Followers

Fan-Fiction: Digimon United Revolution (PROLOG)

| Wednesday 18 July 2012 | |
by: Hasif Rayyan

PROLOG

            Tahun 2019, manusia akhirnya hidup bersama-sama dengan kewujudan kehidupan yang baru sahaja ditemui beberapa tahun dahulu, Digimon. Digimon adalah raksasa berdata yang lengkap banyak membantu dalam kehidupan seharian manusia dan tidak kurang juga sebagai teman rapat manusia.

            Namun pun begitu, undang-undang masih lagi belum menetapkan sama ada Digimon harus tinggal di dunia manusia secara menyeluruh. Oleh itu, Digimon masih boleh bergerak bebas antara dua dimensi, dunia manusia dan Dunia Digital.

            Apa-apapun, yang pasti mereka adalah kehidupan yang luar biasa di mana mereka dianugerahkan dengan kekuatan luar biasa, di mana mereka turut membantu manusia dalam sektor pertahanan negara. Tambahan lagi, kewujudan turnamen baru, Digimon Rumble Arena telahpun menarik minat orang ramai dari kedua-dua belah pihak yang bekerjasama antara satu sama lain sebagai teman.

            Namun pun begitu, sepertinya ada krisis yang bakal menggugat keamanan dan juga kepercayaan antara dua kehidupan... 

-bersambung ke BAB 1-

0 comments:

Total Pageviews