Followers

Novel : Lagenda Bersayap (PROLOG)

| Wednesday, 18 July 2012 | |
by: Tim Mila

PROLOG


"Abang, bawa anak kita ke negara abang. Biar saya uruskan disini." Puteri itu menyerahkan anak tersebut kepada suaminya. Suaminya itu hanya tergamam. Hentakan dipintu semakin kuat.

"Tapi,…"

"Abang, saya sangat sayangkan abang dan anak kita," puteri itu mengucup dahi suaminya dan juga anaknya yang masih bayi itu. Dengan rasa berat hati dan penuh penyesalan, putera itu membawa anaknya yang masih bayi itu melalui pintu rahsia yang disediakan sekiranya berlaku kecemasan. Air mata membasahi pipi putera itu. Sepatutnya dia yang melindungi isterinya, tapi dia yang kini melarikan diri dan isterinya yang melindunginya. Putera itu terus berlari sehingga ternampak sebuah pintu yang bercahaya. Sebaik sahaja putera itu membuka pintu tersebut, kelihatan dua orang pengawal yang bersayap menjaga pintu pagar yang besar dihadapannya.

"Tempat ini..,"

"Penceroboh!!" jerit salah seorang pengawal itu dan terus berlari ke arah putera itu.

"Nanti! Nanti! Saya bukan penceroboh!" putera itu memejamkan matanya dan sepasang sayap yang begitu putih muncul dibelakangnya. "Sayap putih.. Tak mungkin! Bukankah tuan putera telah..," pengawal itu terkejut. Hanya kerabat diraja Kerajaan Pelangi yang mempunyai sayap berwarna putih.

"Maaf. Saya tak dapat untuk menjelaskan segalanya. Saya perlu pulang semula ke Istana Kristal. Sila beri laluan." Pengawal-pengawal itu menutup laluan putera itu. "Kami tidak dapat memberikan laluan. Menurut Tuanku Ingram, sesiapa dari Dunia Bersayap yang masuk ke Dunia Manusia, mereka tidak dibenarkan pulang semula ke Dunia Bersayap. Tuan putera telah pun dianggap sebagai pengkhianat Dunia Bersayap. Sudah tentu, Tuanku akan murka sekiranya tahu tuan putera pulang semula ke Dunia Bersayap!"

Putera itu terdiam. Dia tahu arahan yang dikeluarkan itu adalah disebabkan dirinya. Kedegilannya untuk mengembara ke Dunia Manusia menyebabkan ayahandanya murka dan menghalaunya dari Istana Kristal. Tiba-tiba, sebilah pisau belati muncul di udara dan menikam dibelakang putera itu. Para pengawal itu terkejut. Dengan segera, pengawal yang bersayap kehijauan itu membuka pintu sempadan dua dunia itu dan membawa putera itu ke dalam. Setelah putera itu masuk ke dalam, pintu pagar yang besar ditutup dengan serta merta.

"Saya.. perlu ke Istana Kristal.. berjumpa dengan ayahanda saya.. Saya tak mempunyai banyak masa lagi. Pisau belati itu mempunyai racun.." putera itu menunjukkan pisau belati yang telah ditarik oleh pengawal dari belakangnya. Pengawal itu memandang sesama sendiri. Bayi yang dibawa oleh putera itu merengek lalu menangis. "Ray.. Jangan menangis, sayang. Ayah akan melindungi kamu," putera itu memeluk anaknya itu.

"Tuan Putera, sila tunggang unicorn saya dan pergi ke Istana Kristal. Saya akan bertanggungjawab atas tuan putera," pengawal bersayap kebiruan itu pun berlari mendapatkan unicorn nya.

Istana Kristal yang terletak di atas bukit Pelangi dikelilingi awan hitam seperti petanda sesuatu yang tidak diingini bakal berlaku. Permaisuri Leena hanya memandang ke arah awan yang menyelubungi Istana Kristal. Tiba-tiba, Permaisuri Leena berlari ke arah pintu masuk Istana. Tuanku Ingram telah berada di situ. Putera itu turun dari unicorn bersama bayinya. Mukanya sangat-sangat pucat kerana racun telah meresap masuk ke dalam badannya.

"Ayahanda.. Tolong.. Selamatkan putera anakanda ini. Maafkan anakanda sekiranya anakanda mengguris perasaan ayahanda kerana melanggar perintah ayahanda…" Putera itu rebah bersama dengan bayinya yang masih dalam dakapannya. Permaisuri Leena terus berlari mendapatkan anaknya itu. Air mata seorang ibu berlinang melihat keadaan anaknya itu.

"Bonda, namanya Raidiese Luca Ingram. Dan Ray adalah separa sayap separa manusia.." Putera itu tersenyum.

"Luca.. Bonda rindukan Luca.." teresak-esak suara Permaisuri Leena. Anaknya telah pulang ke dunianya tapi dalam keadaan yang sangat tragik. Berada dipangkuan bondanya adalah sesuatu yang diimpikan sekian lama oleh Luca sejak dia meninggalkan Dunia Bersayap.

"Bonda.. jagakan Ray untuk anakanda…" Luca menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Permaisuri Leena. Tuanku Ingram hanya melihat sahaja anaknya itu tanpa sepatah kata. Permaisuri Leena mendakap bayi yang berada dalam dakapan Luca.

"Ray…"

-bersambung ke BAB 1-

0 comments:

Total Pageviews