Bab
2
Sewaktu
perjalanan pulang ke rumah, Rai melalui Bazaar Kota Pelangi. Malam itu
merupakan Malam Pesta di Bazaar Kota Pelangi. Berbagai juadah, permainan dan
jualan yang ada di bazaar itu. Bazaar Kota Pelangi di limpahi dengan
lampu-lampu yang berwarna warni yang dihasilkan dari lilin yang boleh bertukar
warna. Kanak-kanak yang masih belum pandai menguasai kuasa untuk menyimpan
sayap, berlari-larian bersama sayap-sayap mereka yang putih kekuningan. “Maaf,
abang.” Seorang kanak-kanak terlanggar Rai. Rai hanya tersenyum dan menggosok
kepala kanak-kanak itu. Setelah itu, kanak-kanak tersebut berlari semula dengan
rakannya.
“Rai!!”
suara yang agak nyaring memanggil Rai. Rai menoleh dan terkejut. Dia tidak
menyangka akan berjumpa Leon di bazaar. “Tuan Putera,” Rai memberi hormat
dengan menundukkan kepalanya sedikit. “Tak perlu lah berformal. Diluar, aku
tetap penghuni Quill.” Rai agak malu sendiri kerana dia
menyangkakan bahawa Leon seorang yang pentingkan formaliti apabila bertemu di
luar.
“Wah!!
Barang ni sangat comel. Berapa harga?” Leon membelek pemegang lilin berbentuk
arnab putih dan mempunyai sayap seperti rama-rama. “Harganya 20 brons untuk 2
pemegang.” Penjual itu memberi sebatang lagi pemegang lilin berbentuk arnab
hitam tetapi tidak mempunyai sayap. Leon memberi 20 keping syiling gangsa yang
mempunyai lambang sayap kepada penjual itu.
“Putera
sangat suka barang comel ke?” Rai agak kehairanan. Leon tergelak dan
menambahkan lagi kehairanan di muka Rai. Mereka melawat satu persatu bazaar di
situ.
“Si
cacatlah,” seseorang menepuk bahu Rai. Muka Rai berubah. Dia tidak suka dengan
empunya suara itu. “Lama tak nampak. Ho ho! Dah ada kawan baru la,” lelaki itu
ketawa. Dua rakan yang mengikutinya turut ketawa. “Hmmm, kau kenal Rai ke? Aku
kawan baik dia. Ada apa-apa masalah ke dengan dia?” Leon memandang muka lelaki
itu. Lelaki itu berhenti ketawa. “Kau kawan baik dengan dia?? Kau tak rasa
pelik ke kawan dengan dia? Dah la warna rambut dia hitam. Ditambah pula ada
satu sayap. Kalau nak diikutkan bangsa dan dunia kita, warna rambut kita warna
perak.” Rai terus menumbuk lelaki itu tanpa sebarang bicara. Leon terkejut
dengan tindakan Rai itu. Semua yang berada disitu menjauhkan jarak dari mereka.
“Berani
kau tumbuk dia!!” satu tumbukan hinggap di pipi Rai. Dengan penuh amarah, Rai
membalas tumbukan kawan lelaki itu dan pergaduhan tercetus. Leon yang tidak
tahu menahu apa-apa mengenai apa yang diperkatakan itu hanya membantu Rai dalam
pergaduhan itu. Tumbukan saling bertukar-tukar dan semua tumbukan di elak oleh
Rai dengan mudah. Tiba-tiba, lelaki yang menumbuk Rai mengeluarkan pedang.
“HEI! Bukan ke kawasan bazaar adalah kawasan larangan membawa pedang?!!” jerkah
Leon. Lelaki tersebut terus menghunuskan pedang ke arah Rai. Rai mengelak dan
menyebabkan lelaki itu terus menerus menghayunkan pedangnya ke kiri dan ke
kanan. Beberapa gerai kecil di bazaar itu rosak disebabkan pergaduhan itu. Rai
terus menerpa ke arah lelaki itu dan tidak semena-mena dia hilang dan muncul di
belakang lelaki itu dan terus menyerang belakang lelaki itu menggunakan
lututnya. Lelaki itu jatuh menyembah bumi dan pedangnya terlepas dari pegangan.
Leon mengambil pedang itu.
“Apa
yang berlaku disini?!!” seorang pegawai tentera menghampiri Rai. “Si cacat ini
mencari pasal dengan kami! Tiba-tiba, dia serang kami dengan menggunakan
pedang,” kata lelaki yang menepuk bahu Rai semasa mereka bertemu. “Sayap satu
macam kau ini memang suka cari pasal!!” kata pegawai itu.
Leon
memandang pegawai yang menghina Rai itu. “Sayap satu macam dia lebih baik dari
kamu semua yang mempunyai sepasang sayap!” jerkah Leon kepada pegawai itu.
“Berani kau melawan..” tiba-tiba pegawai tentera itu terdiam setelah terlihat
gelang Sapphire milik Leon lalu tunduk hormat kepada Leon.
“M-Ma-Maafkan p-patik, Putera Leonard Ingram.” Tiga lelaki yang mengaku rakan
kepada Rai terkejut melihat pegawai tentera itu memberi tunduk hormat kepada
Leon. “Macam ini rupanya layanan yang diberikan kepada orang yang unik seperti
Rai. Hanya kerana dia satu sayap, maka dia perlu dihina?”
“Aku
peduli apa dengan dia???!!!” lelaki yang mengambil pedangnya dan terus
menghunus ke arah Rai. “Quill macam kau hanya memalukan bangsa kita
sahaja!!!” Leon menolak Rai dan menahan hunusan pedang lelaki itu dengan
menggunakan sarung pedangnya. “Aku dah kata kan tadi! Sayap satu macam dia
lebih baik dari kau yang ada sepasang sayap!!” Sepasang sayap begitu putih dan
bercahaya keluar dari belakang Leon. Semua yang berada di tempat kejadian itu
terpegun melihat sayap Leon yang begitu putih dan berseri. Dua rakan subahat
lelaki itu terus melarikan diri tetapi berjaya di tangkap oleh pegawai tentera
yang baru tiba disitu. Lelaki tersebut terus menyerang dan menyerang, tetapi
Leon tidak membalas sebaliknya hanya menangkis setiap serangan dengan
menggunakan sarung pedangnya. Setelah beberapa lama, akhirnya Leon membalas
dengan menyerang perut lelaki itu dengan menggunakan sarung pedangnya. Lelaki
itu terbaring menahan kesakitan diperutnya. Seorang tentera berpangkat Kapten
menghampiri Leon. Setelah tunduk hormat, Kapten itu bersuara. “Terima kasih
atas bantuan, Tuan Putera. Kami memang sudah lama ingin menangkap lelaki ini.”
Leon
hanya membisu. Kapten itu menggigit bibirnya. “Patik akan pastikan perkara
sebegini tidak berlaku lagi.”
“Pastikan
tiada pegawai Kapten menghina Quill yang lain di hadapan
khalayak ramai meskipun dia tidak menyukai Quill itu. Ini
bayaran pampasan untuk kejadian yang berlaku hari ini.” Leon menyerahkan uncang
yang mengandungi duit kepada Kapten itu. “Sekiranya tidak mencukupi, sila buat
laporan di bahagian Financiar ketenteraan.” Leon beredar dari
situ. Rai hanya mengikuti Leon. Semua yang berada disitu memberi laluan kepada
Leon. Sayap putih berseri dibelakang Leon telah tiada. Seorang kanak-kanak
perempuan berlari ke arah Leon dan memberi sekuntum bunga ros merah yang
kembang.
“Terima
kasih sebab lawan orang jahat. Mereka selalu buat kacau disini.” Leon
menundukkan dirinya supaya kanak-kanak itu dapat melihat Leon dengan lebih
jelas. Leon mengambil ros merah yang diberikan itu. “Itu tanggungjawab saya
untuk melindungi rakyat saya yang comel ini.” Leon memegang dagu kanak-kanak
itu dan kanak-kanak itu menghadiahkan ciuman dipipi Leon. Rai sangat kagum
melihat Leon begitu mesra dengan rakyatnya. “Selama aku hidup 70 tahun di sini,
ini kali pertama seorang putera melindungi kami. Semoga putera ini, terus
berjiwa mulia dan melindungi rakyatnya apabila dia mendapat takhta sebagai
seorang raja nanti,” senyuman terukir di wajah lelaki itu. Rai hanya mendiamkan
diri. Berbanding dengan dirinya, Leon seorang yang mempunyai kuasa dan disayangi
rakyatnya. Tetapi, dirinya hanyalah seorang yang cacat dan mempunyai satu
sayap.
“Abang
hebat!!.” Dua kanak-kanak lelaki berada dihadapan Rai. “Dia orang tu selalu
buli kami yang masih kecil ni.” Kanak-kanak lelaki yang agak gempal bersuara.
Rai tersenyum. Dia menggosok kepala kanak-kanak lelaki yang gempal. “Kami nak
jadi hebat macam abang berdua!!” Kanak-kanak yang kurus pula bersuara. Leon
berjalan menghampiri mereka. “Sayap abang putih berseri! Ibu saya kata kalau
sayap putih berseri itu maknanya anak raja. Kiranya, abang ni putera raja kan?”
Kata kanak-kanak gempal itu penuh keterujaan. “Wah!! Putera! Abang Putera dan
abang pendiam penyelamat saya!!” Setelah itu, kanak-kanak itu berlari sambil
melambaikan tangan kepada Leon dan Rai. Walaupun kanak-kanak begitu gembira
dengan Leon dan Rai, tidak semua golongan tua yang berada di situ, gembira akan
kehadiran Leon. “Kenapa golongan diraja datang ke sini? Adakah mahu menyeksa
kami lagi? Adakah mahu mengambil rumah dan anak-anak kami? Kami merayu, sila pergi
dari sini,” kata seorang lelaki yang agak berumur disitu. Air muka Leon
berubah. Rai kehairanan. Baru sahaja dia mahu bersuara, Leon memandangnya dan
berkata, “Mari kita pergi, Rai.”
Leon
hanya mengikuti langkah Rai. Sepanjang langkahan itu, mereka berdua tidak
berkata apa-apa sehingga tiba di sebuah. “Kita dah sampai di rumah saya,
putera.” Leon memandang Rai. Riak mukanya seperti tidak puas hati dengan Rai.
“Kan dah kata, tak perlulah formaliti. Kau kawan baik aku.”
“Nanti
orang kata saya mengambil kesempatan ke atas putera..”
“Pedulikan
apa orang kata!! Kenapa kau risau sangat dengan tanggapan orang terhadap kau?
Bukannya mereka yang membesarkan kau.” Leon meninggikan suaranya. Rai terdiam.
Betul cakap Leon, dia sangat peduli apa orang kata mengenai dirinya. Kedua ibu
bapanya di pulaukan hanya kerana membesarkan dia. Menurut legenda Quill, sayap
satu adalah Quill yang cacat dan membawa malang serta
malapetaka kepada sesiapa yang mendekatinya. Disebabkan itu, keluarganya di
sisihkan.
Pintu
hadapan terbuka. Seorang lelaki berbadan tegap di muka pintu. Lelaki itu
terkejut melihat Quill yang bersama dengan Rai. Dengan segera,
lelaki itu memberi hormat kepada Leon.
“Estratega Shin.” Leon melemparkan
senyuman. “Estratega Shin merupakan Jeneral di Istana Kristal
sewaktu Putera Lucadiese menjadi Putera Mahkota. Selepas kematian Putera
Lucadiese, Estratega Shin berkhidmat sementara untuk aku
sebelum ‘menghilangkan’ diri.” Leon menerangkan kepada Rai yang kelihatan
seperti ingin tahu bagaimana perkenalan ayahnya dan juga Leon.
“Masuklah.”
Rai menjemput Leon masuk ke rumahnya. “Kali ini kamu bertumbuk dengan siapa
Rai?” Rai menundukkan kepalanya. “Maaf, saya cuba elakkan tapi, dia tetap menghina
saya. Jadi, saya tak dapat mengawal perasaan saya.” Shin mengeluh. Leon
mencelah, “Jangan salahkan dia, Estratega. Lelaki itu menghina
dia. Saya bersama Rai sewaktu insiden itu.” Satu keluhan berat dilepaskan oleh
Shin. “Rai, pergi bersihkan diri. Putera, kita berbincang lagi di bilik tamu.”
Rai menurut arahan Shin tanpa sebarang bicara. Setelah berada di bilik tamu,
Shin memulakan bicara. “Apa yang membuatkan kamu datang ke sini, Putera Leon?
Bukankah kamu sepatutnya berada di Selatan?” Shin memandang Leon dengan serius.
“Siasatan dah tamat. Dan itu yang saya mahu bincangkan dengan Estratega.
Nampaknya sayap hitam mahu menguasai dunia sayap dan pintu dua dunia dan orang
yang mengetuai mereka adalah Irm Shion. Tuanku begitu bimbang apabila mendengar
khabar itu. Ada Humano bersama dengan Irm.”
“Adakah
tindakan akan diambil?” Shin dan Leon saling berpandangan. “Tuanku akan
bermusyawarah bersama dengan ahli senat yang lain."
Shin
mengeluh seketika dan memegang bahu kirinya. Tangan kirinya telah tiada akibat
peperangan sebelum ini. Kerajaan Pelangi sering diancam peperangan kerana pintu
dua dunia itu. Pintu itu telah menarik minat kerajaan dan empayar lain untuk
memilikinya kerana pintu itu menghubngkan dunia Humano dan
dunia Quill . “Apa kata kalau Estratega serahkan
Rai kepada saya? “
“Sejauh mana putera tahu mengenai
Rai?” Muka Shin menjadi lebih serius.
“Rai
yang sepatutnya menjadi Putera Mahkota di Kerajaan Pelangi ini. Sebab Rai
merupakan anak Putera Luca, satu-satunya anak Tuanku Ingram dan juga waris
Kerajaan Pelangi. Dah masanya untuk Rai mempelajari tempat asalnya dan selok
belok Dunia Quill.” Leon tersenyum. Dia teringat kembali
detik-detik dimana dia secara tiba-tiba perlu masuk ke Istana Kristal. Pada
waktu itu, Kerajaan Pelangi dikejutkan dengan kepulangan dan kematian Putera
Luca pada masa yang sama. Tuanku Ingram memberitahu bahawa dia perlu menjadi
warisnya memandangkan dia merupakan satu-satunya lelaki tunggal dikalangan
waris yang ada. Pada waktu itu, dia baru berumur 10 tahun.
“Tuan
putera?” Shin mematikan memori Leon. “Tak ada apa-apa. Teringat kenangan lama. Estratega dah
ceritakan perkara sebenar ke kepada Rai mengenai diri dia?” Leon ingin tahu.
Shin mengeluh lagi. “Belum masanya lagi. Tuanku tidak mengakui yang Rai anak
Putera Luca.” Shin mengeluh. Tuanku Ingram sememangnya tidak mahu mengakui
bahawa Rai atau nama sebenarnya Raidiese Luca Ingram, adalah anak Lucadiese
Ingram.
3 comments:
25 July 2012 at 12:09
cecepatttlaaa uplod next entryyyy...hihihihi
25 July 2012 at 21:03
wahhh bestnyer. x sabar nak tunggu next entry.
25 July 2012 at 22:33
thanks ^^
Post a Comment