by: Tim Mila
Bab 1
"Rai!!"
"Rai!! Bangun!!" Rai membuka matanya perlahan-lahan. Semua orang yang berada disekelilingnya menarik nafas lega. "Apa dah jadi?" suara Rai lemah kedengaran. "Rai tak ingat ke?" Rai menggelengkan kepala. Terasa dadanya begitu sakit.
"Rai ditendang Sui masa Rai cuba nak tunggang ia. Kan dah beritahu, Sui tu liar." Seorang pelatih disitu memberitahu. Perlahan-lahan memori sewaktu membelai Sui kembali. Dia teringat yang dia hanya cuba menggosok kepala unicorn itu. "Maaf. Sewaktu saya melihat Sui, saya terlalu mengaguminya dan membuatkan saya mahu menyentuhnya. Saya terlalu asyik mengaguminya sehingga terlupa yang unicorn tidak suka kepalanya disentuh." Rai cuba untuk bangun. Seseorang menghulurkan tangan kepada Rai untuk memberi bantuan.
"Salam perkenalan. Saya Leon Prisken." Tangan Leon disambut oleh Rai dan Rai pun bangun. "Maaf. Salam perkenalan. Saya Rai Luca." Senyuman dilemparkan walaupun dalam keadaan dirinya yang begitu lemah.
"Tak kisahkan kalau kita berbual „aku‟ dan „kau‟? Aku kagum bila nampak kau cuba dekat dengan Sui tu. Sebelum ni, aku sendiri tak dapat nak belai dia walaupun Sui unicorn aku," Leon menggaru kepalanya yang tidak gatal. Terkejut Rai apabila mengetahui unicorn yang sangat cantik itu dipunyai oleh Leon. "Aku dah agak kau mesti terkejutkan? Sui tu pemberian pakcik aku masa aku berumur 10 tahun. Sui dah berumur 35 tahun. Yang paling membuatkan aku terkejut Sui tu membenarkan kau membelai dia, kecuali di kepala la."
"Minta maaf, tuan putera. Tuanku Ingram ingin berjumpa dengan tuan putera," seorang lelaki berpakaian seperti tentera memberi hormat kepada Leon.
"Tuan putera?" Rai memandang Leon. "Lain kali kita jumpa lagi ye, Rai." Leon berlalu pergi dengan satu senyuman di wajahnya. "Wah, abang dah berkawan dengan Putera Mahkota Kerajaan Pelangi ni," Maya muncul dari belakang abangnya. "Jangan kata Leon tu Leon Prisken Ingram?"
"Yela. Mana ada orang lain lagi. Tak sangka dia minat berkawan dengan abang. Maya ingat dia tak nak berkawan dengan sesiapa di pusat latihan unicorn ni. Selalu nampak dia seorang diri je." Maya mengekori abangnya yang telah berlalu pergi dari stable kuda pusat latihan itu. "Abang balik rumah dulu. Nanti Maya beritahu Penyelia Rio yang abang dah balik ye. Rasanya kepala abang sakit lagi." Rai terus berjalan tanpa menoleh ke arah adiknya itu.
"Leon, bukankah beta dah pesan supaya kamu jangan pergi ke Pusat Latihan Unicorn pada waktu ini? Kenapa perlu melanggari arahan beta?" Tuanku Ingram membulatkan matanya tanda menahan marah.
"Ayahanda Ingram, Leon cuma mahu melihat keadaan Sui sahaja setelah hampir sebulan Leon tidak berada di sini. Dan Leon tahu sepatutnya Leon perlu melaporkan dulu hasil siasatan Leon dahulu barulah Leon pergi berjumpa Sui."
"Laporan?!" Tuanku Ingram menjegilkan matanya. Leon berdehem. "Menurut hasil siasatan, didapati Puak Bersayap Hitam telah mempunyai sebuah kerajaan mereka sendiri di selatan. Kerajaan Puak Bersayap Hitam diterajui oleh Irm Shion dan dibantu oleh seorang manusia yang bertaraf ahli sihir bernama Syaana. Bagaimana Syaana boleh masuk ke Dunia Bersayap masih lagi dalam penyiasatan pasukan elit. Menurut perisik saya di Kerajaan Puak Bersayap Hitam itu, Irm mahu menakluk Kerajaan Pelangi kerana Kerajaan Pelangi merupakan penjaga pintu dua dunia." Tuanku Ingram agak terkejut tetapi beliau tidak menunjukkannya. Sebagai pemimpin, beliau perlu sentiasa mengawal emosinya.
"Pintu ini tidak boleh jatuh ke tangan orang yang salah. Kedua-dua dunia tidak boleh bersatu. Akan kacau bilau sekiranya kedua-dua dunia ini bergabung. Nanti beta akan membawa hal ini dalam majlis musyawarah bersama senator-senator yang lain. Terima kasih atas penyiasatan. Leon dan pasukan elit boleh berehat untuk dua hari ini. Leon boleh pergi," Leon memberi hormat kepada Tuanku Ingram. Baru sahaja membuka pintu untuk keluar, Leon menoleh semula ke arah Tuanku Ingram yang baru sahaja duduk di atas sofa.
"Tadi, Sui mengizinkan dirinya dibelai oleh orang luar. Sui tidak pernah membuat begitu terhadap orang lain, Tuanku." Setelah itu Leon pun keluar dan menutup pintu kamar perbincangan itu. Tuanku Ingram merenung kerusi yang kosong disebelah kanannya.
Rai merenung rantai yang berloket emerald yang diberikan oleh ibunya kepadanya sewaktu berusia 5 tahun. Menurut ibunya, batu zamrud itu adalah untuk mengawal sayapnya dan juga kuasanya yang lain-lain. "Sayap eh.." keluhnya sendirian. Dia tahu sayapnya sangat unik. Orang lain memiliki sepasang sayap, tetapi dia mempunyai satu sahaja sayap. Setiap kali ditanya kepada ibunya, jawapannya adalah sama. "Ada sahaja yang mempunyai satu sayap. Cuma bukan di kerajaan ini," kata-kata itulah yang dipegangnya. Rai sering dipermainkan oleh rakan-rakannya sewaktu kecil kerana dia mempunyai satu sayap.
"Si cacat Rai!!"
"Rai kurang upaya!!"
Itulah sindiran yang terpaksa didengarinya sewaktu dia kecil sehingga dia mendapat latihan di Pusat Latihan Unicorn. Pertemuan dengan Leon sedikit sebanyak membuatkan hatinya terbuka untuk berkawan semula. Memandangkan matahari telah condong ke barat, Rai pun bangun dan pulang ke rumahnya.
---------------------------------------------
"Tuanku memberikan kita rehat selama dua hari. Kamu semua boleh pulang ke rumah masing-masing dan rehatlah sepuas-puasnya dua hari ini." Leon membuka bootnya dibilik persalinan yang disediakan khas untuk pasukan elit itu. "Tuan Putera Leon, ada sesuatu yang perlu saya bincangkan dengan Tuan Putera,"
"Kenapa kau tiba-tiba formal dengan aku nie, Ash? Ada apa-apa yang sangat penting ke? Kita boleh bincang bersama-sama. Bukankah kita dah berjanji susah senang kita akan atasi bersama?" Leon memandang Ash. Mukanya serius. "Maaf, Tuan Putera. Sebenarnya, saya terpaksa menarik diri dari pasukan elit…"
"Sebab?" Leon terus mencelah. Keadaan dalam bilik itu menjadi sunyi. Semua menumpukan perhatian kepada Ash. "Sebab.. Saya akan berkahwin dan saya tak mahu pasangan saya sentiasa berada dalam kesepian, keseorangan dan hari-hari menanti dengan penuh pengharapan yang saya akan sentiasa kembali ke sisi dia." Ash menundukkan kepalanya. Dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan situasi seperti itu. Dia tahu Leon bukanlah seorang yang pemarah tapi dia sendiri malu dengan dirinya kerana dia yang mahu berada di Pasukan Elit walau apa pun yang terjadi. "Hei, Ash. Angkat kepala tu dan tengok kami," Ryu meninggikan suaranya. Ash mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Dilihatnya rakan-rakannya itu tersenyum. Ash keliru.
"Tahniah! Kenapa tak beritahu awal-awal? Kalau tahu kami akan buat majlis keraian untuk kau," Ryu bangun dari kerusinya dan menepuk bahu rakan seperjuangannya itu. Ash menarik nafas lega kerana mendapat rakan-rakan seperjuangan yang memahami dan mengerti seperti mereka.
"Leon, kau perasaan tak tadi reaksi Sui masa Rai belai dia? Sui macam sangat-sangat selesa dan seperti telah lama kena dengan Rai," Izz membuka bajunya. Badannya begitu tegap walaupun kurus. Otot-otot di perutnya kelihatan. "Wah! Otot perut kau sangat hebat. Cair gadis-gadis bersayap kalau tengok ni!" Leon tertawa kecil.
"Kau ni ubah topik pula…"
"Mungkin Sui masih tak boleh lupakan tuan lama dia. Kebetulan pula, Rai ada bau yang sama macam tuan lama dia. Tu yang Sui sangat suka dengan Rai. Aku nak berjalan-jalan di kawasan bazaar." Leon memakai kembali bootnya, mengikat pedangnya dipinggang dan berjalan menuju ke pintu.
-bersambung di BAB 2-
0 comments:
Post a Comment