Followers

Novel: Legenda Bersayap (Bab 2)

| Wednesday 25 July 2012 | |

Bab 2

Sewaktu perjalanan pulang ke rumah, Rai melalui Bazaar Kota Pelangi. Malam itu merupakan Malam Pesta di Bazaar Kota Pelangi. Berbagai juadah, permainan dan jualan yang ada di bazaar itu. Bazaar Kota Pelangi di limpahi dengan lampu-lampu yang berwarna warni yang dihasilkan dari lilin yang boleh bertukar warna. Kanak-kanak yang masih belum pandai menguasai kuasa untuk menyimpan sayap, berlari-larian bersama sayap-sayap mereka yang putih kekuningan. “Maaf, abang.” Seorang kanak-kanak terlanggar Rai. Rai hanya tersenyum dan menggosok kepala kanak-kanak itu. Setelah itu, kanak-kanak tersebut berlari semula dengan rakannya.

“Rai!!” suara yang agak nyaring memanggil Rai. Rai menoleh dan terkejut. Dia tidak menyangka akan berjumpa Leon di bazaar. “Tuan Putera,” Rai memberi hormat dengan menundukkan kepalanya sedikit. “Tak perlu lah berformal. Diluar, aku tetap penghuni Quill.” Rai agak malu sendiri kerana dia menyangkakan bahawa Leon seorang yang pentingkan formaliti apabila bertemu di luar.

“Wah!! Barang ni sangat comel. Berapa harga?” Leon membelek pemegang lilin berbentuk arnab putih dan mempunyai sayap seperti rama-rama. “Harganya 20 brons untuk 2 pemegang.” Penjual itu memberi sebatang lagi pemegang lilin berbentuk arnab hitam tetapi tidak mempunyai sayap. Leon memberi 20 keping syiling gangsa yang mempunyai lambang sayap kepada penjual itu.

“Putera sangat suka barang comel ke?” Rai agak kehairanan. Leon tergelak dan menambahkan lagi kehairanan di muka Rai. Mereka melawat satu persatu bazaar di situ.

“Si cacatlah,” seseorang menepuk bahu Rai. Muka Rai berubah. Dia tidak suka dengan empunya suara itu. “Lama tak nampak. Ho ho! Dah ada kawan baru la,” lelaki itu ketawa. Dua rakan yang mengikutinya turut ketawa. “Hmmm, kau kenal Rai ke? Aku kawan baik dia. Ada apa-apa masalah ke dengan dia?” Leon memandang muka lelaki itu. Lelaki itu berhenti ketawa. “Kau kawan baik dengan dia?? Kau tak rasa pelik ke kawan dengan dia? Dah la warna rambut dia hitam. Ditambah pula ada satu sayap. Kalau nak diikutkan bangsa dan dunia kita, warna rambut kita warna perak.” Rai terus menumbuk lelaki itu tanpa sebarang bicara. Leon terkejut dengan tindakan Rai itu. Semua yang berada disitu menjauhkan jarak dari mereka.

“Berani kau tumbuk dia!!” satu tumbukan hinggap di pipi Rai. Dengan penuh amarah, Rai membalas tumbukan kawan lelaki itu dan pergaduhan tercetus. Leon yang tidak tahu menahu apa-apa mengenai apa yang diperkatakan itu hanya membantu Rai dalam pergaduhan itu. Tumbukan saling bertukar-tukar dan semua tumbukan di elak oleh Rai dengan mudah. Tiba-tiba, lelaki yang menumbuk Rai mengeluarkan pedang. “HEI! Bukan ke kawasan bazaar adalah kawasan larangan membawa pedang?!!” jerkah Leon. Lelaki tersebut terus menghunuskan pedang ke arah Rai. Rai mengelak dan menyebabkan lelaki itu terus menerus menghayunkan pedangnya ke kiri dan ke kanan. Beberapa gerai kecil di bazaar itu rosak disebabkan pergaduhan itu. Rai terus menerpa ke arah lelaki itu dan tidak semena-mena dia hilang dan muncul di belakang lelaki itu dan terus menyerang belakang lelaki itu menggunakan lututnya. Lelaki itu jatuh menyembah bumi dan pedangnya terlepas dari pegangan. Leon mengambil pedang itu.

“Apa yang berlaku disini?!!” seorang pegawai tentera menghampiri Rai. “Si cacat ini mencari pasal dengan kami! Tiba-tiba, dia serang kami dengan menggunakan pedang,” kata lelaki yang menepuk bahu Rai semasa mereka bertemu. “Sayap satu macam kau ini memang suka cari pasal!!” kata pegawai itu.

Leon memandang pegawai yang menghina Rai itu. “Sayap satu macam dia lebih baik dari kamu semua yang mempunyai sepasang sayap!” jerkah Leon kepada pegawai itu. “Berani kau melawan..” tiba-tiba pegawai tentera itu terdiam setelah terlihat gelang Sapphire milik Leon lalu tunduk hormat kepada Leon. “M-Ma-Maafkan p-patik, Putera Leonard Ingram.” Tiga lelaki yang mengaku rakan kepada Rai terkejut melihat pegawai tentera itu memberi tunduk hormat kepada Leon. “Macam ini rupanya layanan yang diberikan kepada orang yang unik seperti Rai. Hanya kerana dia satu sayap, maka dia perlu dihina?”

“Aku peduli apa dengan dia???!!!” lelaki yang mengambil pedangnya dan terus menghunus ke arah Rai. “Quill macam kau hanya memalukan bangsa kita sahaja!!!” Leon menolak Rai dan menahan hunusan pedang lelaki itu dengan menggunakan sarung pedangnya. “Aku dah kata kan tadi! Sayap satu macam dia lebih baik dari kau yang ada sepasang sayap!!” Sepasang sayap begitu putih dan bercahaya keluar dari belakang Leon. Semua yang berada di tempat kejadian itu terpegun melihat sayap Leon yang begitu putih dan berseri. Dua rakan subahat lelaki itu terus melarikan diri tetapi berjaya di tangkap oleh pegawai tentera yang baru tiba disitu. Lelaki tersebut terus menyerang dan menyerang, tetapi Leon tidak membalas sebaliknya hanya menangkis setiap serangan dengan menggunakan sarung pedangnya. Setelah beberapa lama, akhirnya Leon membalas dengan menyerang perut lelaki itu dengan menggunakan sarung pedangnya. Lelaki itu terbaring menahan kesakitan diperutnya. Seorang tentera berpangkat Kapten menghampiri Leon. Setelah tunduk hormat, Kapten itu bersuara. “Terima kasih atas bantuan, Tuan Putera. Kami memang sudah lama ingin menangkap lelaki ini.”

Leon hanya membisu. Kapten itu menggigit bibirnya. “Patik akan pastikan perkara sebegini tidak berlaku lagi.”

“Pastikan tiada pegawai Kapten menghina Quill yang lain di hadapan khalayak ramai meskipun dia tidak menyukai Quill itu. Ini bayaran pampasan untuk kejadian yang berlaku hari ini.” Leon menyerahkan uncang yang mengandungi duit kepada Kapten itu. “Sekiranya tidak mencukupi, sila buat laporan di bahagian Financiar ketenteraan.” Leon beredar dari situ. Rai hanya mengikuti Leon. Semua yang berada disitu memberi laluan kepada Leon. Sayap putih berseri dibelakang Leon telah tiada. Seorang kanak-kanak perempuan berlari ke arah Leon dan memberi sekuntum bunga ros merah yang kembang.

“Terima kasih sebab lawan orang jahat. Mereka selalu buat kacau disini.” Leon menundukkan dirinya supaya kanak-kanak itu dapat melihat Leon dengan lebih jelas. Leon mengambil ros merah yang diberikan itu. “Itu tanggungjawab saya untuk melindungi rakyat saya yang comel ini.” Leon memegang dagu kanak-kanak itu dan kanak-kanak itu menghadiahkan ciuman dipipi Leon. Rai sangat kagum melihat Leon begitu mesra dengan rakyatnya. “Selama aku hidup 70 tahun di sini, ini kali pertama seorang putera melindungi kami. Semoga putera ini, terus berjiwa mulia dan melindungi rakyatnya apabila dia mendapat takhta sebagai seorang raja nanti,” senyuman terukir di wajah lelaki itu. Rai hanya mendiamkan diri. Berbanding dengan dirinya, Leon seorang yang mempunyai kuasa dan disayangi rakyatnya. Tetapi, dirinya hanyalah seorang yang cacat dan mempunyai satu sayap.

“Abang hebat!!.” Dua kanak-kanak lelaki berada dihadapan Rai. “Dia orang tu selalu buli kami yang masih kecil ni.” Kanak-kanak lelaki yang agak gempal bersuara. Rai tersenyum. Dia menggosok kepala kanak-kanak lelaki yang gempal. “Kami nak jadi hebat macam abang berdua!!” Kanak-kanak yang kurus pula bersuara. Leon berjalan menghampiri mereka. “Sayap abang putih berseri! Ibu saya kata kalau sayap putih berseri itu maknanya anak raja. Kiranya, abang ni putera raja kan?” Kata kanak-kanak gempal itu penuh keterujaan. “Wah!! Putera! Abang Putera dan abang pendiam penyelamat saya!!” Setelah itu, kanak-kanak itu berlari sambil melambaikan tangan kepada Leon dan Rai. Walaupun kanak-kanak begitu gembira dengan Leon dan Rai, tidak semua golongan tua yang berada di situ, gembira akan kehadiran Leon. “Kenapa golongan diraja datang ke sini? Adakah mahu menyeksa kami lagi? Adakah mahu mengambil rumah dan anak-anak kami? Kami merayu, sila pergi dari sini,” kata seorang lelaki yang agak berumur disitu. Air muka Leon berubah. Rai kehairanan. Baru sahaja dia mahu bersuara, Leon memandangnya dan berkata, “Mari kita pergi, Rai.”

Leon hanya mengikuti langkah Rai. Sepanjang langkahan itu, mereka berdua tidak berkata apa-apa sehingga tiba di sebuah. “Kita dah sampai di rumah saya, putera.” Leon memandang Rai. Riak mukanya seperti tidak puas hati dengan Rai. “Kan dah kata, tak perlulah formaliti. Kau kawan baik aku.”

“Nanti orang kata saya mengambil kesempatan ke atas putera..”

“Pedulikan apa orang kata!! Kenapa kau risau sangat dengan tanggapan orang terhadap kau? Bukannya mereka yang membesarkan kau.” Leon meninggikan suaranya. Rai terdiam. Betul cakap Leon, dia sangat peduli apa orang kata mengenai dirinya. Kedua ibu bapanya di pulaukan hanya kerana membesarkan dia. Menurut legenda Quill, sayap satu adalah Quill yang cacat dan membawa malang serta malapetaka kepada sesiapa yang mendekatinya. Disebabkan itu, keluarganya di sisihkan.

Pintu hadapan terbuka. Seorang lelaki berbadan tegap di muka pintu. Lelaki itu terkejut melihat Quill yang bersama dengan Rai. Dengan segera, lelaki itu memberi hormat kepada Leon.

 “Estratega Shin.” Leon melemparkan senyuman. “Estratega Shin merupakan Jeneral di Istana Kristal sewaktu Putera Lucadiese menjadi Putera Mahkota. Selepas kematian Putera Lucadiese, Estratega Shin berkhidmat sementara untuk aku sebelum ‘menghilangkan’ diri.” Leon menerangkan kepada Rai yang kelihatan seperti ingin tahu bagaimana perkenalan ayahnya dan juga Leon.

“Masuklah.” Rai menjemput Leon masuk ke rumahnya. “Kali ini kamu bertumbuk dengan siapa Rai?” Rai menundukkan kepalanya. “Maaf, saya cuba elakkan tapi, dia tetap menghina saya. Jadi, saya tak dapat mengawal perasaan saya.” Shin mengeluh. Leon mencelah, “Jangan salahkan dia, Estratega. Lelaki itu menghina dia. Saya bersama Rai sewaktu insiden itu.” Satu keluhan berat dilepaskan oleh Shin. “Rai, pergi bersihkan diri. Putera, kita berbincang lagi di bilik tamu.” Rai menurut arahan Shin tanpa sebarang bicara. Setelah berada di bilik tamu, Shin memulakan bicara. “Apa yang membuatkan kamu datang ke sini, Putera Leon? Bukankah kamu sepatutnya berada di Selatan?” Shin memandang Leon dengan serius. “Siasatan dah tamat. Dan itu yang saya mahu bincangkan dengan Estratega. Nampaknya sayap hitam mahu menguasai dunia sayap dan pintu dua dunia dan orang yang mengetuai mereka adalah Irm Shion. Tuanku begitu bimbang apabila mendengar khabar itu. Ada Humano bersama dengan Irm.”

            “Adakah tindakan akan diambil?” Shin dan Leon saling berpandangan. “Tuanku akan bermusyawarah bersama dengan ahli senat yang lain."

            Shin mengeluh seketika dan memegang bahu kirinya. Tangan kirinya telah tiada akibat peperangan sebelum ini. Kerajaan Pelangi sering diancam peperangan kerana pintu dua dunia itu. Pintu itu telah menarik minat kerajaan dan empayar lain untuk memilikinya kerana pintu itu menghubngkan dunia Humano dan dunia Quill . “Apa kata kalau Estratega serahkan Rai kepada saya?  “

“Sejauh mana putera tahu mengenai Rai?” Muka Shin menjadi lebih serius.

     “Rai yang sepatutnya menjadi Putera Mahkota di Kerajaan Pelangi ini. Sebab Rai merupakan anak Putera Luca, satu-satunya anak Tuanku Ingram dan juga waris Kerajaan Pelangi. Dah masanya untuk Rai mempelajari tempat asalnya dan selok belok Dunia Quill.” Leon tersenyum. Dia teringat kembali detik-detik dimana dia secara tiba-tiba perlu masuk ke Istana Kristal. Pada waktu itu, Kerajaan Pelangi dikejutkan dengan kepulangan dan kematian Putera Luca pada masa yang sama. Tuanku Ingram memberitahu bahawa dia perlu menjadi warisnya memandangkan dia merupakan satu-satunya lelaki tunggal dikalangan waris yang ada. Pada waktu itu, dia baru berumur 10 tahun.

            “Tuan putera?” Shin mematikan memori Leon. “Tak ada apa-apa. Teringat kenangan lama. Estratega dah ceritakan perkara sebenar ke kepada Rai mengenai diri dia?” Leon ingin tahu. Shin mengeluh lagi. “Belum masanya lagi. Tuanku tidak mengakui yang Rai anak Putera Luca.” Shin mengeluh. Tuanku Ingram sememangnya tidak mahu mengakui bahawa Rai atau nama sebenarnya Raidiese Luca Ingram, adalah anak Lucadiese Ingram.

3 comments:

Anonymous Says:
25 July 2012 at 12:09

cecepatttlaaa uplod next entryyyy...hihihihi

amaya x raiden Says:
25 July 2012 at 21:03

wahhh bestnyer. x sabar nak tunggu next entry.

Unknown Says:
25 July 2012 at 22:33

thanks ^^

Total Pageviews