Followers

Novel : Journey Of Aria (PROLOG)

| Tuesday 24 July 2012 | |
Prolog
:: Sacrifice & Vengeance ::

Booongg!!
Semboyan Agung telah dibunyikan menandakan isyarat memanggil semua kerabat agung kayangan berhimpun didalam Dewan Agung yang serba putih dan terang-benderang itu. Seorang wanita kelihatan sedang duduk ditakhtanya dengan gah sekali sambil dua orang gadis mengipas di kiri dan kanannya. Wajahnya serius namun tidak nampak tegang. Masih terlihat ketenangan didalam air mukanya.
            “Jeneral Agung Zofia, bawa kedua-dua mereka datang menghadap Beta,” ujar Maharani Orianna setelah memastikan kesemua kerabat agung kayangan tiba didalam dewan tersebut. Jeneral Agung Zofia menunduk lalu segera memberi arahan menyuruh dua orang pengawal perempuan membuka pintu disebelahnya.
            Setelah pintu itu terbuka, dua orang gadis berpakaian gaun ungu dan putih. Kedua-dua wanita itu berambut panjang dan dipimpin oleh dua orang pengawal. Setiba mereka berada dihadapan Permisuri Orianna, mereka terus berlutut.
            Keadaan dewan itu kelihatan senyap dan tegang. Hanya mata dan mata yang saling berinteraksi.
            “Aria, Morgan. Kalian berdua sedar apa yang telah kalian lakukan?” soal Maharani Orianna sambil menggelengkan kepala.
            “Morgan, kamu tahu kesalahan terbesar kamu?”
            Morgan terus angkat kepala. Wajahnya terus kearah Maharani Orianna.
            “Salahkah Morgan mencintai seseorang, Bonda?” ujar Morgan keras. Aria terus memaut lengannya menyuruh dia agar berhenti menjawab.
            “Salah! Kerana dia adalah syaitan dan kamu adalah Dewi. Malah, salah bagi seorang dewi untuk jatuh cinta. Itu adalah peraturan pertama dalam Kayangan ini, Morgan. Kita tidak dibenarkan jatuh cinta! Dan adakah kamu tahu apa hukumannya?” soal Maharani Orianna dengan nada tinggi.
            Morgan membisu.
            “Kamu sangat berani, Morgan. Kamu berani memperkotak-katikkan kewibawaan undang-undang kayangan. Bonda tidak percaya yang kamu boleh jatuh cinta dengan syaitan!” tengking Maharani Orianna kuat membuatkan semua penghuni kayangan tersentak. Maharani benar-benar telah murka.
            “Malah, kesalahan kamu bukan hanya satu. Kesalahan kedua yang kamu lakukan ialah, kamu tidak membunuh syaitan itu seperti yang Beta perintahkan, malah kamu bermain cinta dengan syaitan itu? Morgan, kamu sudah mengecewakan bonda!” sambung Maharani Orianna dengan nada sayu.
            Dua gadis itu masih lagi tertunduk. Tidak mengiyakan, tidak juga menafikan.
            “Aria, kamu sebagai Dewi Suci dan kekanda kepada Morgan. Mengapa kamu sanggup melanggar arahan Beta dengan mengikuti Morgan turun ke bumi?”
            Aria angkat muka. “Ampunkan Aria, bonda. Perkara ini tidak akan terjadi lagi!” Aria terus memandang Morgan dan mengenggam tangannya.
            “Morgan, cepat minta ampun dengan bonda. Kekanda merayu, Morgan!” kata Aria, cuba meyakinkan adiknya.
            Morgan menggeleng. Dia terus mengangkat kepala, memandang wajah bondanya dengan matah merah.
            “Morgan tidak akan meminta ampun kerana Morgan tahu, Morgan tidak bersalah,” ucap Morgan dengan berani.
            Maharani Orianna memejamkan mata sambil mendengar Morgan berbicara. Sakit hatinya kini tidak terhingga saat mendengar ucapan dari puterinya.
            “Beta telah memberi kalian untuk insaf Aria, Morgan. Namun kalian berdua tidak memberikan saya peluang kedua untuk mengampuni kamu. Oleh itu, Beta sebagai Maharani juga sebagai Dewi Penghakiman sudah membuat keputusan. Beta akan menjatuhkan hukuman bunuh keatas Morgan dan jantungnya akan disimpan selama dua dekad. Dan kamu Aria, kamu akan dikurung didalam Penjara Agung selama 1 dekad!”
            Kata-kata Maharani Orianna bagaikan halilintar yang memancar keatas Aria. Dia segera mendekati Maharani Orianna dan memegang kakinya. Sementara Morgan asyik menunduk, tiada reaksi yang dipamerkan, seakan menerima apa saja yang akan perlaku ke atasnya.
            “Bonda, maafkan Morgan. Morgan tidak bersalah, Morgan cuma…” ayat Aria terhenti saat Jeneral Agung Zofia mengheretnya kembali ke tempatnya.
            “Dan untuk syaitan itu, aku peritahkan Jeneral Agung Zofia dan bala tentera kayangan untuk membunuhnya!” putus Maharani Orianna.
            “Bonda!” Aria sudah menangis. Perutnya kecut mendengar hukuman itu. Dia tidak kisah jika dia dikurung selama mana pun tapi Morgan, diseksa? Apatah lagi apabila tubuhnya dirobek-robek dan jantung dipisahkan dari badan? Dia tidak sanggup walaupun sekadar membayangkan bagaimana hukuman itu dijalankan. Dia tidak sanggup menerima bahawa hukuman itu akan berlaku keatas adiknya.
“Beta dan kerabat yang lain sudah membuat keputusan. Jeneral Agung Zofia, bawa Morgan ke Bilik Seksaan dan jalankan hukuman secepat yang mungkin,” perintah Maharani Orianna dengan suara yang tertahan. Walaupun dia kelihatan tegas dan keras, namun dialah yang paling tersiksa saat itu kerana terpaksa menjatuhkan hukuman bunuh atas anaknya sendiri. Maharani Orianna pun bangkit dari takhtanya dan keluar dari Dewan itu sambil diiringi oleh dua orang pengiring wanita.
            “Bonda! Bonda!” jerit Aria namun Maharani Orianna tidak lagi menoleh. Sambil itu Morgan sudah dibawa keluar dari dewan. Aria terus bangkit dan mengejar Jeneral Agung Zofia.
            “Zofia, tolong Zofia. Jangan lakukan ini keatas Morgan. Aku merayu Zofia,” Aria cuba menghalang Jeneral Agung Zofia namun wanita itu seperti tidak mendengar kata-katanya dan meneruskan perjalanan mereka menuju ke Bilik Seksaan.
            “Morgan, tolong katakan sesuatu! Morgan tidak bersalah, aku yang bersalah!” jerit Aria tetapi tidak berguna, Jeneral Agung Zofia dan Morgan semakin jauh darinya.
            “Zofia!” jerit Aria serentak itu dewan agung bergegar. Jeneral Agung Zofia dan Morgan terus berpaling ke belakang bersama riak terkejut. Tidak percaya bahawa Aria boleh mengaktifkan kuasanya walaupun dalam kayangan. Tidak semena-mena, Aria terus rebah, wajahnya terus berubah pucat. Walaupun dia berjaya mengaktifkan kuasanya tapi hanya sekejap cuma.
            “Zofia, izinkan aku bercakap dengan kekanda sebentar,” pinta Morgan.
            Jeneral Agung Zofia mengeluh kecil. Dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihat Aria yang sentiasa dalam kawalan dan tenang boleh hilang pertimbangan. Dia pun mengangguk lalu membawa Morgan menghampiri Aria.
            “Kakak, kakak ingat janji kita hari itu?” soal Morgan dengan nada sayu.
            Aria mengangguk kecil.
            “Kalau begitu, biarkan Morgan pergi. Dan tolong sampaikan kepada dia yang aku akan sentiasa mencintai dia,” kata Morgan lantas bangkit.
            “Morgan! Morgan!” Aria memanggil sambil ingin bangkit namun seluruh tenanganya telah hilang akibat mengaktifkan kuasanya tadi.
            Morgan dan Jeneral Agung Zofia sudah pun menghilang dari pandangan matanya.
           
*****

            “MAHARANI!” panggil Jeneral Agung Zofia sambil meluruh masuk ke bilik bacaan. Maharani Orianna sekadar mengerutkan kening.
“Ampunkan ketidaksopanan patik, namun patik ada berita buruk yang ingin patik sampaikan,”
“Ada apa Jeneral?” wajah Maharani Oarinna terus berubah tegang.
“Jantung Morgan… jantung Morgan telah dicuri!” khabar Jeneral Agung Zofia.
“Apa?!” Maharani Orianna seraya bangkit. Saat itu hanya satu nama yang timbul dalam kepalanya.
“Aria…” bisiknya perlahan.
“Betul, Tuanku. Aria telah mencuri jantung Morgan dan Aria telah…” ayat Jeneral Agung Zofia terhenti.
“Kenapa dengan Aria, Zofia?” desak Maharani Orianna.
“Patik harap, Tuanku tidak terkejut dengan berita yang akan patik sampaikan nanti,”
Maharani Orianna diam dan menanti dengan wajah yang tegang.
“Aria korbankan nyawanya dengan menghidupkan Morgan didalam kandungan seseorang. Patik tidak dapat merasai kehadiran Aria lagi,”
Serentak itu, Maharani Orianna terduduk. Seluruh tubuhnya menjadi lemah. Dia menutup matanya perlahan-lahan dan air mata terus mengalir bercucuran.
“Aria… mengapa, Aria? Mengapa kamu berdua sanggup menghukum bonda begini?” ujar Maharani Orianna dengan suara sebak. Dia menggenggam erat dadanya yang terasa sakit. Perbuatan Aria itu lebih menyakitkan daripada sakit dia kehilangan Morgan kerana kini dia sudah pun kehilangan kedua-dua puterinya.
            Jeneral Agung Zofia menunduk lalu perlahan-lahan beredar dari bilik itu. Pintu bilik bacaan ditutup dari luar. Kemudian, secara perlahan-lahan, bibirnya mengukir senyuman sinis lalu beredar dari tempat itu.

5 comments:

Anonymous Says:
25 July 2012 at 10:05

waaaahhhhhh sgt2222222x terujaaaa!!!~~ pls hurry up update nw entry plssss!!~~~ update la 2-3 or more entry skali gusss...plssssss........

e-la Says:
25 July 2012 at 18:54

hohoho...bile bace nama morgan...ingt dkt violet crescent...cite tu pon ade dewi2 gak...ade kesinambungankah?? pape pon...entry ni best...sambung lg ^^

OkiE a.k.a WitcH Says:
25 July 2012 at 19:29

thanks anon :)

hehe...pandai e-la, ya cerita ni ada kaitan dengan violet crescent :)

nonorm Says:
25 July 2012 at 20:22

cik okie.. sambung la VC.. baru la rasa semakin teruja nak baca Journey of aria.. ;)

Anonymous Says:
29 July 2012 at 23:35

dah agak dah...cite ni mesti ada kaitan dengan vc...ohh so macam tu la mogan boleh hidup balik ye..cik okie tolong sambung vc...teruja dengan cite tu

Total Pageviews