Followers

Cerpen: Synchronicity ~Looking for you in the Sky~ Part 1

| Thursday, 2 August 2012 | |

Synchronicity - Looking for you in the Sky- Part 1

Terdapat seekor naga yang tinggal di pergunungan Voca. Sekiranya tidak dipuaskan hati naga itu, naga itu akan membunuh mangsanya tanpa belas kasihan. Itulah yang berlaku pada setiap ‘Diva’ yang dipaksa tinggal di pergunungan Voca untuk memuaskan naga itu.  Setiap kali naga itu telah bosan dengan Diva yang ada,  dia membunuh tanpa sebarang rasa ragu-ragu.  Dan setiap kali kematian Diva, seorang witch yang menjaga Diva akan mencari Diva yang baru bagi memuaskan hati naga tersebut.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            Witch itu terduduk. Dia hampir mengalah.  Dia tidak tahu bagaimana lagi mahu memuaskan hati naga itu. Diva yang bernama Kasane Teto baru sahaja mati dibunuh oleh naga itu. Itu bermakna, Diva yang baru diperlukan dan jika tidak diberi, naga itu akan mengamuk dan memusnahkan Negara Voca.  Kasane Teto adalah Diva yang ke sembilan. Teto menjadi Diva baru setelah kematian Lily. Kesembilan-sembilan Diva mati akibat dibunuh oleh naga itu sendiri.  Witch itu mengeluh. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu dan terus bangun dan berjalan keluar dari ruangan pergunungan itu.
           
            Kegembiraan jelas terpancar diwajah Kagamine. Dia bermain-main dengan anak kembarnya itu. “Ibu sangat sayangkan kam berdua.” Kagamine mencium pipi kedua-dua anak kembarnya itu. Dia sendiri tidak menyangka akan melahirkan anak kembar. Yang perempuan dinamakan Rin manakala adiknya, dinamakan Len.  Senyuman masih tidak hilang di wajah Kagamine.  Dia memakaikan rantai yang berloketkan treble clef pada kedua-dua nak kembarnya. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk dengan kuat. Kagamine terus membuka pintunya. Dilihat 3 orang pegawai yang dia tidak mahu berjumpa. Dia tahu sekiranya 3 orang pegawai itu datang, nasib anaknya tidah dapat dielak.  3 orang pegawai itu terus masuk ke dalam rumahnya. Kagamine cuba berlari untuk mendapatkan anaknya tetapi, seorang pegawai menangkapnya dan memegangnya dengan erat.  “Jangan ambil dia!!”
            “Anak kembar.” Seorang pegawai memeriksa jantina kembar tersebut. Setelah dipastikan jantina, dia mengambil salah seorang kembar tersebut. “Rin!!!” Kagamine menjerit setelah anaknya itu diambil oleh pegawai tersebut. Setelah pegawai yang mengambil anaknya itu agak jauh dari rumahnya, pegawai yang menangkapnya itu melepaskan Kagamine dan berlalu pergi dari rumah itu. Kagamine mendapatkan Len, memeluknya dengan erat dan menangis. “Maafkan ibu! Maafkan ibu!”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            Len terbangun dari tidurnya.  Dia mengusap mukanya. “Suaranya sungguh merdu dan menyentuh jiwa tetapi, suara itu penuh dengan kesedihan.” Len memandang ke arah langit yang masih gelap dan dihiasi dengan bintang-bintang yang berkerlipan.  Dia telah berjalan tanpa arah tuju dan hanya berpandukan suara dan gadis yang hadir dalam mimpinya. Gadis yang berambut kuning keemasan seperti warna rambutnya, rambut paras baru dan memakai cekak rambut yang dihiasi dengan riben putih. Matanya seperti warna emerald, sejenis gemstone yang berwarna hijau serta senyumannya yang mampu memberikan kehangatan kepada dirinya, apabila dia melihat gadis itu tersenyum. “Di manakah anda, wahai pemilik suara yang merdu?” Len bermonolog. Dia memegang loket treble clef miliknya.
            “Betul ke gadis dalam mimpi kau tu wujud?”
                “Budak ini dah gila rasanya! Mencari sesuatu yang tak wujud!”
            “Maaf, tak pernah dengar mengenai gadis itu.”
Itulah jawapan yang didengarinya setiap kali dia bertanyakan mengenai gadis dalam mimpinya di setiap perkampungan yang dia pergi. Dalam hati Len, dia percaya bahawa gadis itu benar. Pada malam itu, dia bermimpi lagi mengenai gadis itu.

            “With no destination in mind
There is nowhere that I can go
For what reason was I born?
            Even now, I will continue to sing
I will sing, even if he never wakes up and open his eyes again
For what reason was I born?
Only to sing for eternity”
*1

Air mata Len berguguran apabila mendengar lirik lagu tersebut. Dia berlari untuk mendapatkan gadis itu tetapi, setiap kali dia semakin menjauh dengan gadis itu. “Nama awak siapa?” Len menjerit. Dia begitu ingin mengenali gadis itu. Gadis itu menoleh ke arahnya dan melemparkan senyuman.

            “I hear his voice from somewhere near
The voice that I've heard many times in my dreams
It echoes gently in my heart
I am immersed by
A soft light
I can smile now
I can smile now”
*2

Setelah menamatkan lagu itu, imej gadis itu semakin kabur dan apabila Len sedar, gadis itu telah hilang dari pandangannya.  Itu yang menyebabkan Len terjaga dari tidurnya.  Dia memandang ke arah langit malam dan mengeluh.       

            “If we can only meet in my dreams 
That's enough to make me happy
And yet, smiling by my side,
You reached out your hand for me

I always kept a sullen look on my face 
That used to be how my every day went
Looking at you from afar 
That used to be how my every day went

The simple act of thinking about you
Fills me with happiness
That was all I needed
But a different set of every day was waiting for me

It's not enough to only see you in my dreams
 I want to see your smile right next to me
So let's walk together, hand in hand wherever it may take us
Let's walk together, you and me”
*3
            Pada pagi itu, dengan ditemani bayang-bayangnya, Len tiba disebuah bandar. Terdapat istana di atas bukit berhampiran dengan bandar itu, “Itu tentunya Istana Voca!” Len berkata. Tanpa sebarang keraguan, Len terus menuju ke arah Istana Voca tersebut dengan harapan dia dapat tahu mengenai gadis dalam mimpinya itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
            Di Istana Voca, hubungan di antara Luka dan juga Gakupo semakin tegang. Apabila berselisih di mana-mana kawasan istana, mereka tidak akan berkata apa-apa walaupun sebelum ini, hubungan mereka sangat erat. Setiap kali bermesyuarat bersama menteri, cadangan yang diutarakan oleh Luka akan dibangkang oleh Gakupo. Apa yang salah perlu diperbetulkan, begitulah prinsip Gakupo. Mesyuarat yang terbaru ini membuatkan kesabaran Luka terhadap Gakupo semakin memuncak.
           
            “Saya mahu, setiap anak gadis yang sudah cukup umur dan memiliki suara yang merdu, dijadikan Diva. Dengan itu, naga di pergunungan Voca tidak akan menganggu kita. Kita hanya perlukan pengorbanan supaya Kerajaan Voca akan kekal aman!” Itulah yang diutarakan oleh Luka. Menteri yang lain hanya diam membisu. Segala arahan dan cadangan Luka tidak boleh dibangkang.
           
            “Dari kita korbankan gadis-gadis kepada naga itu, apakata sekiranya kita bunuh sahaja naga itu? Sekiranya naga itu mati, tidak akan ada lagi pengorbanan yang perlu dilakukan. Tidak akan ada keluarga yang akan kehilangan anak-anak mereka. Tidak ada siapa yang perlu mengalirkan air mata lagi untuk mereka!” Lantang suara Gakupo menjawab. Luka mengetap bibirnya. Mahu sahaja dia menghalau Gakupo keluar dari mesyuarat itu.

            “Tuan Gakupo, bukan mudah untuk kita membunuh naga itu. Naga itu mempunyai penjaga yang cukup kuat dan bukan semua pahlawan mampu mengalahkan penjaga naga itu. Arahan Puteri Luka ada kebenarannya. Dari membiarkan naga itu memusnahkan Kerajaan Voca, lebih baik kita buat sedikit pengorbanan. Dengan pengorbanan yang dilakukan, sekurang-kurangnya, kita dapat memastikan bahawa Kerajaan Voca tidak akan dimusnahkan oleh naga tersebut.” Mendengar kata-kata dari menterinya membuatkan Puteri Luka tersengih. Dia tahu Gakupo tidak akan menang.
           
            “Sekiranya, anak tuan-tuan menteri disini yang terpilih. Adakah tuan-tuan menteri tidak akan menangis untuk mereka? Adakah tuan-tuan menteri tidak rasa sakit kerana kehilangan mereka?”

            “Kami menganggap ianya sebagai tuah kerana anak-anak kami terpilih untuk berkorban demi menyelamatkan Kerajaan Voca.” Jawapan itu membuatkan Gakupo terdiam. Dia tidak menyangka bahawa menteri-menteri disitu sanggup mengorbankan anak mereka hanya untuk memuaskan seekor naga. “Dengan itu, saya menutup perbincangan kita untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi hadir dalam perbincangan kali ini.” Luka keluar dari bilik perbincangannya itu. Gakupo tidak dapat menerima keputusan Luka. Dia tidak mahu ada lagi gadis-gadis yang dikorbankan untuk naga itu. Gakupo mengeluh. Dia merasakan dia begitu membenci kerjanya sebagai salah seorang penasihat Luka.

“I experienced, through fighting countless battles,
the compression of time and the pressure with freezing breaths,
both of which I now carry on my back painfully.

By doing my job,
I have lost "dream" and "hope" through my sword,
as I continue fighting the nightmares.

I experienced, through fighting countless battles,
the loss of limited opportunities and men's duties,
through the gap of which I have found a light.”

*4          

-          End of Part 1 -

p/s:
Lirik lagu diambil dari:
*1 & *2. Tajuk: Dolls, Nyanyian: Kagamine Rin
*3. Tajuk: Kimi to Boku, Nyanyian: Kagamine Len
*4. Tajuk: Hatarakitakunai de gozaru, Nyanyian: Kamui Gakupo





1 comments:

Anonymous Says:
26 February 2015 at 12:51

plez smbg

Total Pageviews