalah hadiah dari dia buat Sui. Dia cakap Sui boleh berada di tempat ini apabila Sui melelapkan mata Sui. Dia berjanji akan datang tiap-tiap malam untuk jumpa Sui. Tapi dia dah lama tak jumpa Sui dan Sui terus menunggu dan menunggu,” raut wajah gadis itu berubah. Kesedihan jelas kelihatan dimukanya. “Tapi sekarang Sui dah tak keseorangan lagi. Kamu akan datang jumpa Sui lagi kan?” gadis yang membahasakan dirinya sebagai Sui memandang Rai. “Bagaimana Sui berada disini?” Rai memandang Sui. Muka Sui kemerah-merahan dan bermain dihujung rambutnya. “Ra..h..si..a” Sui tersenyum. Rai membalas senyuman Sui itu dan memandang ke arah anak sungai yang berada di depan matanya. “Kamu.. Boleh Sui tahu nama kamu?”

          “Rai Luca.” Terkejut Sui mendengar nama itu. “Kamu anak dia?” air mata mengalir dipipi Sui dan terus memeluk Rai. Rai yang pada asalnya agak janggal, membiarkan Sui memeluk dia. Sudah tentu dia merinduinya, detik hati Rai. Setelah puas menangis dalam pelukan, Sui meleraikan pelukannya. “Rupa kamu macam dia. Sui sangat gembira,” Sui membelai muka Rai. Rai membiarkan perlakuan Sui itu. Begitu dalam perasaannya untuk ‘dia’, kata hati Rai. “Rai, terimalah peluang yang diberi oleh Leon. Nanti Rai akan tahu segala rahsia mengenai diri Rai dan keluarga sebenar Rai.” Sui menghadiahkan ciuman dipipi Rai. Setelah itu, Sui menghilangkan diri secara tiba-tiba dan Rai tersedar dari mimpinya.

          “Saya, Putera Leonard Prisken Ingram, telah menjalankan siasatan yang diminta oleh Tuanku Ingram dan mendapati bahawa puak bersayap hitam telah mempunyai kerajaan mereka sendiri di Selatan. Kerajaan itu dipimpin oleh Irm Shion dan dibantu oleh seorang manusia bernama Syaana.” Leon membentangkan laporannya di hadapan 20 orang ahli senat di dewan senat Istana Kristal. Sepatutnya dia tidak perlu membentangkan tetapi disebabkan beberapa perkara, dia masuk untuk membentangkan laporannya. “Irm Shion??” Ahli senat dalam dewan itu berpandangan sesama sendiri. “Bukankah sepatutnya Irm Shion mati sepuluh tahun yang lepas kerana percubaan untuk membunuh tuanku? Bagaimana dia boleh menjadi pemimpin puak bersayap hitam?” salah seorang ahli senat bersuara. Mati? Detik hati Leon. “Bagaimana pula ahli sihir manusia boleh berada di dunia kita? Mungkinkah dia yang mengawal Irm Shion?” seorang lagi ahli senat bersuara. Hanya persoalan yang diajukan oleh ahli senat tetapi Leon menantikan cadangan.

          “Diharap bertenang. Beta memanggil kamu semua disini adalah untuk membincangkan mengenai perkara ini. Putera Leonard dan pasukannya telah menjalankan tugas mereka. Sekarang ini, bagaimana kita harus menanganinya,” Tuanku Ingram bersuara. Ahli-ahli senat yang berada di dewan senyap dan mula berbisik-bisik sesame sendiri. “Adakah tujuan dia sama seperti sebelum ini? Ingin menawan Pintu Dua Dunia?” seorang lagi ahli senat bersuara. “Ya. Tujuan mereka adalah pintu itu. Tapi, saya fikir selain dari pintu itu, mereka juga ada tujuan yang lain. Sekiranya mereka inginkan pintu itu, mereka sudah boleh bertindak kerana tentera mereka sudah dilatih dan persiapan telah dilakukan. Saya dan pasukan saya akan menjalankan siasatan mengenai perkara ini dengan lebih lanjut. Salah seorang ahli pasukan saya, Ash Segawa, menarik diri dari pasukan kerana perkahwinan. Saya telah memilih Rai Luca, anak kepada Jeneral Shin untuk melengkapkan pasukan elit.” Lantang dan penuh keyakinan suara Leon. Para senat terkejut. Begitu juga dengan Tuanku Ingram. “Rai Luca? Bukankah itu..”

          “Nanti kita akan sambung musyawarah dihari yang lain! Leon, sila ikut beta.” Tuanku Ingram bangun dan berjalan menuju ke pintu sambil diikuti oleh Leon. Para ahli senat yang lain memberi hormat kepada Tuanku Ingram dan Leon. Setelah Tuanku Ingram dan Leon meninggalkan dewan itu, para ahli senat yang lain bersurai.      

          “Siapa yang benarkan Leon menggantikan orang lain tanpa meminta izin beta dahulu? Dan Rai Luca? Anak Jeneral Shin?” Tuanku Ingram memandang Leon dengan penuh kebengisan dan kebencian di mukanya. “Ayahanda Ingram, Rai Luca mampu membuat Sui rasa selesa dan dia juga pandai berlawan dan berpedang. Jadi tidak salah untuk Leon mengajaknya untuk..”

          “Sejak bila beta membenarkan anak separa bekerja untuk beta?” Leon terkejut mendengar ayat itu. “Bukankah Raidiese Luca Ingram cucu Tuanku dari darah waris Tuanku yang sah iaitu Lucadiese Ingram?” Leon memandang pakciknya itu. Leon begitu mengasihani Rai kerana identitinya sebagai anak separa dijadikan isu yang besar di Dunia Bersayap. “Jangan sebut lagi perkara ini, Leonard Prisken!!” jerkah Tuanku Ingram. “Maaf, Tuanku. Saya tetap dengan pendirian saya dengan membawa Rai ke dalam pasukan saya!” Leon memberi kata putus dan memberi hormat kepada Tuanku Ingram dan terus keluar dari bilik perbincangan itu.

          Rai masih lagi memikirkan mengenai tawaran dari Leon. Sememangnya dia ingin meninggalkan tempat dia dibesarkan kerana tidak tahan lagi dengan kutukan dan cacian terhadap dirinya. Sui juga menyarankan agar menerima tawaran dari Leon itu. Rai mengeluh lantas dia mengambil katana nya dan memulakan latihan berpedangnya. Shin yang kebetulan berada di taman belakang rumahnya itu, melihat anaknya itu berlatih. Setelah seketika, Shin menghampiri Rai. “Boleh kita berlatih bersama?” Shin pun mengeluarkan katana nya dan terus menyerang Rai dalam keadaan yang tidak berapa bersedia. Rai dapat menapis serangan dari Shin. Shin tersenyum. “Bagus. Kita akan lawan sampai ada yang kalah.” Shin melonjak ke belakang dan mula menghayunkan katana nya ke kanan Rai, tetapi berjaya di tepis oleh Rai. Rai menghunuskan katananya tepat ke dada Shin tetapi tidak berjaya. Shin tidak menepis serangan Rai sebaliknya menahan hunusan Rai dengan menggunakan katana nya. Shin membalas serangan Rai dengan menendang perut Rai dan melompat ke belakang. “Banyak lagi yang perlu dipelajari..” Rai terus menyerang sebelah kiri Shin tetap Shin mengelak dengan berundur beberapa tapak ke belakang. Rai menyerang, menyerang dan terus menyerang. Shin mengelak, mengelak dan terus mengelak sehinggalah dia tiba-tiba menghilangkan diri dan muncul dibelakang Rai.

          Apabila Shin menyerang belakang Rai, loket emerald milik Rai bertindak balas dengan tiba-tiba dan mengeluarkan cahaya seperti menghalang Shin dari menyerang Rai dari belakang. Shin tercampak ke belakang dan terhentak pada pagar kayu di kawasan rumahnya itu. Rai yang terkejut dengan kejadian itu, berlari mendapatkan ayahnya itu. “Ayah tak apa-apa ke?” Rai membantu ayahnya untuk bangun itu. Shin terbatuk-batuk. “Walaupun kamu ni anak separa, anak yang mempunyai satu sayap, kuasa kamu amat kuat tanpa kamu sedari.” Shin tersenyum dan menggosok kepala anaknya itu. Mia yang melihat dari jauh, lega melihat mereka berdua tidak apa-apa. Maya memandang dengan penuh kebencian. Sejak dari dulu, sehingga sekarang, tumpuan hanya diberi kepada abangnya. Sedangkan dia, anak kandung Mia dan Shin, dibiarkan begitu. Sedikit sebanyak, kebencian mula menular di hati Maya dan loket ruby miliknya yang pada asalnya berwarna merah jambu telah berubah menjadi hitam.

0 comments:

Total Pageviews